Nuffnang

Thursday, August 5, 2021

Kotak Kecil Barang Comel Pula Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Permulaan Ogos bermula dengan baik apabila dipilih sebagai tukang komen nombor 1 di blog baby-pose pada bulan Julai. Sebenarnya tidak sangka dia ada buat senarai orang komen kerana dia baru kembali semula ke alam blogging. Betul tak Puan Baby-pose? Tapi sebenarnya saya sudah lama kenal dia. Dia menyepikan diri dan kemudian saya menyepikan diri 3 tahun lamanya.

Ok panjang pula cerita. Dipendekkan cerita kira kembali berziarah semula antara satu sama lain.

Petang tadi dalam pukul 2 saya terima kotak comel. Lewat buka sebab tengok Olimpik.

Kotak Kecil Daripada Gdex 



Dalam pukul 4 buka kotak. Ada kesukaran hendak buka pada mulanya. Saya cuak juga ada bunyi barang bergerak di dalam. Takut juga barang kaca. Lega tengok mini mangkuk tingkat yang comel yang diperbuat daripada besi. Hehe kecil rasanya tidak boleh letak lauk. Fikir sesuai letak apalah dalam ini. Ada tulisan nama pemilik blog yang beri.

Mangkuk 2 Tingkat Dengan Tulisan https://baby-pose.blogspot.com
 -food unites-



Terima kasih Puan Baby-pose kerana beri saya hadiah. Tulisannya berkaitan masakan, makanan dicuba, gaya hidup, tumbuh-tumbuhan pasu. Dia banyak selitkan video di setiap pos tulisan dan menggunakan dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris.

Oklah jumpa lagi.

31 comments:

Rabiahtul adawiyah said...

tahniah kak

Ako Retna said...

Permulaan ogos yg menggembirakan 😁

babYpose said...

Alhamdulillah, terima kasih atas kesudian menerima hadiah kecil tu dan tersentuh imbasan sis NA yang kita dah lama berblog, walau menyepi tetap di hati, moga ikatan ukhwah berkekalan.. InshaAllah.

Amie said...

Cantik mangkuk tingkat tu. Tahniah.

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..rezeki akak dapat hadiah lagi dibulan Ogos ni. Comel hadiahnya. Boleh buat letak kuih muih. Tahniah kak :)

NA said...

Terima kasih Fiza bagi idea letak apa dalam mangkuk tingkat.

fairus said...

Alhamdulillah.. Rezeki.. Teruskan usaha menjadi pengomen tegar..

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Alhamdulillah . Salah satu rezeki tu . Nampak comel mangkuk tingkat tu .

mama tisya said...

Cute mangkuk tingkat..tahniah

Abam Kie said...

tahniah kerana sering mendapat hadiah...

Kamsiah yusoff said...

Alhamdulillah..murah rezeki ya..mencurah2 hadiah tiba..

Semut Senyum said...

Alhamdulillah. Seronoknya, kakwina selalu dapat hadiah. Ramai orang sayang ni. Take care kak!

Farrah MF said...

Tahniah, NA! Cantik mangkuk tingkat pemberian baby-Pose tu 😊

SalbiahM said...

comelnya. ya betul, baby-pose rasanya dah lama menyepi, sekarang baru start balik blogging. Tahniah kak

nona sani said...

Wow.. Tahniahh.. ye.. blog post dia ada dwibahasa... first time baca... huhu..

nona sani said...

Tahniahh kak...

dear anies said...

cantikkk mangkuk tingkatnya... tahniah NA👍👍👍

Suria Amanda said...

Comelnya mangkuk tiffin tu...best la kan dapat hadiah macam ni...

Laura Cantik said...

serius, ia comel...

Ujie Othman said...

Wah…comelnya tiffin Na dapat.
Tahniah!

norhidana said...

wahhh tahniah kak, cantik mangkuk tingkat tu, comel

The Redza Channelz said...

W'salam.
Seronok dapat hadiah, tahniah!

mrhanafi said...

tahniah kerana sudah dapat hadiah.

comel dan kiut tu

Khairul Krol said...

Tahniah NA. Permulaan bulan ogos yang baik :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

tahniah NA
cantikk bekas tu

Atiqah Najihah said...

Tahniah akak! Comel cute mangkuk tingkatnya! Geram pulak kita tengokk hehehe

dear anies said...

bla tgk magkuk tingkat ni trs teringat piknik tepi pantai hehehe

mamapp said...

Alolo mmg comel. Warna dia pun cun

Nina Mads said...

boleh la guna mangkuk tingkat bila tapau makanan di kedai makan nanti. hehehe

nohas said...

tahniah..comel hadiahnya..

Nina Mads said...

Comelnya sia heheh.. boleh guna kalau tapau makanan di kedai