Nuffnang

Sunday, March 13, 2011

Cuti Sekolah Datang Lagi



Assalamualaikum....

Cuti sekolah kembali. Maka ramai yang akan membuat pelbagai perancangan untuk berjalan-jalan. Saya pun baru tahu cuti sekolah bila mendapati adik-adik perempuan emak saya bersama sepupu ke Pulau Langkawi. Mereka pergi tanpa suami dan membawa anak-anak sahaja. Saya dan emak tidak ikut serta. Alahai rasa cemburu. Eh tapi mak saya kalau nak berjalan mesti dengan abah. Agaknya tu pasal mak saya tidak ikut. Haha yang bermakna saya pun tak ikut (ala saya nak pergi sorang boleh aje ikut makcik-makcik saya)

Perancangan saya mahu berjalan-jalan di JJ sambil cari bahan nak buat lasagna. Teringin pula. Beberapa kali percubaan lasagna tidak berapa berjaya. Harap-harap menjadi kali ini. Saya nak cuba guna keju ricotta, cheddar dan parmesan. Sebelum ini saya guna keju parmesan dan mozarella. Inilah masa untuk bereksperimen dan mencuba cara lain pula. Kalau sedap dan menjadi, saya akan letak resipi nanti. Harap-harap berjaya.

Oh!Ya, tengah hari tadi melawat adik di hospital, Muar. Alhamdulillah dia tiada meluahkan macam minggu lepas tapi dia masih melalui rutin yang sibuk sampai tidak sempat makan dan tidak lalu makan waktu tengah hari. Mak saya bawa nasi,  masak lemak nenas bersama udang dan udang,ayam dan bebola bersalut tepung. Dia hanya makan makanan bergoreng. Maka mak saya terpaksa bawa balik semula nasi dan masak lemak kerana kalau ditinggalkan di sana, adik saya tidak sempat makan. Apapun harap-harap dia bersabar.

Ok jumpa lagi. Lupa nak bagitahu, saya sekarang memasuki Peraduan Agro-Xplorasi yang ada di Harian Metro Sabtu bahagian hiburan. Sesiapa yang berminat atau beli Harian Metro Sabtu boleh sertai. 

P.S: iPad 2 keluar semalam di US. 

P.S.S: Apa jawapan korang buat untuk Agro-Xplorasi episod 2? Saya jawab RM20 000. Sama tak jawapan? :) 

P.S.S.S: Senang tak reka slogan?


No comments: