Nuffnang

Saturday, August 13, 2011

Saya Dan Dia Tak Dapat Dipisahkan



Assalamualaikum…

Dah pukul 3:30 pagi. Macam-macam benda saya buat. Isi borang peraduan Nescafe Rumah Idaman, mesin baju sendiri dan pukul 2 sahur pertama makan megi sambil tengok drama ulangan Nora Elena. Nak makan soto tapi tak jumpa sup pula. Haha megi bersama bergedil dan sambal soto. Pandai betul mengubah-ngubah. Pertama kali tengok Nora Elena. Seronok juga cerita ni rupanya.

Tengok-tengok kat laman sesawang ada peraduan Nescafe yang baru. Rajin betul lah Nescafe ni buat peraduan. Ni peraduan lain, rekabentuk rupa tin Nescafe tu. Belum baca syarat penyertaan. Nanti satu-satu dahulu.

Saya memang peminum tegar Nescafe. Malah ketika menaip pos ni pun saya tengah sambil minum Nescafe susu tapi berbeza bahan. Dapat idea ni daripada Pakcu buat teh gunakan gula melaka. Gula melaka tu dicairkan bersama daun pandan (kasi wangi) dan susu cair dan teh. Dalam air saya tentu ganti serbuk Nescafe. Lagi sedap dan wangi. Boleh cuba.

Bahan-bahan membuat air Nescafe gula melaka

Air panas
Gula melaka (dicairkan)
1-2 helai daun pandan (disimpulkan)
Susu cair
Nescafe (Ini ganti kalau nak buat teh, kopi, milo)

Gula melaka tu dimasak bersama daun pandan untuk cairkan dan wangikan.
Lepas tu bancuh macam biasa.

Ok itu sahaja nak kongsi. Cerita pasal pengalaman puasa dulu-dulu dan kini akan saya buat kemudian. Tuan blog nak beriadah. Jumpa lagi.

P.S: Tolong doakan saya menang peraduan eh? Haha menang hadiah saguhati pun takpe. Teringin nak menang peraduan peringkat kebangsaan ni.

P.S.S: Nak sahur kali ke-2, nak soto juga (kalau ada sup tu lagi)





8 comments:

aamalinaazman said...

akak!
pelik2 je sahur.hihihihi..
weee..sy pon peminum nescafe tegarr!
kikiki
camat sahur dn berbuke akaa!

abghani said...

ok aku doakan semoga wina berjaya.
1st price dpt apa

NA said...

@Mimito: Pandai nak mengubah-ubah :)

@Abghani: Hadiah utama ialah rumah

Firdaus Life said...

yeahh saya juga peminum tegar nescafe.. sangat sedap aromanya.. tp jangan kerap sangat kak. bahaya gak. hehe

maszull said...

salam wina semoga berjaya dlm peraduan tu yer...

boleh la bg sikit hadiahnya kat mama...:)

Anonymous said...

samalah kita kak! saya pun addicted to caffein. lagi2 nescafe. hehe

nuRuL haNis said...

Wow, kalau 1st price, rumah ke? Xdptlah nak ngecek. Hehe.. Semoga berjaya wina. =)

NA said...

@Freaky: Haah selalu dinasihatkan untuk tidak selalu minum :)

@Mama Maszull: Kalau hadiah tu boleh kerat. Hehe :)

@Fatynadia: Tulah eh kira peminum tegar

@Nurul Hanis: Ek ikut sebenarnya lagi suka dapat hadiah saguhati tapi kalau dapat hadiah rumah memanglah tak syak bagi kat mak untuk uruskan :)