Nuffnang

Monday, July 11, 2011

Terima Kasih Yang Mengikuti Blog Ini Dan Jenis Pengikut Blog



Assalamualaikum…

Selamat pagi semua. Nampaknya kebelakangan ini saya menulis pada awal pagi. Ikut mood juga. Rasa nak tulis tu bila kan. Kadang-kadang tulis waktu dinihari, kadang-kadang tulis tengahari, petang, malam atau pagi. Sebelum terlupa, terima kasih yang mengikuti blog ini. Ada satu orang lagi tak dapat ikut sebab pemuka depan (dashboard) tak senaraikan pengikut. Jejak pada komen tiada pula. Maka kenalah tunggu ada balik. Pada blog ada senarai pengikut tersebut ketika membalas komen.

Pada masa akan datang nak minta yang jadi pengikut blog saya tinggalkan jejak di mana profil korang tu ada pautan ke blog korang. Kadang-kadang susahnya cari sebab tak tinggal komen lepas tu profil pula ala taknak kita ikut balik. Terpaksa la saya berfikir di luar kotak memikirkan sebelum tu saya jejak kat blog mana (banyak pula tu blog saya jejak). Tak pun lagi kreatif masuk ke enjin carian google, taip profile blogger _ _ (nama blog profil yang dalam senarai pengikut) Kadang-kadang tak berhasil juga sebab nama yang digunapakai tu ramai.  Apapun usaha tangga kejayaan. Akhirnya jumpa juga. Takpe yang penting setiap usaha yang baik mendapat pahala. Lega daripada memberikan alasan tak dapat ikut balik kerana pengikut tu tak tinggalkan komen atau pautan pada profilnya tiada. Dah awak masuk segmen yang nak tambahkan jumlah pengikut jadi takkan takde inisiatif nak ikut orang lain. Lainlah awak tak masuk segmen, ada orang ikuti blog tanpa awak sedari (sebab dia tak tinggalkan jejak atau dia tiada blog untuk awak ikut) dan awak memang tak dapat ikut balik sebab tiada cara nak cari. Apapun bagi saya pengikut tiada profil ini adalah pembaca setia tulisan kita. Terima kasih juga kepada Harima dan Damha. Eh tak lupa juga Aisyah.

Ok itu sahaja saya nak tulis. Jumpa lagi.





3 comments:

Firdaus Life said...

wah da mencecah 89 follower kak wina :D

NA said...

Eh lupa nak ucapkan terima kasih pada tuan yang buat segmen. Terima kasih yer. Aha tak sangka kesan peningkatan pengikut. Selalu mengikut atau diikuti secara mereka jumpa dan suka jer mengikuti blog ini.
Sekarang baru Kak Wina tahu :)

ftdanisha said...

singgah sini pulak