Nuffnang

Friday, January 28, 2022

Hadiah Jovian X Fazbulous Beauty Protective Mask

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah hadiah lagi kerana rajin tinggalkan komen. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. 

Kali ini daripada Cik Ako@Ret yang rajin memberi hadiah. Baru bulan lepas dapat buku perancang tahun 2022, bulan ini dapat pelitup muka daripada kolaborasi figura terkenal Jovian dan Fazura.

Cepat juga dapatnya. Semalam diberi nombor pengesanan hari ini telah dapat dengan jayanya. Poslaju ini kadang-kadang cepat kadang-kadang tidak boleh jangka bila. Apapun syukur sampai dengan selamat.

Pelitup separuh muka 3 lapis 95% BFE sarung ke kepala. Warna hitam dan merah jambu. Meriah macam-macam jenis pelitup separuh muka saya ada untuk dipakai.

Jovian x Fabulous Beauty Protective Mask


Terima kasih Cik Ako. Semoga segala urusan Cik Ako dipermudahkan Allah dan dijauhi kesusahan.

Marimelawat blog Cik Ako : anakomak6.blogspot.com
Cik Ako banyak cerita pasal aktiviti tempat menarik, tempat makan dan cerita sosial bersama rakan-rakan. Tidak lupa kisah Uyum, anak saudara Cik Ako. Saya boleh simpulkan Cik Ako ini seorang peramah@ extrovert. Jangan malu-malu singgah blog dan tinggalkan komen kerana dia akan melawat semula. Insya Allah.

26 comments:

Cici said...

Wah menarik. Mask dari Jovian semuanya best dan selesa

Azhafizah MN said...

Bestnya dapat face mask Jovian X Fazbulous. Cantik design face mask ni. Alhamdulillah..tahniah kak :)

AzianKhalil said...

menarik mask ni..dah lama rasa nak beli, tp asyik bertangguh tangguh. tahniah ya

Ako Retna said...

Alhamdulilah slmt smp.. Tq sbb selalu sudi singgah kat blog kitaa...

Puan Hazel said...

Bestnya!
Tak putus-putus rezeki NA, tahniah!

nohas said...

tahniah NA..

Ujie Othman said...

Tahniah NA! Sentiasa dapat hadiah 👏🏽

babYpose said...

Alhandulillah, rezeki berterusan inshaAllah, tahniah dapat mask branded tu.. Nak jugak :)

Abam Kie said...

rezeki mmg x pernah salah alamat. Tahniah NA! Keep it up!

Syazwan Youb said...

Nice tengok ramai juga dapat hadiah dari sesama blogger.

nayfatimahrasyid said...

Tahniah NA👏👏

SalbiahM said...

tahniah kak NA. saya pun dapat semalam. terkejut tengok pek hadiahnya besar

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah
rezeki

mamapp said...

Congratulations na.. jovian tuu

Gustyanita Pratiwi said...

alhamdulilah banyak berkawan banyak pula rejeki ya kak..memang jika punya kawan ramah kita pun senang dan akan sering mampir tuk bersapa. Have a nice day ^^

Sidratul Muntaha said...

salam singgah
bestnya dapat hadiah mask tu
terasa mcm glamour kan bila pakai.
ehehe

norhidana said...

Wahhh tahniah kak, akak memang rajin tinggalkan komen tak pernah jemu jenguk blog kawan2

Mrs. A said...

Wah! menarik FM ni boleh gunapakai sedondonkan dengan color baju :-)

mama tisya said...

tahniah dpt mask jovian x fazura

Calrase Patrick said...

Wah tahniah tahniah

Hanafi Abdullah said...

Inilah rezeki orang yang suka blogwalking....

awak memang awesome dalam bab ini...


tak terlawam oleh saya hehehhe

Atiqah Najihah said...

Alhamdulillah tahniah kak wina! Menarikk mask ni, saya pun dah lama usyar tapi tak terbeli beli lagi hahaha

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Tahniah . Dapat face mask salah satu keperluan juga musim pandemik sekarang ni

Curheart.Bedelia said...

woaahhhh. tak pernah terfikir wujudnya face mask dari designer. tahniah yaaa ^^ lama xsinggah hehe

Amie said...

Cantik-cantik face masknya. Tahniah NA.

nona sani said...

Best kan.. headloop.. sy suka.. hehe