Nuffnang

Saturday, September 10, 2022

Al-Fatihah Untuk Mangsa Dihempap Pokok Di Jalan Karak-Kuantan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam  (9 September) dugaan betul untuk balik semula ke rumah. Asalnya perjalanan lancar tapi sampai di Raub atau Bentong hujan lebat. Mula-mula terhenti di kawasan Lurah Bilut sebab ada runtuhan. Maka kereta perlahan sebab satu jalan boleh guna.

Kemudian ketika kami memasuki ke Lebuhraya Karak dalam pukul 6 petang lebih tiba-tiba kereta perlahan. Kami nampak depan kami pokok tumbang merentasi lebuhraya. Terhenti juga seketika kenderaan. Ketika itu nampak sebahagian orang ramai dalam kenderaan di depan dan di seberang laluan bertentangan hulurkan bantuan. Ada lori yang tarik pokok ke tepi, ada pemandu ayam hulurkan tali untuk ikat. Ada bawa parang untuk potong ranting.

Keadaan Pokok Tumbang Dialihkan Dan Sebahagian Ranting Dipotong



Ingatkan pokok tumbang sahaja. Masa sisa pokok tumbang ditarik ke tepi dan trafik lancar ternampak kereta putih kena dan ke hadapan sedikit kami nampak jasad penunggang motosikal tersorok di  bawah celah-celah pokok. Terkejut. Innalillahiwainnailahirajiun. Masa itu tidak pasti keadaan mangsa.

Hari ini baca suratkhabar mangsa meninggal di tempat kejadian. Al-Fatihah untuk arwah  Muhammad Mustaqim Noor Azhar 21 tahun penuntut UTM. Semoga Allah temoatkan di kalangan orang yang beriman.

P.S: Berapa kali kami berpusing di tempat yang sama sebab keliru.

18 comments:

Syazni Rahim said...

Allahuakbar... Innalilahi wainnalilahirojiun

Hanna Illy said...

Al Fatihah buat mangsa. Cuaca memang tak menentu sekarang. Hati hati semua.

Puan Hazel said...

Allahu Akbar! Trauma PH setiap kali baca berita tentang kemalangan jalan raya begini. Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin aamiin. Moga keluarganya tabah 🤲

mama sara nur @ Cik Nor said...


AL FATIHAH UTK.MANGSA
innalillahiwainnahirojiun
sampai masanya
semoga Family tabah terima.berita
Pemergian.anknya

Ujie Othman said...

Saya ada terbaca juga berita kemalangan maut tersebut.
Sedihnya…moga Allah merahmati roh beliau.

Nur said...

Allahuakbar. Itu la bila berjalan jauh. Macam-macam boleh jadi.

SalbiahM said...

Allahuakbar. Musim hujan memang penunggang motorsikal bergadai nyawa. Alfatihah untuk arwah. Muda lagi. Alahai

Wak Lat said...

Allahuakbar... Innalilahi wainnalilahirojiun

Carneyz said...

Innalillahi wainnailaihi rojiun… risaunya cuaca skrg tak menentu. Suami saya pun pergi kerja naik motor, bila hujan lebat ni la perkara yg saya takuti. Hanya mampu berdoa supaya dia selamat pergi dan selamat balik.

norhidana said...

Allah, inalillah buat arwah.
Kesian nya ustaz muda lagi tu, kadang pokok tepi jalan ni memang kene selalu di beri perhatian kalau besar sangat dan dah tua kene tebang la. Tak nak jadi gini kan

norhidana said...

akak, dana di silap dok terpanggil akak ustaz dh kenapa hahahha... maafkan diriku kak

Sha Mohamed said...

AllahuAkbar... Innalilahi wainnalilahirojiun..
Takziah buat keluarga mangsa..

Ako Retna said...

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang soleh dsisiNYA...

p/s: NA, kita dah pos cenderahati top komentar yang lepas ye...sorry lambat

nona sani said...

Allahuakbar! Muda lagi rupanya.. Sudah takdir usianya takat tu je.. Moga diberi ketabahn buat ahli family yg masih tinggal.. Moga roh areah tenang di sana 🥺

Amie said...

Innalillahiwainnalillahiraajiuunn!

Azhafizah MN said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

mamapp said...

allahu.. innalillah semoga syurga buatnya

dear anies said...

innalillahi wainna ilahi raajiunnn...cuaca mmg tak menentu. yg memandu tu berhati2 sentiasa