Nuffnang

Monday, August 1, 2011

Resipi Mudah: Pai Epal Nyum - Nyum





Assalamualaikum…

Memandangkan 2 hari tak kemaskini blog maka perlulah gantikan hari-hari tak buat dengan tulisan baru. Hari ini nak kongsi buat pai epal nyum-nyum yang mudah. Siapa-siapa yang nak cuba buat untuk buka puasa bolehlah buat yer.

Sebelum tu saya ada terangkan resipi nak buat kulit pai di sini tapi tulis balik untuk resipi lengkap.

Bahan kulit pai yang rangup

1 cawan mentega yang dipotong kiub (sejuk yang baru dikeluarkan dari peti sejuk
2 ½ cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
½ cawan air ais (air+ais kiub)
½ sudu the garam

Cara membuat kulit
  1. Campur tepung dan garam dalam mangkuk besar.
  2. Pecahkan kiub-kiub mentega sejuk bersama campuran tepung dan garam.Gaul sebati.
  3. Selang-seli masukkan air ais dan gaul hingga tepung tidak melekat pada mangkuk.
  4. Masukkan dalam plastik dan kemudian biarkan rehat dalam peti sejuk sehingga sejam atau hingga nak guna.


Bahan inti

1/3 cawan gula perang
¼ cawan tepung serbaguna/tepung gandum
½ sudu teh serbuk buah pala
½ sudu teh serbuk kayu manis
8 biji epal hijau (buang kulit, empulur, potong 4 dan hiris setiap potongan memanjang)
2 sudu mentega
1 biji perahan air lemon


Cara membuat inti
  1. Gaul semua bahan kecuali metega dalam mangkuk adunan.


Cara membuat pai
  1. Keluarkan kulit pai dari peti sejuk.
  2. Tabur tepung pada tempat canai
  3. Bahagi 2 adunan kulit tersebut
  4. Canai doh hingga ketebalan 1-2 cm. Gris mentega pada loyang. Letakkan pada loyang atau loyang pai yang berjejari 9 inci. Pastikan kulit pai ditekan-tekan hujung loyang. Pastikan kulit pai tidak koyak.
  5.  Letakkan semua inti dan kemudian letak cebisan mentega di atas sekali. Tutup inti pai dengan kulit pai yang separuh lagi.
  6. Buat lubang pada atas kulit pai untuk memastikan wap keluar.
  7. Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah Celcius dan masukkan pai. Bakar sehingga 50 minit. Selepas 20 minit pertama, buka ketuhar dan letakkan cairan mentega untuk mencantikkan kulit pai (kulit pai jadi kekuningan-ini pilihan)
  8. Apabila siap, rehatkan pai untuk suhu bilik dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan aiskrim.



Selamat mencuba. Rasa pai yang lemak, masam dan manis.



Pai Epal Yang Baru Dikeluarkan Dari Ketuhar



Makan Begitu Sahaja


9 comments:

Jajas said...

o0o0o rupa pai mcm tu eh?baru tahu...hehe
Nak 1 boleh?hehe untung sapa dpt dia ni...

NA said...

@Jasman: Kena datang sini. Eh awak lalu Jalan Besar ke Gemas tak? Lalu weh kampung saya

Jajas said...

kampung kat situ ke?dekat je la
...Time belaja kat melaka selalu lalu gemas...

NA said...

@Jasman: Haah kat tepi Jalan Besar ke Gemas

maszull said...

slm wina...wah nampak sedap jer pai tu hantarla kat mama cikit...:)

NA said...

@Mama Maszull: Kalau dekat leh hantar mama, insyaAllah

abghani said...

tapai rasa epal penah makan tk?
sedap tu..

NA said...

@abgghani: bro tak pernah makan :) Mana nak cari tu?

Nur said...

Mesti harum bau pai epal ni, sebab ada serbuk buah pala dan kayu manis. Nampak sedap, NA.