Nuffnang

Saturday, July 9, 2011

Di Keheningan Pagi Ini, Mengharapkan Segera Kunjungan Ramadan


Assalamualaikum…

Selamat awal pagi yang hening. Haha baru bangun tidur. Terpengsan kejap lepas makan di D’Tasik Tomyam di Taman Tasik Utama. Kekenyangan makan dan badan letih adalah pemangkin mengantuk dan tidur tak ingat dunia.

Apapun tak sabar menunggu petang ini untuk pulang ke kampung di Tampin untuk majlis akikah + majlis doa selamat Auntie duduk rumah yang diubahsuai+ tahlil. Moga ada keberkatan daripada Allah.

Alhamdulillah kehidupan saya boleh dikatakan lancar dan dipermudahkan Allah. Ada permintaan saya Allah makbulkan. Malunya saya pada Dia, sedangkan saya kurang taat dan mengambil berat suruhanNya.

Lepas tu tak sabar hari ‘bantai’, kebiasaan Uwan akan buat lemang. Eh sebenarnya tak suka sangat pun makan lemang. Saya lagi suka ketupat atau nasi impit. Tapi saya nak makan rendang Negeri Sembilan. Tak sabar oh tak sabar. Tak sabar lagi nak menunggu Ramadhan yang menjelang. Syahdu awal-awal pagi begini pada waktu itu. Suka bulan tersebut.

Apapun saya nak mengucapkan awal-awal selamat menyambut Ramadhan. Bagi yang belum ganti puasa tu cepat-cepatlah ganti.

Jumpa lagi.


6 comments:

Jasman said...

selamat menyambut ramadan..puasa tak ada yg tinggal tahun lepas...
tahun ni target 100% puasa.amin

NA said...

Alhamdulillah, bagus untuk awak. Saya pula sebagai perempuan memang akan ada tinggal la kan tapi kena ganti. :)
Mubarak Ramadhan...

perfect life z said...

sebulan jer lagi puasa kan?? makin lama, makin tua kita semua. hmmm, makin hari makin cepat masa berlalu...so, enjoy your life but dont forget the One and Only...Allah

Emma Akhma said...

dah ganti puasa :) sejak awal tahun lagi . btw , selamat menyambut bulan ramadan jugak :)

NA said...

@Perfect Life Z: Masa memang cepat berlalu. Memang menikmati hidup walaupun ada masalah :)

@Emma Akhma: Terima kasih.

fatynadia said...

tinggal dua hari lagi untuk puasa ganti. wahh, lagi setengah bulan ja lagi nak ramadan