Assalamualaikum...
Selamat malam semua. Alhamdulillah masih dipanjangkan oleh Allah usia kita ini. Syukur saya masih hidup dan bernafas. Syukur saya boleh buat apa yang saya mahukan. Syukur saya diberikan senjata yang sangat berkuasa dan berkesan iaitu doa di mana saya mahu gunakan senjata ini untuk kebaikan diri saya selalu. InsyaAllah. Syukurlah saya dah sihat sedikit dengan izin-Nya. Saya ada buat kekhilafan pada pagi tadi di mana saya tertidur maka terlepas nak borak dengan sorang blogger ni. Dia nak sangat borak secara dekat dan kami telah tetapkan pagi tadi untuk berborak tapi saya yang mungkir janji. Kesalnya saya sungguh.
Ok saya pernah tulis pasal saya pergi PC Fair masa hari mantai kan?Sebenarnya itulah kali pertama kali saya ke sana di MITC. PC Fair ni saya perasan, selalu juga pameran ini diadakan. Maka saya berkesempatan pergi dengan emak yang baik hati bawa saya ke sana bersama adik lelaki saya, M. Tujuan bawa M tu supaya dia boleh nasihatkan sama ada alatan elektronik yang saya nak beli tu murah. Yelah pada pendapat saya pameran ni mesti jual barangan murah kan? Macam Pesta Buku, memang saya tahu buku-buku dijual murah. Pada pendapat korang murah ke peralatan yang dijual di sana atau sama sahaja harga dengan kedai?
Pergi ke sana mestilah bertujuan nak membeli kan? Tak kuasa pula nak jalan tingkap (windows shopping) Pula orang sangat ramai pada hari terakhir pameran di MITC tu. Saya rasa peninglah juga dengan ramai orang dan dengan kekurangan pengetahuan tentang perkakas yang saya nak beli. Saya bercadang nak beli cakera keras (hard drive) 500 GB. Peruntukan disediakan ialah RM200.
Memang apabila diperhatikan setiap penjual tu harga yang ditawarkan lebih kurang sama jerla kan bagi jenama yang sama. Cuma pada gerai di belakang sekali saya perasan macam murah sedikit (sikit jer kut) Jadi memandangkan mak dan adik dah tak tahan dengan ramainya orang dan nak segera balik ke rumah serta saya pun dah mabuk dengan orang yang ramai himpit macam sardin maka saya pun memilih cakera keras ini. Cuak jugalah takut bukan pembelian bijak. Mana tahu harga sama atau lebih kurang macam harga kedai kan. Sesiapa yang baca tulisan ini kalau tahu, bolehlah utarakan pendapat. Ok saya beli
Jenama barangan: Samsung External HDD 500GB G2 USB 2.0
Harga di kotak: RM177
Harga asal: RM170
Harga jual: RM164
Inilah Cakera Keras Saya Beli. Warna Putih Macam i-Phone Pula |
Murah dan berbaloi ke? Atau ada tempat lain jual lagi murah? Kongsi pengalaman dan pandangan korang.
Kalau murah, lain kali boleh pergi lagi tapi mungkin pergi waktu pagi. Jumpa lagi.
12 comments:
aku penah pegi pc fair di JB...harga mmg sedikit murah dari kedai biasa...tapi ada juga gerai yg ambl kesempatan.
org memang ramai.aku pun lemas dgn lautan org ramai....tk tenteram rasanya
weee
okeh sangat la tu kak!
sebb brand die keluaran samsung..or sy pangey cek sammy..heee
saya mint keluaran cek sammy nih
dulu member beli ni 200++ tapi sekrg kan dh macam2 pilihan..so..die bg turunla yg ni..Asal akak pndai jage...n x jatuh..ok lah =)
n one more..beli la cover kak..supaya bile jatoh..protection die lebih sikit la..kurgkan inertia.konsep fizik cakap..hehehe..
weee..
conoknye g PC fair..saya pntg dgar pc fair nih..heee..mest nak beli..pape..ear fon pon jadilah..kiki
mak aii..pnjgnye sy ngarot nih..heheh
coweee akak!terlebih sudah..hehehe
o..awak beli 164... sy beli tahun lepas time PCfair kat tempat sy, RM150 je... 500GB....jenama samsung
@Abgghani: Bro beli apa kat pc fair? Terima kasih kongsi pengalaman dan pendapat. Eh bro ada buka internet malam-malam eh? :) Ingat siang jer
boleh la tahan..yg g kt MITC 2 PC FAIR @ PC EKSPO??hahha..tu 2 acara yg sama dri penaja yg berbeza..ok gak blh than murah la 2..
@Mimito: Haha ok rekemen pula harga kulit tu berapa pula yang murah yer Mimi. Takpe tulis panjang-panjang sebab ni minta pandangan/pendapat. Tulis 100 patah perkataan pun takpe :)
@Soly: Ala Soly ye ke? :( Apsal tahun ni mahal pula. Alamak beza RM14. Dah agak mesti ada lagi murah. Terima kasih yer kongsi maklumat.
@SelamBerk: Saya pergi PC Fair. Apa beza PC Fair dengan PC Ekspo? Mana lagi murah? Alamak kekurangan ilmu saya ni.
Terima kasih yer kongsi pendapat.
kalau samsung tu kira berbaloi lah harga dia
dulu kawan fatin beli 500GB rm130++ kalau tak silap dekat pc fair
@Fatynadia: Alamak murahnya. Isk-isk ikut geografi ke dorang ni jual, harga tak sama.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Lain kali kenalah tengok betul-betul cari paling murah walaupun cari sampai lebam.
gi pc fair cuci mata jer.
klu mata tkleh tidur layan tnet jap...aahhhh dh ngantuk...good night.
@Abgghani: Ok selamat tidur :)
fuh memang kira murah sangat dah ne, kat labuan rm225 woo harga benda ne...
Post a Comment