بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Akhirnya jumpa juga tajuk lagu malam tadi. Mula-mula secara tidak sengaja dengar lagu lain (lagu 80-an). Lepas itu Youtube cadang lagu 'One Night in Bangkok'.
Sekali dengar, korus lagu ini yang kadang terngiang-ngiang dalam kepala. Hendak cari, liriknya satupun saya tidak dapat tangkap. Kadang-kadang korus ini tidak muncul tapi kadang-kadang mincul tiba-tiba.
Pertama kali dengar masa pergi ekspo jualan buku Big Bad Wolf di MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre) pada Disember 2012. Cuba dengar dalam radio lagu-lagu 80-an pun tidak jumpa.
Lebih 10 tahun mencari, akhirnya jumpa secara tidak sengaja.
Tengok lirik keseluruhan sebab apa kaitan Bangkok dengan catur. Haha. Lagu ini ada 2 maksud macam bidak hitam dan putih. Lawan catur: USSR (Kesatuan Soviet) dan USA metafora kepada Perang Dingin tahun 80-an. Ada juga keyakinan daripada penyanyi USA akan menang.
Kejohanan catur buat di Bangkok. Buat bandingan juga aktiviti malam di Bangkok dengan catur.
Mula-mula fahamkan lirik macam menakutkan saya juga. Lirik boleh ditafsirkan pelbagai juga. Macam ada maksud sisi gelap Bangkok dalam tersirat saya rasa.
Lepas itu lupa tajuk jadi saya google apa yang saya tahu jadi saya google 'youtube chess song'. Terpacul pada carian pertama.
Muziknya tiada unsur Thai. Awalnya lebih pada muzik Rusia. Itulah awal-awal tertanya mengapa tajuk lagu begitu. Tapi muzik videonya memang menggambarkan aktiviti di sana macam perlawanan muay thai.
Korang pernah cari sesuatu akhirnya baru jumpa? Boleh kongsi ya.
P.S:Selalu cari maksud lirik lagu-lagu 80-an yang muziknya unik. Memang selalu ada lebih maksud dan sindiran yang disampaikan.
35 comments:
Susah juga ye, cari lagu yang kita jarang dengar. Lamanya NA cari, 10 tahun baru jumpa. :)
Saya biasa dengar melodi lagu ni. Lagu lama.
Itulah pada siaran radio tiada pula saya dapat dengar. Kena 'gam' agaknya. Tengok lirik macam ada sensitif sedikit.
Melodinya 'catchy' dan bukan penyanyi utama sahaja yang nyanyi yang jadikan ia berbeza sedikit.
macam satu kejayaan besar ni NA, lama mencari akhirnya jumpa secara tak sengaja 😀
Ada satu lagi lagu tidak tahu tajuk. Itu lagi lama. Masa saya tingkatan 2. Jadi sudah 20 tahun. Harap jumpa juga. Hehe.😆
Tajuk lain, orang faham lain, hihi.
penah juga tapi saya lupa...kalau ada pun semalam. tu pun kebetulan je. tgh skrol FB jumpa post pasal jason statham. pelakon hollywood tu. dlm post tu cakap dia bekas atlet terjun dan penah masuk sukan komenwel. lepas tu gigih laa google. betul ke tak? rupanya mmg betul dia bekas atlet. bila bersara baru jadi model lps tu baru pelakon... hehehe
mula baca tajuk igt kan movie thai... hehehe
Itulah kena baca liriknya.
Sayapun baru tahu.
Haha saya lagi tidak sangka tajuk lagu ada nama Bangkok.
Lamanya cari tajuk lagu. hahah .. zhi pun penah mcm tu, cari ada 1 lagu tu dah la x de lyric dulu famous jadikan ringtone sampai skg tak tau apa tajuk dia .. luls ..
Semoga Zhi terjumpa tajuknya nanti. Amin.
Haha tertanya-tanya lagu apalah itu.
kadang2 kalo lagu tu catchy kat radio, memang akan cari sampai jumpa..
lama mencari akhir jumpa jg...baru dgr tadi..catchy rentaknya..
Terus cari lagunya... menarik lagunya dan lirik. Kadang dgr sekali rasa suka tpi tak dapat nk tangkap lirik satu2... itu bila dpt jumpa tajuk lagi, puas hati
Musik dengan lirik bahasa rusia, mbul belum tentu bisa bacanya hehe...pastinya seru apalagi tahun tahun klasik banyak lagu lagu yang liriknya romance...Mbul sendiri kadang sekelebatan ngingat lirik lagu sepenggal sepenggal tapi belum tahu siapa nama penyanyinya, dan begitu tahu do youtube langsung auto happy, lagu yang banyak tersetel saat mbul masih kecil dulu tahun 2000an...
Liriknya Bahasa Inggeris, awal-awal melodinya seperti melodi Rusia.
Betul itu Dana.
Itulah catchy rentaknya tapi lirik tidak dapat tangkap mula-mula.
Sekarang susah cari di radio jadi harapkan melodi terngiang-ngiang untuk cari.
Apa kah.. (terus google mcm mana lagu nya ) hahahaa
wah lama btul 10thn cari ye..huhu
Saya sampai cari dulu lagunya, nak dengar. Penasaran. Ternyata unik memang melodinya, trus saya suka harmonisasi suara backing antara yg laki dan wanita 👍.
Ada movie yg saya sukaaaa sangat dulu kak. Ttg tentara angkatan udara Amerika. Zaman saya masih elementary school di putar. Tapi ntah kenapa dicari sampai skr pun tak dpt 😔. Saya bener2 lupa serialnya, tapi yg terbayang trus adegan saat tentaranya bawa pesawat besar dan lagu ost nya yg bagus
10 tahun cari baru jumpa lagunya..rare betul lagu dia..akak besa dgr lagu tak tgk lirik..akak dgr melodi..kalau best, akak layan..
Fanny, dulu masa kecil, saya pun suka tengok siri tentera amerika yang perang di vietnam. Lupa tajuk siri. Tapi ost nya, Paint it Black, by the Rolling Stones. Tak pasti cerita yang kita tengok, sama atau tak. 😊
Kalau dulu, selalu macam tu.. Dengar lagu tapi tak tahu tajuk dan penyanyi tapi sekarang dah mudah.. Kalau tengah dengar nak tahu tajuk cuma perlu guna hp sahaja.. buka google tekan lambang mikrofon dan halakan ke radio, pasti keluar tajuk lagu..
wah hebat juga awak kerana boleh memtafsir lirik lagu
Dah dengar ke?
Alhamdulillah akhirnya jumpa.
Rasa macam ada tengok perang di Vietnam. Lagunya memang tidak ingat langsung melodinya. Harap Fanny dapat jawapan daripada Puan Nur.
Samalah dengar lagu. Lirik itu apabila cari di internet.
Itulah senang sekarang.
Lagi satu cara begitu rupanya cari tajuk lagu. Tq bagitahi.
Ada bahagian google bagitahu. Hehe.
Susah nak mencari lagu kalau tak dapat nak tangkap bait liriknya. Lama juga tu kak Wina cari baru sekarang jumpa.
oo rupanya ada chess song ye alahai xtau...
Post a Comment