Nuffnang

Tuesday, August 2, 2011

Laksa Dan Ngomelan Saya Hari Ini



Assalamualaikum…

Selamat berbuka semua. Hari ini menu berbuka ialah laksa utara. Wah-wah semalam laksa lemak (laksa Melaka). Esok agaknya laksa Johor. Hehe apapun tiada rungutan sebab saya memang suka makan laksa. Kegilaan diri untuk makan. Cuma saya belum pernah makan laksa Sarawak. Camner eh? Sedap tak?

Memang waktu berbuka dan sahur tak berapa suka makan nasi kecuali kalau saya di rumah Cik Ya memang kena makan nasi sebab untuk tambah tenaga buat biskut dan Nescafe tidak boleh diminum ketika sahur sebab saya perasan saya mudah rasa haus waktu siang. Waktu buka takpe minum Nescafe. Apapun Cik Ya perasan saya tak berapa jalan nak makan nasi malah sanggup buat makanan bersup/berkuah untuk saya. Suka soto Cik Ya

Siang tadi berjalan sekejap-sekejap ke blog. Tak larat nak terus-terusan pergi ke semua blog pada satu masa. Sedikit-sedikit pergi 2-3 blog lepas tu berehat dari pandang pc. Entah mengantuk tengok dan tak sanggup duduk lama-lama di kerusi seperti biasa. Kalau waktu lepas berbuka, tengah malam dan hampir serta selepas sahur bolehlah. Tapi waktu tengah hari/petang tak boleh berlama-lamaan.

Hehe maaf gambar laksa simpanan sendiri tiada. Malas nak ambil lagipun sibuk kat dapur takkanlah saya nak menyelit tangkap gambar pula kan. Lagipun nak ambil gambar pun kena elok-elok dan bersedia.

Apapun terima kasih semua yang sudi baca dan lawat blog saya. Maaf atas salah silap terkurang bahasa kalau saya ada komen/tulis di kotak jerit korang punya kekurangan perasa. Jumpa lagi yer. 

P.S: Mood hari ini macam ke longkang je mungkin sebab dapat mimpi yang menyampah dan entah apa-apa.






Kebun Pisang Di Pinggir




9 comments:

aamalinaazman said...

waaaaaa!
AKAK!
saya ni dah la pencinta laksa
antu laksa
sumeee ahhh
weeee
sukeeenye
nanti nak buat la buat berbuka
kikiki
akak!
maceh taw
insyaAllah mimi okeh aje ni =)

NA said...

@Mimito: Lega Mimi cakap macam tu. Hehe hantu laksa yer. Laksa Sarawak pernah makan tak? Jom kita cuba laksa Sarawak :)

Anonymous said...

Salam, akak.Memangpun kalau minum air yang manis2 akan mudah haus selepasnya. hehe

selamat berpuasa akak!

NA said...

@Fatynadia: Terima kasih. Haah cepat haus minum manis. Kena ganti minum air putih banyak-banyak sampai kembung perut. Hehe.

maszull said...

slm...oh yer ke wina mmg suka makan laksa...mama pun suka jugak tapi laksa penang jer laksa johor x suka ntah nape x tahu tapi mama org Johor x suka laksa Johor...hehehe...:)

NA said...

@Mama Maszull: Hehe mama, pelik tak suka laksa Johor

nuRuL haNis said...

Anis paling kurang mkn laksa kecuali laksa johor. Itupun mesti yg nenek msk. Mengada2kan? huhu. Tapi mmg tekak xbleh terima la. Rugi pula rasanya. sob2...

Kenapa mood NA sampai nak bawa ke longkang ni? huhu...

Syazana Zainn said...

wah mesti sedap kan laksa.

dah lama tak makan laksa utara ni =,="

susah tau nak cari laksa yg betul2 sedap.

some people buat laksa kuah die cair jek.

nak makan pon takde selera..

laksa yang paling best makan waktu kat SP dulu.

gerai die kecik je.

tapi mmg best.

ntah ade lagi ke tak ntahla..haha

NA said...

@Hanis: mood ke longkang sebab mimpi ngeri. Hehe

@Schaze: Wah dah sihat yer. SP tu Sungai Petani kan? Betul tu susah cari laksa sedap, kadang2 isi ikan sikit jer