(Muhasabah diri di pagi Jumaat)
Assalamualaikum...
Sehari suntuk saya memikirkan perkara ini. Hati ini tergerak setelah membaca blog seseorang mengenai kematian rakan yang disayangi. Sesungguhnya mati tidak mengenal usia. Jadi terkenangkan diri. "Adakah diri ini akan dikenang bila mati?". Atau mungkin dikenang tapi "adakah dikenang sebagai orang yang menyenangkan bagi mereka yang hidup atau mereka merasa lega saya tiada kerana merasa aman daripada tindakan saya?" Memang ketika sibuk memikirkan hati merasa sebak bagaimana kalau tiba-tiba saya mati tanpa sempat melangsaikan hutang atau memohon maaf kepada manusia? Mengenangkan perkara-perkara tersebut, saya teringat hutang pada seorang chatter yang tolong membelikan buku yang tak sempat saya bayar. Bukan tak mampu tapi kerana suka menangguhkan masa untuk buat wang pos dan kadang-kadang kerana rasa menyusahkan saya bercadang ingin berjumpa di KL. Tapi saya faham dia sibuk dengan pelajaran. Kecut perut kalau tiba-tiba saya "kojol" tidak sempat bayar. Amaun kecil bukan alasan anda tertahan di akhirat.
Begitu dengan orang lain. Saya sungguh tak selesa sampai tak lena tidur walaupun mengantuk sangat tapi tidur pun saya akan mengigau perkara ini. Sungguh saya berterima kasih pada Allah kerana membuat saya tidak pandang rendah perkara ini. Jangan mudah berjanji (di mana akan jadi hutang) kalau tak langsaikan cepat-cepat.
Terus saya menghubungi beberapa orang ini. Bagusnya mereka tak marah saya. Seorang suruh tenang sahaja (orang yang dihutang tu tak desak), sorang lagi memang nak saya jumpa dengan dia (walaupun dah 2 tahun janji itu tak dilaksanakan- memang dia nak jumpa saya :) ) dan seorang lagi errr belum bagi jawapan (ini yang patut kecut perut tapi yang ni baru akhir tahun lepas janji nak kasi cenderamata)
Di samping fikiran saya teringat arwah Erwan Sah Elyas, rakan sekolah saya. Sungguh saya baru tahu baru-baru ini arwah meninggal kemalangan jalan raya. Kalau tak dibagitahu memang saya tak tahu. Sedih sungguh kerana lambat tahu. Moga arwah dicucuri rahmat. Arwah memang suka usik saya (sebab saya garang dan selalu marah dia). Hait camne adakah arwah dah maafkan saya?
Nota: Hidup tidak boleh menyakiti makhluk lain. Penting jaga hati dan perasaan makhluk.
No comments:
Post a Comment