Nuffnang
Saturday, June 25, 2011
Kronologi Membuat Kulit Pai Atau Boleh Dikatakan Resipi Kulit Pai Gaya Penulisan Deskriptif Dan Kreatif
Saya buat doh tu pun tengah malam. Ambil angin dan ketenangan hening dapur yang tiada orang. Baguslah, saya tidak suka diganggu ketika membuat sesuatu ataupun malam yang dingin memudahkan saya memecahkan kiub mentega dan menggaulnya dengan bancuhan tepung sambil diselang-seli menambah 1/2 cawan air ais. Nak bagi rangup dan berderai. Itulah rahsia yang dinyatakan menggunakan mentega sejuk dan air ais. Jadi membuat doh awal pagi ini hanya suasana sejuk sahaja. Nyaman dingin. Nanti saya berpanas ketika ingin membakar pai tersebut. Kalau nak sejuk, pasanglah penyaman udara di dapur ataupun bakar pai tersebut di rumah iglu ataupun pindahlah ke kutub utara yang memang 100% pasti tiada panas. Intinya pun mengikut resipi senang nak buat, gaul semua bahan :) Maaf yer doh ni saya tak guna pengisar pun. Saya pakai tangan sahaja. Mudah sangat. Gaul bahan tersebut sehingga tiada yang melekat pada mangkuk, bentukkan bulat, heksagon, piramid atau apa bentuk anda suka dan bungkuskan dalam plastik dan biar doh rehat dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam atau apabila anda nak guna.
Labels:
Diri,
Makanan dan saya,
Peristiwa/Event,
Resipi,
Tips
Friday, June 24, 2011
Membuat Pai Epal Yang Nyum-Nyum
Assalamualaikum...
Awal pagi semalam lepas tengok 'I Have A Date With Spring', lepas tu tertengok pula rancangan masakan Rachel: Bake. Apabila tengok si Rachel melawat rumah David & David warga US buat pai epal, saya macam terliur pula. Lepas tu cari resipi di google. Rupanya senang je bahan yang diperlukan dan cara membuat. Wah-wah saya berazam mahu buat pai epal daripada membeli, baik buat. Puas hati. Tiada keraguan halal atau haram benda makanan yang kita beli.
Maka misi untuk membeli epal hijau, serbuk kayu manis, lemon dan mentega akan dilaksanakan tidak lama lagi. Mungkin esok? Lain-lain bahan dah ada di dapur. Alhamdulillah. Moga berjaya nak buat pai ni. Puas buat nota mental, ingat-ingat cara membuatnya. Di samping itu berangan nak ubah-ubah, tambah, kurang atau tiadakan apa yang saya rasa nak letak. Kuikui.
Kalau ikutkan kita ni rajin membeli, malas membuat. Maka eloklah cuba membuat kalau tidak rumit, ya tak? Macam ni boleh jimatkan duit daripada membeli sepotong pai baiklah buat maka dapatlah sebiji pai! Kalau dah buat, rasa kurang menyengat maka tidak harus berputus asa untuk mencuba lagi memperbaiki ataupun cari resipi lain atau paling tidak tanya pada orang berpengalaman. Cuba dan buat silap serta kemudiannya memperbaiki supaya sedap.
Tak sabar nak mencuba. Yeah hari tu buat mayonis dah jadi. Senang gila. Lepas ni boleh buat salad letak mayonis pula. Haha *gelak gembira sangat*
Eh jumpa lagi. Harap anda membuat aktiviti yang meningkatkan produktiviti. :) Untuk resepi lengkap boleh klik ini
Subscribe to:
Posts (Atom)