Nuffnang

Saturday, October 30, 2021

Monolog: Kematian Itu Pasti

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Beberapa minggu lepas duduk terfikir masalah. Kemudian terfikir seorang ini yang suka 'ganggu' saya dalam emel atau blog atau whatsapps atau mesej. Lama dia tidak kacau. Kalau hujung bulan 11 ini tiada gangguan memang cukup setahun. Rasa hendak lompat bintang (tidak habis-habis diri ini dengan lompat bintang).

Tiba-tiba fikir spontan. Entah-entah dia dah meninggal? Masalah Covid-19 memang tidak mustahil.

Adakah saya akan sedih kalau dia sudah meninggal? 

Tidak pasti. Tiada jawapan. Ketika tertengok drama 'Wi-Fi Sebelah Rumah' pada penghujung penutup drama ada tertulis dalam kenangan nama arwah. Eh macam kenal nama tersebut. Mungkin orang lain dengan nama begitu. Saya google. Eh memang dia. Rupa tidak berubah sejak dari universiti. Terkejut dan tidak sangka arwah sudah meninggal tahun lepas tanggal 19 Oktober. Sudah setahun. Walaupun tidak kenal rapat hanya satu kursus yang sama. Tidak pernah diletakkan dalam satu kumpulan tugasan. Tiba-tiba rasa sayu. 
Terjawab juga walaupun tidak kenal rapat pun hati boleh tersentuh.

Kembali pada yang suka kacau. Buka emel pagi ini hendak tengok kalau dapat emel daripada MySejahtera. Lain ditunggu lain yang tiba. Tetiba pula dapat mesej daripada suka kacau suruh telefon sebab dia kena Covid peringkat 3B. Aik peringkat pun ada A,B ke?

Takut pula dengan monolog hati ini.


11 comments:

nohas said...

sabar jelah dgn org yg suka kacau tu..secret admirer tu..hehe..

kesian dia kena covid..

Kamsiah yusoff said...

Pg kelmarin akak terkejut besar,tukang urut terkenal kg kg ni meninggal sbb covid..masih muda,baru pindah masuk rumah baru..tau2 dah meninggal..

Azhafizah MN said...

Tak putus asa orang yang mengacau tu. Harapnya semua yang baik baik je. Fikir positif kak :)

NA said...

Dah kenal.

iam.umifuzy said...

ada secret admirer..harapnya secret admirer yang baik2 hendaknya

SalbiahM said...

Kalau orang tu tak pernah ada silap dengan kita, dia meninggal pun kita rasa sayu kan walaupun tak rapat atau tak kenal.

mamapp said...

Mama yg baca pun terasa sayu. Walau mcm mana pun jenis org tu kalau ditimpa musibah marilah kita doakan yg baik2 utknya

babYpose said...

Mohon beliau cepat sembuh dan kembali sihat, InshaAllah Aameen. Kacau-kacau nak berkawan ke, apa salahnya :). Zaman sekarang baru saja dengar sedang nikmati hidup, tiba kembali ke Rahmatullah.

Farrah MF said...

Wah, ada secret admirer! Ke stalker? Dah ganggu-ganggu sampai NA annoyed ni...
Covid memang seolah-olah menampar kita di muka, sedarkan kita yang kematian itu adalah perkara yang paling dekat.

mrhanafi said...

saspen pulak dengan sapa yang suka kacau tu hehehe

Nina Mads said...

Siapa agaknya org tu.. kwn meniggal bkn kerana covid pun kita sedih walaupun dpt iring ke kubur