Nuffnang

Friday, July 15, 2011

Tuah Nombor 7



Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Hari ini lewat pula mengepos tulisan. Entah jiwa bergelora, hanya perasaan nak membaca tulisan orang dan mengomen. Padahal idea untuk menulis tu ada. 

Tadi berjalan ke blog dakrose, saya ada masuk peraduan dia. Baca tulisan baru dia di samping tengok berapa orang yang dah masuk peraduan dia. Saya nombor 7 ok. Tuah nombor 7 kerana sekarang ni bulan Julai, bulan ke-7 dalam kalendar Masihi tapi kalau dalam kalendar Islam, sekarang ini adalah bulan ke-8, Syaaban. 

Aha ada orang gunakan nama tujuh atau dalam bahasa Inggerisnya seven iaitu si Victoria Beckham yang baru sahaja melahirkan anak perempuan. Pelik aje pilihan isteri kepada David Beckham ni. Pilihan Seven untuk nama tengah anaknya kerana pertamanya dilahirkan bulan Julai. Malahan tarikh pun 7. Maka 7/7/2011. Lepas tu lahir pun pukul 7. Tapi bukan 7 tepat, 7:55 pagi di Hospital Cedars Sinai LA. Lagi satu mengapa nombor tujuh juga kerana David Beckham pernah menyarung jersi nombor 7 untuk pasukan Manchester United. Cuba agak berat si Seven ni? 7lb 10oz  Jadi nama penuh bayi ini ialah Harper Seven Beckham.

Nombor 7 ni memang ada kelebihan dalam Islam. Surah Fatihah ada 7 ayat. Tawaf dan saie pun kena lakukan sebanyak 7 kali baru sah. Syurga pula ada 7 tingkat samalah juga dengan neraka. Malahan nafsu pun ada 7. Air mutlak ada 7 jenis. Malahan membasuh untuk membersihkan najis berat (mughallazah) pun kena 7 kali di mana sekali ialah air yang bercampur tanah yang bersih. 

Banyak juga kaitan nombor 7 ni dengan Islam.

Ok itu sahaja nak kongsi. Jumpa lagi.



7 comments:

muz said...

lepas ne aku nak minat sama 7 bini plak....opsss

Lynn said...

kalau ikut feng sui cina..

no 7 n 8 ader ong...

hehehe

abghani said...

aku suka no 9

Firdnurjue said...

Nice info yunk..betul 2...

Beck VS Vic mmg pelik2 bg nm anak..aishhhhhhhhhh

NA said...

Balasan kepada
@Muz: 7 bini? :P

@Lyn: Setahu no ong cina no 8, apa maksud no 7?

@abghani: aha saya banyak no 9 dan 1 dalam tarikh lahir

maszull said...

no 7 mmg no luck...hubby mama pun suka no 7 sbb tarihklahir die jatuh bln 7 tarikh pun 17 nombor telepon die pun ada no 7....:)

NA said...

Balas pada

@Jue: haah nama anak pasangan Beckham ni pelik-pelik tapi mungkin pelik bagi kita orang Melayu kut. Nama jarang digunakan. Orang Melayu pun nama dah canggih-canggih.

@Maszull: Hoho sayang mama kat hubby yer :)