Saya Memang Suka Masuk Peraduan Dengan Hadiah Yang Menarik
Assalamualaikum...
Selamat tengah hari Selasa yang indah. Yeehaaaaa, apa khabar semua? Moga ceria dan bersemangat menghadapi roda-roda waktu.
Sebelum ini saya ada menulis yang emak saya dah naik pangkat dan secara rasminya melaksanakan tugas Pengetua semalam. Ini bermakna pada ketika guru-guru lain cuti, mak saya pula bekerja mengikut orang pejabat. Eh 8-5 atau 9-5. Begitulah yer seperti saya nyatakan semakin tinggi jawatan semakin banyak tanggungjawab. Ini bermakna kurang tanggungjawab mengajar dan lebih kepada tugas pentadbiran. Harap-harap mak saya suka tugas pentadbiran sekolah. Apapun mak ada setahun merasa tugas tersebut sebelum bersara. Lepas tu bolehlah mak saya rehat/melancong puas-puas (nak menyibuk ikut). Ataupun mak saya akan menceburi dunia perniagaan (saya menjadi pembantunya). Ni banyak kemungkinan.
Eh satu perkara belum hantar borang lagi. Tunggu setem masih belum dibeli. Hehe, saya malas nak keluar rumah. Saya masih bercadang menggunakan nama emak. Jawapan pula kali ini secara terus saya rasa, tiada 2-3 jawapan yang dirasakan betul. Jawapan sama dengan Aisyah. Hehe dia dah hantar. Selamat maju jaya yer. Kita bincang lagi jawapan kalau ada 2-3 jawapan.
Saya memang suka masuk peraduan. Lebih-lebih lagi yang ada hadiah yang saya hendak atau suka. Saya rasa blog pun satu platform untuk berbincang tentang peraduan yang saya masuk atau saya tahu sesuatu peraduan macam pilih perisa kegemaran Dutch Lady daripada iklan Nuffie. Berkongsi minat masuk peraduan pada mereka yang suka. Saya harap ada manfaat dan ada yang berminat untuk sertai. Peraduan tu pun tiada kos besar untuk sertai. Itulah pilihan saya mencari peraduan yang sesuai dengan kemampuan saya dan hadiah yang ditawarkan. Korang pun boleh beritahu peraduan apa yang sesuai untuk saya sertai. Hehe.
Bercakap tentang peraduan di alam siber. Semasa saya berkecimpung dalam chatting di kc. Ketika di karpet, ada sorang hamba Allah menggunakan nama samaran benQ ni beri kuiz. Ingatkan dia main-main jer tanya orang kat karpet. Saya dapat jawab dengan betul. Terus dia p2p minta nama dan alamat. Haha 2-3 hari kemudian dapat hadiah beg. Teruja sungguh dapat hadiah ni. Kehkeh. Terus rasa seronok nak masuk peraduan ni.
Oklah itu aje saya nak kongsi. Jumpa lagi yer. Selamat bersolat Zohor.
No comments:
Post a Comment