Nuffnang

Thursday, August 26, 2021

Terima Hadiah Icely Aiskrim Potong

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mungkin ada yang sudah tahu saya berjaya tangkap layar nombor 6,000,000 di blog www.sunahsukasakura.com. Hehe ingatkan saya terima hadiah melalui kurier barang selepas beri butiran pada Cik Sun. Rupanya saya terima kejutan melalui penghantar makanan pada hari itu juga.

Dalam pukul 2 petang lebih, saya menerima Icely Aiskrim Potong.

Gambar Hadapan Kotak


Pertama kali dapat pelbagai perisa aiskrim potong berbentuk empat segi tepat. Saya dapat 15 potong. Ada perisa diberi 2 jenis sama. Macam-macam warna. 

Bahagian Dalam Kotak Dan Ucapan


Emak saya cuba warna merah jambu pekat sebelah kiri atas sekali. Rupanya itu adalah perisa klasik iaitu perisa kacang merah. Saya pula cuba warna hijau pudina dengan bintik hitam. Itu perisa pudina dengan coklat halus (chocolate rice).  Hari ini cuba aiskrim warna kelabu kehitaman. Rasanya seperti kelapa. Ada sedikit masin dan isi kelapa. Menarik perisa diberikan. Baru cuba 3 jenis.

Pandangan Atas


Inilah tangkap layar yang berjaya ditangkap. 

Tangkap Layar 6,000,000


Terima kasih Sunah!


29 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tahniah, NA. Terror tangkap layar 😍

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...syukurrr! seller ada beri gambar juga semalam..nak ke? haha!

thank youuu kak NA!

NA said...

Boleh hantar di emel ya. Kenangan.

Amie said...

Tahniah!
Memang pakar tangkap nombor ni. Hebatnya!

Ako Retna said...

Eh eh iceley ni ada jual satu msia eh? Igt kat jb je hehe ok igt nak try cr kat kl... Pape pun tahniah NA

NA said...

Haah ada. Saya tengok FB ada ejen di Melaka.
Hehe mesti ada ejen di KL.

shima jelani said...

Tahniah NA. Sedap jugak ice cream tu :)

norhidana said...

tahniah kak... wahhh sedap tu menarik aiskrimnya...

saya ada berkwn dengan pemilik icely berasal dari pontian johor... sekarang dah merata dah aiskrim tu...

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Nampak sedap . Pelbagai macam warna

Shikin Razali said...

Tahniah kak NA.. akak memang hebatla tangkap nombor..hihi

Kamsiah yusoff said...

Wauuuu baik punya hadiah...sedap2 dlm cuaca panas ni

Puan Hazel said...

Menang lagi, tahniah NA
Puaslah makan ais krim ye hehe

mama sara nur @ Cik Nor said...

tahniah.. Na
sedapppnya layan. eskrim


Azhafizah MN said...

Wahh bestnya dapat aiskrim potong icely klasik ni. Rezeki usaha tangkap nombor. Alhamdulillah tahniah kak.
warna warna aiskrim tu cantik dan menarik juga dihidangkan dalam box macam ni. Tertarik tengok.

mama tisya said...

sedap tu aiskrim potong

babYpose said...

MashaAllah terbaik menangkap nombor. Alhamdulillah dapat aiskrim beraneka rasa. Tentu sedap. Tahniah NA. Moga bertambah rezeki, inshaAllah

Atiqah Najihah said...

Alhamdulillah, tahniah akak! Terer sungguh la bab tangkap pageviews blog orang ni hahaha. Memang hebat! Banyak tuu 15 potong, pos kat ganu sikit akak :P

nona sani said...

Wahhhh... macam teringin pulak bila tahu perisa memacam ehhh .. Naissss!

nona sani said...

Tahniah kakkkk.. Penangkap nombor terhandal gituuu.. hehee

fanny_dcatqueen said...

Congrats kak :D. Nampak sedaaaaap ice cream nya :D. Sukaa lah dengan ice cream potong macam nih. Rasa kacang merah itu best! Tapi mungkin basically Krn saya suka sangat kacang merah :D

SalbiahM said...

Tahniah kak NA. Hebat tangkap ngam ngam 6juta. Blog cik Sun pageview laju betul. Aiskrim potong ni saya paling suka kacang merah. Klasik

syuhada salleh said...

Tahniah NA..

Shida Radzuan said...

Alhamdulillah rezeki..Tahniah NA!
sedap makan icekrim ni..

Farrah MF said...

Tahniah, NA! Hebat betul!
Bestnya dapat nikmati aiskrim potong comel-comel begitu

Ain Athirah said...

Idea yang best untuk bgai hadiah. Guna service mcm ni mudah kan. Tak perlu guna lamat sendiri

Mrs. A said...

Terbaiklah NA selalu berjya tangkap layar nombor-nombor

Mrs. A pun suka aiskrim potong terutama kacang merah mungkin faktor usia yang dah klasik jugak kot hahahaa...

dear anies said...

tahniah tahniah! nak cari jugalah ais krim ni. skrg wpn dah hjg musim panas cuaca tetap bahang

mamapp said...

Wah mcm2 perisa ada mmg verbaloi ty

Nina Mads said...

Alhamdulillah.. rezeki menangkap gambar. Mcm2 perisa ada