Nuffnang

Tuesday, January 24, 2023

1 Rejab 1444: Pergi Kenduri Kahwin Di Seremban

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasa julung kali kenduri kahwin buat hari Isnin. Terkejut juga terima jemputan hari Isnin. Apapun jemputan diterima.

Konon hendak pergi pada pukul 10:30 pagi tapi lewat. Hampir ke pukul 11 baru keluar rumah. Jadi lalu lebuhraya. Banyak juga kereta tapi perjalanan lancar.

Sampai pukul 12 tengahari lebih. Sedang elok waktu makan cuma kami kena berpecah makan di meja-meja yang ada kerusi kosong sebab tiada satu meja yang betul-betul kosong.

Adik saya cakap ada rendang rusa. Tidak ambil sebab ingat rendang daging. Saya sudah ambil lauk daging masak hitam. Lauk semua sedap-sedap. Pencuci mulut macam koci, badak berendam, apam balik dan cendolpun saya rasa. Sejak elok demam ini, selera ok, makan semua ada rasa. Cendol itu makan sedikit buat syarat. Haha teringat baru baik batuk. Air batu ini takut daripada air tidak masak.

Balik dapat cenderamata beras Moghul Faiza Basmathi 250 gram dalam kotak cantik. Budak-budak dapat meringue dalam plastik.

Cenderahati: Beras Moghul Faiza Bas mati 250 Gram



Sampai rumah pukul 3 petang lebih sebab singgah Rembau ambil seorang lagi anak buah dan ikut jalan dalam di mana ada jalan sibuk.

Salam bulan Rejab. Insya Allah akan kembali puasa sinar nanti. Persediaan menuju Ramadhan.

20 comments:

Salina@IbuAqil said...

Alhamdulillah!
Allah telah kembalikan rasa nikmat selera makan pada NA.
Semoga sentiasa sihat hendaknya menuju ke bulan Ramadhan nanti.
Tak sabar rasanya.
Hihihi!

Ujie Othman said...

Baca rendang rusa, daging masak hitam…terus terliur rasa. Tak payah NA tunjuk gambar pun 😄
Bagus jugak buat majlis Isnin, dah memang masih dalam cuti panjang. Kalau buat Sabtu/Ahad mesti bertembung dengan banyak majlis lain.

Puan Hazel said...

Rare lauknya; rendang rusa. Begitu juga cenderahati dari tuan rumah. Dapat beras basmati, bolehlah masak nasi beriani nanti :)
Alhamdulillah makin pulih kesihatannya 🤲

Ana Fatihah said...

Tak pernah jumpa lagi cenderahati bagi beras macam tu. Menarik jugak tuu.

záty said...

kreatifnya diorang kasi beras. cantikk. salam bulan rejab sis!!

Sarah Shaqira said...

Menarik nya gift wedding mcm tu!

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Ada orang kata, Daging Rusa panas. Tapi sy pernah makan, sedapppp!

dear anies said...

kemainnnnn lagi lauknyaaaaa!!! kalau sy dah bertambah2 tuuuu hehehe

mama tisya said...

meriah ada rendah rusa time kenduri kawin..gift beras basmati lg best tu

Nur said...

Alhamdulillah, dapat makan kenduri, lauk sedap-sedap. Bagusnya, cenderamata beras lagi, tuan rumah bagi.

SalbiahM said...

Eh sama lah, saya pun ada jemputan kenduri hari Isnin. Memang trend bagi doorgift beras. Senang nak travel nanti

dear anies said...

takut ms nk travel beras dah naik kutu🤭🤭

mama sara nur @ Cik Nor said...

salam rejab
jarang2 ni majlis kenduri hari isnin kan. Cenderahati menarik utk kegunaan harian

Carneyz said...

Bagusnya tuan rumah bagi doorgift beras. Kreatif. Tak pernah lagi dapat doorgift barang keperluan asas mcm tu hehe. Org dulu2 kawen di kampung, tetamu bagi barang keperluan asas utk pengantin sbb nak mulakan hidup baru katakan. Semoga pengantin sekeluarga dimurahkan rezeki.

Abam Kie said...

buah tangan beras basmathi tu paling rare n berharga. Jarang tuan rumah bagi hadiah camni. Alhamdulillah....

nohas said...

wahh, bagus..dapat beras...

Selamat berpuasa di bulan Rejab, semoga sampai kita ke bulan Ramadan..

SalbiahM said...

Haha. Travel hujung minggu zuarah rumah adik pun kira travel gak

mamapp said...

Baru balik kenduri juga tadi. Terasa rindu nk g kenduri kan.. sejak COVID skrg baru nak rasa kenduri ala dulu

Fieza Sani said...

wah..rare ni..souvenir dapat beras...

fanny_dcatqueen said...

Waaaah banyak unik kenduri nikah nya... Pertama karena hari Senin. Saya belum pernah dapat undangan nikah Senin. Jumat pernah, tapi Senin tak.

Kedua, cendramata nya pun baguus, beras bashmati.ini pun saya tak pernah dapat. 👍. Tapi bagus juga, Krn pasti tak mubazir dikasih ini