Nuffnang

Monday, August 8, 2011

Monolog: Jodoh? Baik?




Kami (emak, uwan dan aku) pergi awal ke masjid. Sampai di sana, aku melaksanakan solat sunat tahyatul masjid. Usai bersolat, aku bertafakur menumpukan perhatian pada diriku.
Tiba-tiba hati berdetik “Bila aku nak kahwin ni?”
Segera ingatan aku tertancap pada dia.
Eh apsal aku ingat dia tiba-tiba ni? Hatiku merungut.
Dialah jodoh kau.
Aku segera membuang ingatanku cepat-cepat kerana azan Isyak telah berkumandang. Maka seterusnya aku menumpukan solat Isyak, tarawih dan akhir sekali witir.
Usai habis solat maka berpapasan kami (emak, uwan, Tok Ali, Wan Kintan dan aku) pulang ke satu arah.
Tepat jam 10:30 malam, aku bersedia untuk tidur kerana mengantuk. Maka tidurlah aku seorang di atas dengan lena. Pukul 1 pagi aku terjaga. Aku tidak mampu melelapkan mata. Bagi menghabiskan masa, aku ke dapur makan roti krim dan air kopi. Disudahi air putih. Kemudian ke bilik air untuk membuang air dan menggosok gigi. Naik semula ke tingkat atas untuk tidur semula. Namun aku gagal tidur dalam bertemakan mendengar lagu di walkman Sony. Tiba-tiba ingatan aku kembali pada dia.
Apsal ingat lagi dia ni. Aku bukan kenal dia. Aku tak pernah tengok dia (ya ke?) dan namanya pun aku dah lupa.
Hatiku senyum sinis apabila jiwa berperang menyatakan ‘hujah’ aku tak ingat nama dia.
Betullah aku tak ingat nama dia.
Aku mengimbau kenangan tahun lepas ketika aku membanci sebuah rumah. Aku menanyakan tentang ahli isi rumah yang tinggal dengannya. Pada ketika makcik ini berceritakan tentang dia, tiba-tiba hati tak semena-mena tertanya.
Aik dia baya aku, apsal dia tak kahwin lagi.
Habis tu kau pun belum kahwin lagi.
Ketika itu aku menulis nama, tarikh lahir, umur dan pekerjaan. Ironinya sekarang aku tak ingat pun butirannya Cuma SATU.
Hatiku semakin gelakkan aku. Kau ingat dia kerja apakan?
Aku senyum sumbing. Haah aku ingat dia kerja apa.
Cuba cakap dia kerja apa.
Aik hati, kau kan tahu.
Saja, aku nak kau ingat dan nyatakan.
Dia kerja di Jabatan Agama. Haha tangkap orang buat maksiat kan? Aku gelak mengingatkan ketika aku menemuramah makcik itu, aku gelak dalam hati ingatkan hal ini tapi muka aku buat selamba jer takde apa-apa berlaku.
Balik aku cerita kat makcik aku banci rumah no sekian.
Makcik aku cakap "dia sedara kita juga."
Saudara? Saudara jauh la tu bisik hatiku. Aku acuh tak acuh dengar penerangan makcik aku. 
Dia ke jodoh aku?
Yalah, dia tunggu kau jadi baik.
Alamak lama lagi agaknya.
Tiba-tiba aku teringat Kak Kandi yang telah ‘menyumpah’ (berdoa) untuk aku mendapat lelaki yang baik dan soleh di hadapan Kaabah.
“Wina, akak dah doakan khas untuk Wina depan Kaabah.”
“Akak doa apa?” Aku terlongo tak sangka betul.
“Doakan Wina dapat lelaki terbaik.”
“Ek.” Dalam hati rasa terharu.
Kak Kandi memang tak berkenan dengan pilihan aku sebelum ini. Selalu aku ini ‘dibasuh’ (dinasihati) dan ditegur.
Dahlah pergi jauh-jauh tak payah ingat. Aku cuma menghalau ingatan yang makin kuat. Langsung aku tidak boleh tidur. Lelap mata ingat dia juga. Aku melihat jam di telefon bimbit aku. Pukul 3 lebih. Baiklah aku ‘dating’ dengan Allah ada gak faedahnya.
Lalu aku turun ke dapur semula kemudian ke bilik air mengambil wuduk. Solat sunat witir untuk buka witir yang aku tutup ketika tarawih. Solat tahajud dan hajat. Doa moga aku dapat tidur dan mimpi dia (kalau ada) Alhamdulillah lepas solat, aku terus lena tak ingat dunia, mimpi pun kosong. Terbangun apabila Uwan teriak kuat dari bawah kejutkan aku sahur. Aku bangun dan tersenyum.
Eloklah aku takde mimpi kau. Aku gelak dalam hati.Kalau kau ingat dan tahu rupa aku (intuisi aku berkata dia dah tahu) doakan banyak-banyak supaya aku jadi baik setaraf dengan kau.
Aku turun untuk sahur.

Rumah Ni Ke Aku Banci?




12 comments:

aamalinaazman said...

wuuuuuu
pnjg sungguh perjalanan cite die eh
kikiki
okeh!nak tye.
1) bile akak nak kawen?kikiki
2) teringt kat sapeee la tu?
3) kawen, jempot eh?

kikiki =)
selamat sahor akak!
selamt poseee =)

NA said...

@Mimito: Ek panjang ke?
1) Kalau lah tahu bila. Hehe
2) Nama tak ingat. Tahu dia kerja mana jer. Haha
3) InsyaAllah

Terima kasih. Dah sahur.

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
bagus juga bila kita sering teringat sesorang..sekurang2nya otak kita jadi aktif disaat org lain lena tidur..

abghani said...

karangan nie lebih 100 patah perkataan.markah penuh 10/10.

psss....klu dh suka tk salah girl mulakan dulu.Adakalanya boy malu nk mulakan dulu salam perkenalan.hehehe slmt mencuba

Jue said...

Wina...hik3..curios nak tau umur wina bape ek??kih3..

if wina de muka buku..add jue k..t kte ley berbual2 kat chattbox..ahaks

maszull said...

Salam wina: alamak hari ni n3 wina best la...
mcm mana dah ada jodoh la tu kot...

mama doakan muda-mudahan wina mendapat jodoh yang baik yer...

jangan risau kalau ada jodoh x kemanakn...Amin..:)

NA said...

@Yusuf: Taknak, saya takmo ingat. Saya nak tidur.

@Abgghani: Saya tak suka lelaki yang tak mulakan langkah.

@Jue: Lahir 1979 :) Muka buku takde :*

@Mama Maszull: Amin. Terima kasih

aamalinaazman said...

hehhe
okeh..
time kasih kak atas jwpn tu..hihihi
moge mlm ni tido bes ye..hihi

NA said...

@Mimito: Haha dia masuk dalam mimpi lak lepas ni.

NA said...

@Keroro: Ya ke? Kah kah. Rasa kelakar je :)

Anonymous said...

Salam akak... berdoalah dan tawakal pada Allah. Kalau dia jodoh akak, insya-Allah tak kemana... saya doakan yang terbaik! :)

NA said...

@Fatynadia: Terima kasih yer :)