Nuffnang

Tuesday, January 18, 2022

Hadiah: Terpilih Antara 10 Orang Tukang Komen

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Memang tidak sangka akan terima kerana tuan punya badan kata akan pos bulan Februari. Tup-tup terima. Itupun abah yang ambil letak di meja makan. Petang-petang bersedia buat air untuk berbuka tengok ada bungkusan.

Apapun teruja dan ingin tahu apa isi di dalam. Itulah keseronokan dalam proses terima hadiah.

Bungkusan Daripada Nonasani.com


Wah-wah ada:

  • Pelitup Muka 3 Warna Dan Corak
  • Kopiko L.A Coffee
  • Pelekat Peti Sejuk Top Commentators 2021. Betapa gigih beri komen sepanjang tahun.
  • Tikar Sembahyang Saiz Poket- Kalis Air. Ada kompas petunjuk kiblat. Banyak pahala Nona ini. Satu keperluan kalau bawa ini melancong luar negara. Hehe sebab pernah solat luar. 

Buka Bungkusan: 3 Helai Pelitup Muka Pelbagai Warna, Kopiko L.A. Coffee, Pelekat Peti Sejuk Top Commentators Dan Tikar Sembahyang Saiz Poket


Alhamdulillah. Terima kasih Nona. Julung-julung Nona buat senarai penerima hadiah untuk tukang komen ini. Semoga murah rezeki untuk terus buat dan bertambah keberkatan. Bukan mudah tahu untuk hantar hadiah 10 orang. Kena minta alamat, bungkus hadiah dan pos. Saya tabik pada mereka ini.

Jumpa lagi.

20 comments:

Nurin Irsalina said...

tahniah

Suria Amanda said...

Seronok kan bila dapat hadiah...jom jadi pengomen tegar blog SA plak jom...

Muhammad Naim Abdullah said...

Tahniah, rezeki tak pernah salah alamat :)

Syaz Rahim said...

tahniah!

norhidana said...

Wahhhh tahniah kak, akak memang rajin komen patut pun dapat hadiah

Ujie Othman said...

Wah..murah rezeki NA. Juga yang memberi. Betul lah…bukan mudah nak uruskan hadiah untuk 10 orang.

SalbiahM said...

wah..tahniah kak NA. menarik hadiahnya. lagi-lagi sejadah tu

Calrase Patrick said...

Tahniah :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Congrats!. Rezeki hari jadi la tu.

Puan Hazel said...

Tahniah NA!
Betul, PH pun belum ada kekuatan/kesempatan lagi nak buat contest/GA/kirim hadiah pada kawan2 w/pun terharu sgt dgn sokongan yg selalu diberikan. One day, Insha Allah

Shikin Razali said...

Alhamdulillah kak NA.. Sememangnya rezeki akak di tahun baru..

nona sani said...

Wah, Alhamdulillahhh selamat sampai.. risau jadik pape pada barang barang yang dipos tu.. Hehe.. Saya curik curik masa, nak post secepat yang boleh... Cuma bagitau awal..supaya tak ternanti sangat...

Selamat Menggunakannya ye .. Moga berguna kesemuanya... Terima kasih dan tahniah ye

syuhada salleh said...

tahniah..

Gustyanita Pratiwi said...

selamat...semoga tetap lucky n banyak rejeki ya kak na ^^

Azhafizah MN said...

Banyak hadiah kiriman nona.
Alhamdulillah..Tahniah kak!

Amie said...

Alhamdulillah.
Rezeki berblogging. Moga ukhuwah terus berpanjangan.

nohas said...

tahniah!! rezeki new year..

Ammi said...

tahniah...semoga si pemberi pun dimurahkan rezeki

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki, sukanya sejadah saiz poket tu. Tahniah sis NA, moga bertambah rezeki buat pemberi dan penerima. Aameen.

mamapp said...

Bestnya hadia senang nak bawa travel nanti