Nuffnang

Monday, June 27, 2011

Kayu Pengukur Kita Berbeza

Assalamualaikum...

Matlamat dan misi setiap orang adalah berbeza. Itu yang membuatkan kita unik. Maka sasaran untuk setiap apa yang kita dapat dan definisi kejayaan bagi kita juga berbeza. Kayu pengukur kita berbeza. Dia menganggap mendapat RM6 000 sebulan adalah kejayaan besar sedangkan orang lain menganggap ia hanyalah biasa atau belum dianggap berjaya. Manakala pada perkara lain contoh pakaian, ada menganggap pakaian ala kadar, tidak kisah pada jenama tidak malu untuk memakainya manakala yang lain sangat menitikberatkan imej, jenama dan sanggup berhempas-pulas untuk mendapatkannya. Ada pula manusia bijak yang memikir jauh ke hadapan, membuat sesuatu mengutamakan bekalan untuk hari akhirat yang pastinya berbaloi-baloi dan berkali ganda besar daripada yang lain. Maka orang yang mengutamakan hari akhirat tidak ghairah dengan harta dunia. Sudah tentu kita yang diberikan akal mahu sesuatu yang untung hakiki.

Unik kan manusia ini? Kerana keunikan atau manusia saja suka memeningkan kepala sendiri dengan perbezaan maka kita pun patut faham dan tidak mengutuk orang sesuka hati apabila cara orang berbeza. Sedang rupa paras berbeza, mimpi pun berbeza (tapi ada gak mimpi sama)

Aha bercakap pasal mimpi, saya tak sangka tulisan mimpi dipatuk ular hitam itu mendapat carian tertinggi. Hinggakan orang sana (US) pun cari dan diterjemahkan. Rupanya orang sana pun ada mimpi kena patuk ular hitam yer? Hehe, saya ingat orang sini dan sekitar nusantara aje.

Apapun terima kasih kepada pengunjung dan pembaca blog saya. Saya menghargai mereka yang membaca blog saya. Harap ada manfaat yang dikutip apabila membaca blog saya. Apapun sasaran jumlah pandangan muka adalah tertinggi daripada bulan-bulan lain. Alhamdulillah. Ia satu kejayaan peribadi dan memberi inspirasi kepada saya untuk menulis dengan bijak *saya guna kayu pengukur tulis dengan bijak walaupun kadang-kala tulis hal remeh-temeh  asalkan ada manfaat/kebaikan yang boleh dikutip *


No comments: