Nuffnang

Monday, December 13, 2021

7-9 Disember: Rumah Hutan Bonda Rozita, Batang Kali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bermalam di Rumah Hutan selama 3 hari 2 malam (Selasa-Khamis). Harga dapat RM1100 untuk 3 hari 2 malam (sebelum cuti sekolah dan hari biasa)

Percutian untuk wanita sahaja. Saya diajak oleh emak untuk ikut. 4 orang alumni Tingkatan 6 Sek. Men. Keb. Tunku Ampuan Durah dan saya. Jumlah 5 orang. Hehe saya yang paling muda. Tulang menyibuk.

Kami dapat rumah Kembang Pagi depan Rumah Bonda yang telah dijadikan penginapan juga.

Resepsi Daftar Masuk Rumah Hutan

Sampai dalam pukul 1 lebih. Sementara tunggu daftar masuk pukul 3 petang, saya ambil gambar depan penanda Rumah Hutan.

Pukul 2 lebih kenderaan tut tut datang ambil kami. Mendaki bukit dan menuruni bukit sampailah ke penginapan kami. Memang sebiji rumah dengan senibina kayu di luar disangga dengan pokok-pokok dan terletak di hujung tanah tinggi. Tepi kiri depan rumah terdapat sangkar besar berisi buruk merak dan merpati. Redup sahaja.

Sangkar Burung Di Tepi Rumah Kembang Pagi 


Ketika membuka pintu gelangsar, katil raja menyapa kami depan mata.

Dalam Rumah- Katil King


Sebelah kanan pula katil permaisuri. Malam-malam dengar bunyi binatang berlari atas atap. Ada yang jadikan tempat tinggal. Tidak tahu binatang apa.

Katil Queen-Saya & Emak


Untuk makluman, Rumah Kembang Pagi tiada bili dan tiada meja makan. Makan atas lantai. Berhati-hati jangan tumpahkan makanan atau air pada karpet. Jadi kena pilih kesesuaian jumlah ahli atau sekiranya perlukan bilik boleh pilih jenis rumah lain. Kemudahan dapur masak induksi dan peti sejuk, cerek, kuali, kutleri disediakan. Disediakan kopi pracampur dan teh.

Dapur

Kami memang bawa makanan. Semua bawa rendang. Emak bawa rendang puyuh, Makcik Nuba bawa rendang itik, Makcik Rohana bawa rendang ayam. Hanya Makcik Kasnani bawa masak lemak ayam. Saya gelar Makcik Negeri Sembilan sebab semua asal dan sekolah (mestilah dari sekolah Tunku Durah) Masing-masing cakap berapa lama tidak jumpa.Latar belakang mereka dalam pendidikan. 3 orang pengetua, seorang pensyarah.

Bilik air dan bilik mandi diasingkan. Jadi mudah buat urusan kalau ramai-ramai. Hiasan dinding memang guna jubin abstrak dan bunga.

Bilik Air

Gel Mandian disediakan dalam botol besar. Suka bauan serai yang kuat dan ada biji seperti skrub. Hasil keluarkan Bonda Rozita. Sayang tidak dijual. Bagus kalau gel mandian ini dijual.

Bilik Mandi

Ada disediakan:-
Tuala-5
Tilam Single-2
Sejadah-2 (Tidak Silap-Tidak Guna)
Selimut
Bantal

Di sini aktiviti-aktiviti seperti mandi sungai, rawatan urutan dan spa serta berjalan. Saya suka berjalan tapi aktiviti-aktiviti lain macam kurang kena dengan jiwa.

Warung Bonda Terapi Alam

Lupa beritahu diberi sarapan pagi percuma untuk 4 orang. Hari ke-2 diberi bihun, ayam goreng, kuih-muih seperti koci labu, karipap buncit, kaswi serta teh o. Hari terakhir diberi kueutiau, ayam goreng, kuih-muih dan teh o. Boleh bawa ke bilik atau makan di Warong Bonda Terapi Alam yang tidak jauh daripada rumah penginapan.
 

19 comments:

Ako Retna said...

Wah dh smp ye…x sesuai bw family anak kecil ie? Min kena hati2, nmpk gaya kena bw tikar sndri laa

AiniHalim said...

Aini pernah pi rumah hitam bonda tapi entrance je sbb nak beli Kurma Dhuha untuk suami Aini.. Masa tu pi tahun 2019

NA said...

Boleh bawa budak-budak cuma tiada bilik jadi kurang privasi kalau campur jantina perempuan lelaki. Tukar baju susah sedikit.

NA said...

Oh haah kitorang yang dewasa pun berhati-hati makan. Nasib baik bawa suratkhabar. Alas pada lantai, elak pada permaidani.

nohas said...

cantik biliknya...dekat hutan, binatang pun datang bertandang malam2..
wahh..macam2 rendang ada..sodap tu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Pelik, dapur ada tapi tiada meja makan, mungkin tak cukup ruang. Tapi katil raja dan permaisuri tu, mantap!

SalbiahM said...

memang dalam hutan ya?sebab tu tak naik kenderaan sendiri? kalau saya akan pilih aktiviti mandi sungai.hehe

babYpose said...

Seronoknya dah sampai tempat femes, berkumpul dengan kawan-kawan bonda NA, meriah dengan bawa juadah masing-masing, jalan2 di situ mesti rasa segar, spa tu belum sesuai agaknya, mandi sungai tu mesti nyaman jika tak ramai..rindu nak bercuti juga..

Wak Lat said...

harap2 binatang betulla kann, bukan makhluk misitik., huhuhu

Kak Feni said...

Seronoknya dah sampai sana. Kami hanya lalu je nak pergi Genting melalui Serendah beberapa tahun lalu. Bila kami nak sampai sana tak tahu. InshaAllah

Mrs. A said...

Wah! NA dah sampai.
Mrs. A pun teringin nak ke sini nak try urut-urutan tadisional

Calrase Patrick said...

Seronoknya

Suria Amanda said...

Alumni STAD? Ya allah..SA pun dari STAD....ada gambar yang pergi tak? mana tau SA kenal...sebab baru ni ada kawan2 yang pi sini...

nayfatimahrasyid said...

Best nyer, hope one day will arrive there😎😎

shima jelani said...

Bestnya NA dapat cuti2 di Rumah Hutan Bonda. Mesti best & sejuk dapat mandi sungai waktu pagi

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bestnya NA. Pernah jadi my wishlist cuti2 Msia juga ni dulu2. (Berangan je). Tapi bila dgr kena turun bukit naik bukit tu mcm seriau pulak. Hihi.

Azhafizah MN said...

Seronoknya dapat join cuti cuti mak mak gathering. Cantik tempatnya. Dalam rumah pun serba cantik. Tak ada bilik macam tak privasi pulak. kalau ada meja lagi better sikit kan. Mudah nak makan. Risau jugak tu kalau tertumpah kat karpet. Teringin jugak nak bercuti ke sini. Belum berkesempatan lagi. Harga semalam boleh tahan jugak tapi berbaloi dengan view yang mahal.

mamapp said...

Nampak jelas sgt kafil dia. Best tu sebab ada disediakan maian

A m m i said...

Wahhhh harga... Sesuailah dgn kerawang disana sini.

Ingatkan NA yg alumni STAD.. makcik2 itu rupnya. Sekolah ni dekat sgt dgn rumah arwah mama ammi