Nuffnang

Monday, July 18, 2011

Segmen " I Promote Blog U, U Kritik Blog I Pedas- Pedas"

Assalamualaikum...

Hari ini berminat nak sertai segmen Cik Harisya. Suara hati saya mengingatkan saya untuk sertai segmen ini. Ok saya ni masuk peraduan, segmen ikut naluri saya. Kalau saya tengok segmen tu biasa tiada rasa apa-apa boleh terlupa je maknanya tidak sertai. Tapi yang ini sampai nak tidur pun terbuai-buai perasaan suruh buat. Bangun tidur pun ingatan itu menjelma. Maka maknanya wajib sertai.

Menceceh pula saya ni. Ok segmen ini suruh komen blog dia, kira kritik kena ikhlas. Si Harisya ni pun akan kritik blog saya. Haha, takut nak membaca komen blog saya ini. 

Ok dah terangkan bagaimana untuk sertai segmen ini. Maka kedua, dia suruh komen. Ok komen saya, penampilan fizikal blog ini sangat ceria, warna-warni, tulisan dipecahkan ikut nombor-nombor, perenggan jadi senang nak baca. Besar tulisan pun sesuai mata memandang. Ada kata alu-aluan pada bahagian atas pelayar. Comel bertukar-tukar kata aluan tersebut. Mula-mula blog beritahu ini 'Hai, Ini Harisya's Diary' Lepas tu dia ucapkan terima kasih sebab singgah. Bagus betul rasa dialu-alukan datang. TAPI pada sisi lain, saya nak cadangkan kurangkan perkakas yang mengganggu pembacaan. Pautan 'Top' tu yang apabila kita klik akan bawa kita ke atas blog tu tak payah letak sampai 2 di kiri kanan. Letak 1 sahaja navigasi 'Top' tu. Lagi satu tu kalau boleh dibuang. Blog ini berat sedikit. Masuk ok tapi tak boleh lama-lama nak lepak sebab apabila saya bertukar-tukar tingkap pergi mukasurat lain dan kembali ke Harisya's Diary, lambat nak kembali. Macam tergantung lama. Kalau dapat pelawat jenis tak sabar, mungkin dah kena pangkah awal-awal. Boleh rujuk tulisan ini untuk lajukan blog. Perkakas asas yang lain saya rasa dah cukup macam ada kotak jerit. Hehe jangan marah. Terpulang nak ikut ke tak. Ok rasanya itu sahaja.

Ketiga, dia suruh tampal kepala blog (header) Siap. Ini kepala blog Harisya's Diary:




Keempat, dia terangkan sesiapa pun boleh masuk, sama ada pengikut dia atau tidak. Jadi sesiapa pun boleh sertai.

Kelima, suruh tinggalkan pautan. Yeah nanti saya tinggalkan komen apabila tulisan ini siap.

Keenam suruh tandakan (tag). Saya tak suka tandakan orang maka sesiapa yang membaca tulisan ini dan berminat nak sertai bolehlah masuk yer. Cepat-cepat tarikh tutup segmen ini pada 20 Julai 2011.

Sudah siap. Eh apapun sebelum itu nak minta maaf kalau komen saya ada yang mengguris hati. Saya minta maaf. Ini pandangan saya apabila masuk blog ini. Jadi mungkin pada orang lain, rasa perkara itu tak jadi masalah. Ok terima kasih sebab buat segmen. Digerakkan hati saya oleh Allah untuk menyertai segmen awak. Jumpa lagi.

Terima kasih juga kerana membaca.

P.S: Takut blog sendiri kena kritik. Takpelah tabahkan hati jerla. Dah hati ni yang nak sangat masuk segmen begini.



Sunday, July 17, 2011

6 Hari Lagi...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Semoga korang gembira dan dapat melakukan aktiviti yang disukai. Apa yang lagi 6 hari tersebut?

Jeng-jeng.......................................

6 hari lagi, adik bongsu saya M akan balik ke Malaysia untuk bercuti dan sempatlah berpuasa dan beraya sehari di sini. Menghitung hari tadi. Eh lagi 6 hari tinggal. 

Semoga perjalanan berjalan dengan lancar dan dapat menempuh dengan sabar transit yang panjang dan memenatkan di Dubai. 

Kami (saya dan ahli keluarga) tak sabar menunggu kepulanganmu, M.

23 Julai 2011

P.S: Uwan akan buat hari 'bantai' pada esoknya pula. Selamat melantak lomang puas-puas ya, M.


Kenangan Mengusik Jiwa : Pada Satu Detik Dan Suasana Terkenang Tempat Yang Dirindui

Sedar tak sedar dah pukul 4:07 pagi. Saya seolah-olah ditelan masa mengenang nostalgia yang indah ketika membaca suratkhabar Utusan Malaysia tentang Irma Hasmie yang bertudung setelah menunaikan umrah. Iya, berita itu bukan berita terkini tapi mungkin kerana suasana awal pagi yang sungguh hening mengimbau kenangan saya kepada Kaabah. Tak cukup 'luka' rindu itu di belakang mukasurat cerita pasal Istanbul. Menambah kuat perasaan apabila membaca, penulis artikel itu seolah-olah membuka kenangan, memutar ingatan ketika saya di sana seolah-olah satu rakaman video apabila melihat gambar-gambar yang diselitkan. Ya Allah tak cukup, di bawah artikel tersebut ada tawaran penerbangan MAS ke Istanbul. Adui murahnya. Tapi nak pergi dengan sapa pula ini? Berdua untuk termasuk penginapan, tambang, surcaj bahan api, insurans dan cukai lapangan terbang. 5 hari 3 malam.

Memanglah penulis ini berjaya membuat hati terbuai sayu khusyuk dan leka dalam alam khayalan fikiran. 

Belayar Tasik Bosphorus


Jambatan Yang Menghubungkan Turki Eropah Dan  Turki Asia

Saturday, July 16, 2011

Sambutan Nisfu Syaaban Di Surau Taman Usrah, Tengkera




Assalamualaikum...

Hari ini pertengahan bulan Syaaban atau dalam bahasa Arabnya Nisfu Syaaban. Nasib baik tahu. Tulah leka sangat dengan hal dunia dan masalah merepek yang saya sibuk peningkan. 

Turun ke dapur, tengok emak keluarkan karipap pusing sejukbeku yang Assila buat untuk jualan.
"Buat apa karipap keluar banyak-banyak dari petisejuk?" saya bertanya
"Nak bawa ke surau. Hari ini ada tahlil di surau."

Saya bercadang untuk ikut. Pastinya perlu bersiap-sedia dan terus pergi apabila azan Maghrib berkumandang.

Solat Maghrib, diikuti 3 kali bacaan Yassin. Kali pertama baca tidak ketinggalan keretapi. Kali ke-2 dan terakhir saya boleh tertinggal tetapi dapat ikuti semula.

Baca tahlil dan doa. Ketika ini lapar dan terbayang makanan apa yang akan dihidangkan. Sesudah habis bacaan yassin, tiba-tiba terus iqamat solat Isyak. Saya termangu, "eh mana azan Isyak?" Kesian mereka yang tak dapat melakukan solat sunat sebelum Isyak. Ada yang terkocoh-kocoh kerana mereka memperbaharui wuduk. Akibatnya ada saf lompang pada mulanya. Saya memerhatikan lompang di sebelah kanan saya yang ada sejadah kecil.
"Sapa punya tempat ni?" Risau sebab imam dah mula suruh rapatkan saf. Tak mahu terputus saf. 
"Makcik punya." Ada seorang makcik datang baru ambil wuduk. Nasib baik sempat yer makcik, kalau tak maafkan saya terpaksa ambil tempat makcik sebab tak mahu putus saf.

Apapun saf tak terputus. Lepas solat, doa kemudian makan nasi beriyani kambing, dalca dan ayam lada hitam. Kuih-muih seperti karipap pusing, apam warna-warni dan pizza. "Pizza pun ada. Canggih betul. Tak salah lain kali nak kasi pai epal." Hehe sebelum pergi, saya ada terfikir sesuai ke kalau saya bawa pai epal. Hati terdetik, jangan mengarutlah kenduri nak bawa pai macam tak sesuai majlis. Pada sisi lain otak membidas, sekarang ni majlis apa-apapun makanan dah macam-macam sampai tak terfikir dalam majlis kahwin pun ada orang buat barbeku. Asal makanan halal tak kisahlah kenduri kahwin engkau nak buat mee goreng pun!

Saya gelak. Dah lain kali saya buat macam tu kalau nak bawa pai epal. Kasi jemaah makan air tangan saya. Ok sambung balik, minuman pula sirap limau ais dan air bandung ais.

Lebihan makanan bahagian kami (mak dan saya) yang tak habis dibawa balik.

Puas hati malam ini kenyang sangat.

Ok itu sahaja nak cerita. Jumpa lagi. 


P.S: Rasa lega tak ikut kegilaan masalah yang saya alami. Memang kena pegang prinsip Kayu Penyukur Kita Berbeza.



Friday, July 15, 2011

Fruitful Friday

Assalamualaikum...


As I love to be myself, not get easily following others' styles, today I want to give today or any Fridays as Fruitful Friday. 


Thanks to Allah for everything I have. I've never expected to get this. Everything happens for reason. Something I made, gave me a good result. Very shock!


Chill Wina and be a happy grateful person. Big smile.


Hati berbunga riang.

Tuah Nombor 7



Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Hari ini lewat pula mengepos tulisan. Entah jiwa bergelora, hanya perasaan nak membaca tulisan orang dan mengomen. Padahal idea untuk menulis tu ada. 

Tadi berjalan ke blog dakrose, saya ada masuk peraduan dia. Baca tulisan baru dia di samping tengok berapa orang yang dah masuk peraduan dia. Saya nombor 7 ok. Tuah nombor 7 kerana sekarang ni bulan Julai, bulan ke-7 dalam kalendar Masihi tapi kalau dalam kalendar Islam, sekarang ini adalah bulan ke-8, Syaaban. 

Aha ada orang gunakan nama tujuh atau dalam bahasa Inggerisnya seven iaitu si Victoria Beckham yang baru sahaja melahirkan anak perempuan. Pelik aje pilihan isteri kepada David Beckham ni. Pilihan Seven untuk nama tengah anaknya kerana pertamanya dilahirkan bulan Julai. Malahan tarikh pun 7. Maka 7/7/2011. Lepas tu lahir pun pukul 7. Tapi bukan 7 tepat, 7:55 pagi di Hospital Cedars Sinai LA. Lagi satu mengapa nombor tujuh juga kerana David Beckham pernah menyarung jersi nombor 7 untuk pasukan Manchester United. Cuba agak berat si Seven ni? 7lb 10oz  Jadi nama penuh bayi ini ialah Harper Seven Beckham.

Nombor 7 ni memang ada kelebihan dalam Islam. Surah Fatihah ada 7 ayat. Tawaf dan saie pun kena lakukan sebanyak 7 kali baru sah. Syurga pula ada 7 tingkat samalah juga dengan neraka. Malahan nafsu pun ada 7. Air mutlak ada 7 jenis. Malahan membasuh untuk membersihkan najis berat (mughallazah) pun kena 7 kali di mana sekali ialah air yang bercampur tanah yang bersih. 

Banyak juga kaitan nombor 7 ni dengan Islam.

Ok itu sahaja nak kongsi. Jumpa lagi.



Wednesday, July 13, 2011

Siapa Suka Minum Nescafe? Jangan Dibuang Sebarang Paket Kalau Berminat Memasuki Peraduan Nescafe Rumah Idaman



Assalamualaikum...

Siapa suka minum nescafe? Sama ada 3-1 atau serbuk. Saya memang kuat minum nescafe. 

Tadi tengok siri Police Cadet 84 ala ada si Maggie Cheung dengan Carina Lau di ntv7 2:30 petang Isnin - Jumaat. Apa kaitan siri tv dengan nescafe ni, Wina? Ada waktu iklan, baru pertama kali (lambat betul) saya terperasan ada peraduan Nescafe. Peraduan ni bermula sejak 13 Jun. Jangan risau habis lambat sampai 31 Ogos sempena hari kebangsaan. Kiranya sampai raya pertama la eh. Hihi. Sebelum ni Y memang ada bagitahu tapi masa tu saya semak peraduan dalam bentuk sms. Saya tak minat jadi tak sertai . Tapi pelik tiba-tiba dah bertukar peraduan yang hantar melalui pos. Jadi sesiapa yang 'old-fashioned' suka hantar surat cinta melalui pos, bolehlah sertai. Hadiah-hadiah pun menarik. Setiap hari ada 1 hadiah untuk seorang pemenang. Tak ke besar peluang nak menang kalau ada 77 hadiah untuk sepanjang peraduan. Hehe minggu ini saya semak hadiah kamera video Sony NEX-3K. Menang ni bolehlah korang rajin ambil gambar/video dan tampal banyak-banyak kat blog korang. Hehe.

Ok teruskan cerita pertama korang buka laman sesawang seperti di bawah.


http://www.nescafe.com.my/peraduan_nescafe_rumah_idaman#

Lepas tu korang kena muat turun borang (jimat betul penganjur ni suruh kita muat turun borang) Lepas tu baca syarat penyertaan. Klik pada anak panah saya tunjukkan seperti gambar di bawah.

Klik pada butang muat turun borang dan syarat penyertaan. Klik gambar ini untuk lihat lebih jelas

Ini contoh borang yang telah dimuat turun seperti gambarajah di bawah. Soalan memang soalan kacang tanah. Siapa reti membaca mesti tahu menjawab.

Borang peraduan


Lupa ada hadiah UTAMA: Rumah. Huhu tak payah pening pasal Skim Rumah Pertamaku yang ini memang hadiah yang tidak boleh dilepaskan. Rumah harga RM638 888. Lumayan.

Jangan risau tiada slogan macam Peraduan Mudah Menang Harian Metro ni. Sistem nombor purata penyertaan hari ini. Katakan hari ini ada 301 penyertaan. Jadi yang kena nombor siri nombor bulat 150. Jadi apabila kita hantar tu bila mereka terima, mereka letakkan nombor siri. 

Jadi jangan buang paket bukti pembelian Nescafe. Uwaa saya baru je minggu lepas buang paket Nescafe 100g isian semula tu. 2 penyertaan tahu tak. Ada tu lagi la sebelum-sebelum peristiwa tersebut buang lagi paket. Saya ni peminum tegar Nescafe. Kerap juga beli. Berapa penyertaan rugi sejak Jun ni. Tengok contoh jadual seperti di bawah.

Bukti pembelian dan jumlah nombor siri


Ok sesiapa macam saya yang rajin minum dan beli Nescafe serta pentingnya simpan paket Nescafe kasi saya eh silalah masuk. Tak rugi. 

Itu sahaja nak kongsi. Korang nak jawapan ke? Hehe kalau nak jawapan tinggalkan komen dekat ruang komen bawah tulisan ini, jangan tanya merata-merata. Tanya pada kotak jerit pun tak boleh. Kalau ada tinggalkan komen baru saya tulis jawapan tersebut. Jumpa lagi. 


P.S: Saya tak dapat komisyen atau apa-apa pun promosi peraduan ini daripada pihak penganjur. Hanya menghebahkan kepada yang berminat untuk sertai. Satu jer saya dapat kongsi maklumat ini....jeng-jeng dapat pahala daripada Allah. Lebih berharga.



Hantu Peraduan



Assalamualaikum…

Salam dinihari. Cuaca sejuk sebab tadi hujan turun dengan lebat. Seronoklah sebab tak panas.

Mereka yang mengikuti blog ini sedia maklum yang saya ni hantu peraduan. Suka sangat masuk peraduan. Peraduan yang boleh saya sertai dan sukai macam Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian. Bercakap mengenai peraduan ini, ada peserta peraduan yang beri komen dia menang peraduan tersebut. Ucap terima kasih. Tak tahulah adakah saya telah membantu dia dengan menulis tulisan pasal jawapan? Kalau ya, alhamdulillah. Rezeki dialahkan walaupun saya tak menang. Uhuks sedih.

Apapun saya ada cuba masuk peraduan dalam blog. Ala yang mudah-mudah jerla kan. Untung nasib menang pula. Selain masuk segmen baru pertama kali.

Eh oklah itu sahaja. Orang lain kebanyakannya hari ini buat pos bergambar. Saya buat sesi meluahkan perasaan dan kecenderungan saya. Jumpa lagi.

P.S: Ada peraduan menarik dan lumayan di suratkhabar, saya akan kongsikan kepada pembaca terutama tentang petunjuk dan jawapan. Bolehlah kita berbincang. Kalau anda ada komen tentang peraduan yang telah anda sertai dan menang, boleh ceritakan. Jangan lupa beritahu hadiah apa yang anda menang.




Tuesday, July 12, 2011

Memastikan Favicon Blog Sendiri Muncul Dalam Google Reader Dan Segala Pelayar Termasuk Internet Explorer




Assalamualaikum…

Hampir kesemua blogger memperkatakan tentang butang ‘Follower’ tapi saya pula terperasan pasal butang ‘Favicon’ dalam ‘Page Elements’. Asalnya saya buka Google Reader tengok hanya 2-3 orang yang mempunyai blogspot ada favicon pada Google Reader padahal kalau tengok laman sesawang mereka pada Mozilla ada. Sila rujuk gambar di bawah


Favicon Blogger


Favicon Blog Saya Dalam Google Reader



Saya muat naik gambar wombat saya dalam tu dalam bentuk .ico tersebut dan icon tersebut terpapar dalam Google Reader juga (sebelum tu tiada-tengok gambar di bawah) dan semestinya pada pelayar Internet Explorer.


Lagi senang dah sekarang ni. Cuma muat naik gambar yang kita nak (mesti dalam bentuk .ico sebab Internet Explorer mengesan .ico untuk muncul di IE) Kalau korang nak favicon sendiri pun boleh, ambil muka korang letak pada pelayar. Cuma korang kena tukar format gambar yang .jpg, .png tu kepada .ico. Untuk tukar sekarang ada ‘favicon generator’. Saya memilih laman sesawang iconj.com. Seperti gambar di bawah korang tak payah daftar.

Muka Hadapan

Pada muka hadapan laman tersebut, di bawah ‘Free Favicon Hosting’ (lihat sekali lagi gambar di atas yang ada nombor 1.2.3), pilih gambar yang ingin korang jadikan favicon, jenis ketajaman yang diingini. Puas hati maka tekan butang ‘Upload Now’. Serta-merta ia akan ditukar kepada .ico dan simpan gambar yang menjadi .ico tersebut di cakera keras kamu dengan klik pada 'Click here to download your Favicon.ico File' di bawah arahan 'Direct Download'.  Lihat gambar di bawah.

Klik Pada Bahagian Yang Dibulatkan

Kemudian muat naik  pula dalam blog korang dengan buka Design-> Page Elements->Favicon, klik edit dan muka ‘Configure Favicon’ , masukkan gambar yang korang buat tadi. Apabila dah muat naik, gambar yang dikehendaki akan ditunjukkan seperti di bawah. Sudah jer tekan butang ‘Preview’ untuk lihat dan kalau puas hati boleh klik ‘Save’. Cuba tengok pada pelayar Internet Explorer akan keluar favicon korang. Kalau ada maka berjaya dan favicon pada Google Reader lambat sedikit nak keluar. Saya letak awal pagi pukul 7, pukul 3 buka balik Google Reader baru ada. Seronok pula berjaya buat. Lihat contoh gambar-gambar di bawah.


Sila Ikut Turutan



Selepas edit keluar mukasurat ini, 'Configure Favicon'

Selepas Langkah No 4 ialah Selepas Klik Butang Edit, Muka Page Configure Favicon Muncul


Favicon Blog Saya Muncul Dalam Internet Explorer. Alhamdulillah


Kalau ada kemusykilan boleh tanya ok. Jumpa lagi 




SEGMENT : Saya Punya Lagi Best!


Assalamualaikum…

Selamat awal pagi semua. Sebenarnya lama juga saya terfikir nak masuk peraduan si Nokakashichi TAPI terfikir juga ada ke tulisan saya yang paling meletup? Jadi saya  membelek-belek tulisan lama. Berbelah bahagi nak pilih yang terbaik. Timbang berat ringan mana nak pilih. Ada tulisan berbentuk kenangan lama.Ada ke orang ramai berpandangan tulisan tersebut menarik? Akhirnya saya memilih tulisan/pos saya yang paling popular hinggakan orang US pun terjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Eh sebelum itu sesiapa yang berminat boleh pergi ke blog Nokakashichi. Mari saya tepek gambar kepala blog (header) dia supaya korang boleh tengok alamat blog dia dan lepas tu jangan lupa baca syarat-syarat penyertaan.



Saya persembahkan tulisan paling popular dalam pos yang menarik.

Sesiapa belum baca boleh baca. Ok itu sahaja. Jumpa lagi.

P.S: Tarikh tutup ialah 31 Julai 2011, 11:59 malam waktu Malaysia. Cepat sebelum terlambat



Monday, July 11, 2011

Terima Kasih Yang Mengikuti Blog Ini Dan Jenis Pengikut Blog



Assalamualaikum…

Selamat pagi semua. Nampaknya kebelakangan ini saya menulis pada awal pagi. Ikut mood juga. Rasa nak tulis tu bila kan. Kadang-kadang tulis waktu dinihari, kadang-kadang tulis tengahari, petang, malam atau pagi. Sebelum terlupa, terima kasih yang mengikuti blog ini. Ada satu orang lagi tak dapat ikut sebab pemuka depan (dashboard) tak senaraikan pengikut. Jejak pada komen tiada pula. Maka kenalah tunggu ada balik. Pada blog ada senarai pengikut tersebut ketika membalas komen.

Pada masa akan datang nak minta yang jadi pengikut blog saya tinggalkan jejak di mana profil korang tu ada pautan ke blog korang. Kadang-kadang susahnya cari sebab tak tinggal komen lepas tu profil pula ala taknak kita ikut balik. Terpaksa la saya berfikir di luar kotak memikirkan sebelum tu saya jejak kat blog mana (banyak pula tu blog saya jejak). Tak pun lagi kreatif masuk ke enjin carian google, taip profile blogger _ _ (nama blog profil yang dalam senarai pengikut) Kadang-kadang tak berhasil juga sebab nama yang digunapakai tu ramai.  Apapun usaha tangga kejayaan. Akhirnya jumpa juga. Takpe yang penting setiap usaha yang baik mendapat pahala. Lega daripada memberikan alasan tak dapat ikut balik kerana pengikut tu tak tinggalkan komen atau pautan pada profilnya tiada. Dah awak masuk segmen yang nak tambahkan jumlah pengikut jadi takkan takde inisiatif nak ikut orang lain. Lainlah awak tak masuk segmen, ada orang ikuti blog tanpa awak sedari (sebab dia tak tinggalkan jejak atau dia tiada blog untuk awak ikut) dan awak memang tak dapat ikut balik sebab tiada cara nak cari. Apapun bagi saya pengikut tiada profil ini adalah pembaca setia tulisan kita. Terima kasih juga kepada Harima dan Damha. Eh tak lupa juga Aisyah.

Ok itu sahaja saya nak tulis. Jumpa lagi.





Sunday, July 10, 2011

Bersih Segalanya. Suci Dan Tenang


Assalamualaikum…

Selamat dinihari yang hening. Alhamdulillah selamat juga perhimpunan kami di rumah Uwan dan Auntie Nani. BERSIH daripada perbualan tentang demonstrasi. Kami lebih menumpukan gotong-royong menyediakan kenduri dan tidak lupa menyambut mereka yang datang. Doa dan tahlil pada waktu tengah hari yang di mana hujan baru berhenti. Kami menikmati hidangan yang pelbagai dan enak. Kambing diakikahkan untuk dimasak kari selain terdapat masak lemak daging cilia pi, masak lemak durian muda, sambal udang petai, ayam panggang bersama nasi putih dan bermacam-macam kuih-muih moden dan tradisional. Tidak lupa pulut kuning beserta sambal ikan bilis. Kegemaran saya.

Maaf lambat membalas lawatan dan menjelajah blog atau memberi komen kerana keletihan dan ada masalah sedikit dengan pemuka pandangan (dashboard). Apapun alhamdulillah dapat juga buat.

Ok itu aje jumpa lagi.
















Saturday, July 9, 2011

Di Keheningan Pagi Ini, Mengharapkan Segera Kunjungan Ramadan


Assalamualaikum…

Selamat awal pagi yang hening. Haha baru bangun tidur. Terpengsan kejap lepas makan di D’Tasik Tomyam di Taman Tasik Utama. Kekenyangan makan dan badan letih adalah pemangkin mengantuk dan tidur tak ingat dunia.

Apapun tak sabar menunggu petang ini untuk pulang ke kampung di Tampin untuk majlis akikah + majlis doa selamat Auntie duduk rumah yang diubahsuai+ tahlil. Moga ada keberkatan daripada Allah.

Alhamdulillah kehidupan saya boleh dikatakan lancar dan dipermudahkan Allah. Ada permintaan saya Allah makbulkan. Malunya saya pada Dia, sedangkan saya kurang taat dan mengambil berat suruhanNya.

Lepas tu tak sabar hari ‘bantai’, kebiasaan Uwan akan buat lemang. Eh sebenarnya tak suka sangat pun makan lemang. Saya lagi suka ketupat atau nasi impit. Tapi saya nak makan rendang Negeri Sembilan. Tak sabar oh tak sabar. Tak sabar lagi nak menunggu Ramadhan yang menjelang. Syahdu awal-awal pagi begini pada waktu itu. Suka bulan tersebut.

Apapun saya nak mengucapkan awal-awal selamat menyambut Ramadhan. Bagi yang belum ganti puasa tu cepat-cepatlah ganti.

Jumpa lagi.