Nuffnang

Saturday, July 16, 2011

Sambutan Nisfu Syaaban Di Surau Taman Usrah, Tengkera




Assalamualaikum...

Hari ini pertengahan bulan Syaaban atau dalam bahasa Arabnya Nisfu Syaaban. Nasib baik tahu. Tulah leka sangat dengan hal dunia dan masalah merepek yang saya sibuk peningkan. 

Turun ke dapur, tengok emak keluarkan karipap pusing sejukbeku yang Assila buat untuk jualan.
"Buat apa karipap keluar banyak-banyak dari petisejuk?" saya bertanya
"Nak bawa ke surau. Hari ini ada tahlil di surau."

Saya bercadang untuk ikut. Pastinya perlu bersiap-sedia dan terus pergi apabila azan Maghrib berkumandang.

Solat Maghrib, diikuti 3 kali bacaan Yassin. Kali pertama baca tidak ketinggalan keretapi. Kali ke-2 dan terakhir saya boleh tertinggal tetapi dapat ikuti semula.

Baca tahlil dan doa. Ketika ini lapar dan terbayang makanan apa yang akan dihidangkan. Sesudah habis bacaan yassin, tiba-tiba terus iqamat solat Isyak. Saya termangu, "eh mana azan Isyak?" Kesian mereka yang tak dapat melakukan solat sunat sebelum Isyak. Ada yang terkocoh-kocoh kerana mereka memperbaharui wuduk. Akibatnya ada saf lompang pada mulanya. Saya memerhatikan lompang di sebelah kanan saya yang ada sejadah kecil.
"Sapa punya tempat ni?" Risau sebab imam dah mula suruh rapatkan saf. Tak mahu terputus saf. 
"Makcik punya." Ada seorang makcik datang baru ambil wuduk. Nasib baik sempat yer makcik, kalau tak maafkan saya terpaksa ambil tempat makcik sebab tak mahu putus saf.

Apapun saf tak terputus. Lepas solat, doa kemudian makan nasi beriyani kambing, dalca dan ayam lada hitam. Kuih-muih seperti karipap pusing, apam warna-warni dan pizza. "Pizza pun ada. Canggih betul. Tak salah lain kali nak kasi pai epal." Hehe sebelum pergi, saya ada terfikir sesuai ke kalau saya bawa pai epal. Hati terdetik, jangan mengarutlah kenduri nak bawa pai macam tak sesuai majlis. Pada sisi lain otak membidas, sekarang ni majlis apa-apapun makanan dah macam-macam sampai tak terfikir dalam majlis kahwin pun ada orang buat barbeku. Asal makanan halal tak kisahlah kenduri kahwin engkau nak buat mee goreng pun!

Saya gelak. Dah lain kali saya buat macam tu kalau nak bawa pai epal. Kasi jemaah makan air tangan saya. Ok sambung balik, minuman pula sirap limau ais dan air bandung ais.

Lebihan makanan bahagian kami (mak dan saya) yang tak habis dibawa balik.

Puas hati malam ini kenyang sangat.

Ok itu sahaja nak cerita. Jumpa lagi. 


P.S: Rasa lega tak ikut kegilaan masalah yang saya alami. Memang kena pegang prinsip Kayu Penyukur Kita Berbeza.



No comments: