Nuffnang

Thursday, August 4, 2011

Qadak Dan Tampung Cepat-Cepat Kekurangan Kita

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Apa khabar semua? Ada yang dah 'layu' tak larat nak angkat badan ke? Apapun harap-harap semua sihat yer. Alhamdulillah sudah memasuki hari ke-4 kita berpuasa.

Haha cakap pasal 'layu' semalam saya tak buka blog pun! Agaknya kerana tak mampu nak mengadap pc ni. Apapun nak dekat waktu sahur tadi barulah dapat melawat blog-blog yang setia datang masuk blog saya walaupun tuan punya blog tengah 'pancit'. Terima kasih tau. Jadi hari ini 2 tulisan saya sertakan untuk qadak semalam punya. Itulah cara saya kalau satu hari tiada maka akan digantikan pada hari berikutnya 2-3 tulisan untuk menampung tulisan yang kurang.

Ehem berkias. Maknanya kalau dah rajin qadak HAL KEDUNIAAN maka kalau perintah Allah pun kenalah lebih rajin kan? Ada yang dah tinggal puasa ke? Harap-harap tinggal puasa kerana uzur syarie tau. Kalau tinggal cepat-cepat ganti puasa tu kalau boleh lepas 1 Syawal, Syawal ke-2 atau bulan Syawal terus ganti puasa. Lebih molek kalau kita teruskan dengan puasa sunat 6 pula kan. Maklum kita tak tahu bila ajal kita. Kalau kita tangguh ganti puasa hingga hampir Ramadan akan datang takut tak sempat pula. Apa nak cakap nanti depan Allah?

Ok itu sahaja nak tulis. Jumpa lagi jika umur kita panjang. Maaf atas salah silap salah perkataan yang kurang dan ada perkataan, intonasi saya yang kurang enak. 

P.S: Nasihat untuk diri sendiri juga ni :)





11 comments:

Jue said...

Dear...selamat berpuasa..muahhhh!!!

NA said...

@Jue: Terima kasih yer

maszull said...

slm Wina: selamat berbuka yer..menu apa hari ini wina..semoga gembira selalu..:)

aamalinaazman said...

betol!
cepat2kan apa yg wajib!
nnti lupe payoh..
mak aii
mule la liat la sume la..hehehe

NA said...

@Mama Maszull: Buka jemput-jemput cicah sambal sardin. Terima kasih.

@Mimito: Haah bila tangguh lama-lama jadi malas. Tangguh tak digalakkan.

yusuflaili(Goku) said...

Salam ramadhan;
Cantik pemandangan kat sungai tu yer!!..sedap mata memandang tak terasa lapar..

NA said...

@Yusuf: Alhamdulillah diberi saya peluang untuk melawat sungai di Mount Aspiring NZ. Memang cantik pemandangan di sana. Kira berangan jadi pengasuh dalam filem 'Sound Of Music'. Hehe.

abghani said...

betul kena qada dgn segera...takut tk sempat.

NA said...

@abgghani: Haha tapi kita ni suka menangguh

Anonymous said...

akak, tersentuh dengan ayat "Kalau kita tangguh ganti puasa hingga hampir Ramadan akan datang takut tak sempat pula.".. huhu insya-Allah, kalau boleh tahun ni tak nak tangguh3 lagi ganti puasa

NA said...

@Fatynadia: Ingatan untuk diri sendiri gak ni