Nuffnang

Wednesday, September 2, 2020

Rose Apartment, Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru sampai di Tanah Rata, Cameron Highlands. Insya Allah saya di sini sampai hari Jumaat. Sekarang hujan lebat jadi terbantut hendak pergi makan dan jalan-jalan.


Alamat apartmen


Kami iaitu emak, abah, adik sekeluarga dan saya duduk di tingkat 5 Rose Apartment, KEA Farm.
4 bilik tidur, 3 bilik air dan dapur.


Dapur


Tangga Ke Tingkat Atas


Salah Satu Bilik Air


Salah Satu Bilik Tidur


Internet laju jadi dapat kemaskini blog.

Jumpa lagi.

Maklumat tambahan.

-Ada nyamuk. Jadi sila bawa ubat nyamuk.

-Memandangkan tuan punya apartmen ini Cina, sila bawa tanah untuk samak alatan memasak.

-Penunjuk kiblat pun tiada. Sila bawa kompas atau aplikasi penentu kiblat.

-Harga RM250 untuk hari biasa. Harga berubah pada cuti umum atau hujung minggu.

-Strategik. Terletak berhampiran KEA Farm. Kalau berminat bolehlah hubungi Airbnb Yene: 012- 461 6200. 

-Alamat: B-5-4, Rose Apartment, KEA Farm, 39000 Cameron Highlands Pahang.



33 comments:

nayfatimahrasyid said...

Selamat bercuti NA🌹🌹
Rose Apartment... Mesti banyak bunga rose🌹🌹🌹

nohas said...

Selamat bercuti...enjoy!!

Puan Hazel said...

Selamat bercuti :)

Nor Azimah Ali said...

Wah bercuti di cameron ye. Lama dah tak pegi cameron nih.

NA said...

RM250 sehari.
Adik ipar yang uruskan.
Apartmen ini dekat dengan KEA Farm, 39100 CH. Nanti saya beritahu lebih lanjut no telefon di ruangan komen. Insya Allah.

NA said...

Takde. Bunga matahari sahaja yang ada.

Azhafizah MN said...

Selamat bercuti kak. Best tu pergi Cameron Highland. Lagilah musim hujan ni bertambah sejuk. Tapi tu lah kan, hujan tak dapat kemana pulak. Internet laju okaylah tak bosan kalau tak dapat keluar :)

Elly Matin said...

Kalau RM 250 sehari, murah ini. Bilik besar tu nampak selesa

Warisan Petani said...

Dah lamanya tak naik CH

anakdenesor said...

suka pegi sini...wahh selamat bercuti..tolong makan strawberry bebanyak utk kite hehe

Syazni Rahim said...

Nampak selesa. Alamak lamanya tak pergi CH, rindu pulak hehe

nayfatimahrasyid said...

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Tiara Sapphire said...

wah bestnya. selamat bercuti :) ♕Tiara Sapphire♕

Maqnie said...

Selamat bercuti.

Fai said...

Best pula dah lama tak gi cameron highland. Nak kena gi balik nanti ni hihi

Eina Md Ali said...

Bestnya cuti-cuti dengan family.

Khairul Krol said...

Wah seronoknya pergi bercuti Cameron..dah lama tak pergi

mrhanafi said...

wah ...selamat bercuti dan semoganya dalam keadaan selamat hendaknya

Shikin Razali said...

Selamat bercuti diucapkan... Wah, dekat dengan Kea Farm memang seronok la kan.. Dah lama tak pegi ke CH.. Nanti boleh la booking kat situ, sebab nak shopping kat Kea Farm.. hihihi

mama sara nur @ Cik Nor said...

tempat feberett ch
seronok jln2 sini

Kamsiah yusoff said...

bab nak kena samak tu yg renyah sikit bg akak

umifuzy said...

seronoknya dapat bercuti ke CH...dah lama tak kesana sebab suami malas nak bersesak waktu naik...tunggu dia ada kerajinan utk mengharung jem la nampaknyaa heee

SalbiahM said...

Hujan di CH, bertambah-tambah sejuknya

dear anies said...

alaaa ada nyamuk? ok. boleh dipertimbangkan sbb dkt dgn tmpt tumpuan ;-)

Mrs. A said...

Sama tarikh bercuti dengan En Bos Mrs. A. Katanya time dia nak naik tu jalan yang nak turun traffic jam teruk.

Dapat souvenir earl tea dengan stoberi.

mrhanafi said...

harap suatu hari nanti boleh juga pergi Cameron Highland

Litah L said...

seronok kan dapat luangkan masa bersama family

TukangKebun said...

Luas juga apartment dia ada 4 bilik, 3bilik air, lama tak ke Cameron Highland seakan sekolah rendah. Yang kerap sekarang lalu Kundasang Highland hehehe...

Galaksi Viral said...

Tempat nampak selesa dan luas kan kak. Harga rm250 sehari okey tu kan kak. huhu.

I am LZ said...

Seronok dapat ke Cameron Highlands..
In shaa Allah next time LZ plan ke CH juga :)

Nur said...

Bagus duduk apartment ni, kalau pi holiday dan family besar. Dok hotel tak leh masak-masak.

Nina Mads said...

nanti boleh la menginap kt sini... dekat dgn kea farm.

babYpose said...

Apartment senanh duduk sekali, pesanan penting tu bawa tanah, dan ubat nyamuk. Bestkan jalan-jalan.