Nuffnang

Wednesday, January 21, 2026

17 Januari 2026: Majlis Tahlil Dan Doa Selamat - Tok Rosli

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Satu lagi majlis tahlil dan doa selamat diadakan pada hari yang sama tapi sebelah malam dan dibuat di Masjid Kariah Repah. Tok Rosli ini kira sepupu Uwan yang duduk sebelah rumah Uwan. Saya pernah cerita saya pergi kendurinya tahun lepas. 

Petang itu tanya saudara-mara, Emak dan adik-adik. Adik perempuan saya, saya, Abah dan seorang anak buah pergi. Mereka yang lain yang ada mungkin penat. Adik perempuan cakap serba salah tidak pergi sebab Tok Rosli dan Wan Safiyah itu hadir masa majlil tahlil kami.

Dekat Maghrib saya berjalan menuju masjid. Adik dan suami, Abah dan anak buah naik kereta masing-masing.

Tengok sudah ada jemaah wanita yang menunggu azan.

Menunggu Azan Maghrib




Lepas solat Maghrib baru dimulakan bacaan Yasin dan tahlil.

Bacaan Yasin Beramai-Ramai



Lepas solat Isyak barulah ke jamuan makan di sebelah tempat solat. Lapar sebab memang tidak makan berat waktu petang. Jemaah sudah ada yang makan.

Meja Makan Jemaah Wanita

 
Jemaah Lelaki Beratur Ambil Makanan


Makanan yang saya ambil- nasi beriani, ayam masak merah, daging kambing masak hitam dan papadom. Tidak lupa sepotong tembikai. Air pula teh tarik. Ringkas tidak banyak lauk untuk dipilih. Hari itu hari minum teh tarik sahaja. Saya suka air teh tarik ini sebab tehnya kuat. ☺ Saya makan di kawasan solat tapi pelik tiada yang masuk makan sebab dekat meja makan wanita penuh. Jadi saya keluar semula rupanya ada yang makan di tikar. Memandangkan saya nampak kerusi kosong sebelah adik, saya sambung makan di situ.

Pinggan Saya


Lepas ambil makanan, salah seorang keluarga Tok Rosli bagi cenderamata. Rajin betul mereka sediakan walaupun untuk majlis tahlil. Semoga diberkati keluarga Tok Rosli sekeluarga.

Mini Sejadah Gebu Dan Tasbih Elektronik



Alhamdulillah kenyang betul makan. Banyak nasi yang Makcik Malini *sebaya umur tapi pangkat 2 pupu dengan Emak* Balik jalan kaki juga.



Tuesday, January 20, 2026

17 Januari 2026: Majlis Tahlil Dan Doa Selamat - Uwan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

(TULISAN INI BANYAK GAMBAR. IA SEBAGAI KENANGAN UNTUK SAYA SEMENTARA UWAN MASIH ADA)

Majlis tahlil dan doa selamat diadakan di rumah Uwan seperti biasa sebelum Ramadhan. Istimewa dibuat sempena peristiwa Israk Mikraj. Satu khemah diletakkan bersebelahan kawasan tempat letak kereta bertutup. Ada juga tempat makan berbumbung di hadapan rumah Mok.

Sarapan pagi disediakan untuk mereka yang datang awal sebelum majlis tahlil dijangka bermula pukul 11:30 pagi.

Meja Khemah




Meja Makan Sebelah Kanan (Depan Rumah Mok)


Sarapan Pagi ini ketika awal pagi. Ketika hampir waktu tahlil beranak-pinak makanan dengan cheesekut, seri muka, spageti bolognese dan lain-lain. Makanan disediakan secara potluck oleh anak-beranak Uwan.

Pulut Kuning, Sambal Ikan Bilis, Lempeng, Serawa Durian (Bekas Bertutup Pinggan), Kuih Lapis, 

Koci, Karipap, Donut



Tengahari pula nasi dengan lauk-pauk. Kebanyakan lauk Makchek sediakan macam sambal daun kayu, sambal udang, ayam kampung masak cili api. Lauk-lauk lain anak-anak Uwan yang lain sediakan sekurang-kurangnya 1 lauk. Permulaan lauk-pauk yang ada. Macam biasa beranak lagi lauk-pauk menjelang majlis tahlil macam rendang betik muda, kari daging. Lauk memang banyak.

Sambal Kayu Dan Masak Lemak Pucuk Tangkis


Pucuk tangkis atau Neptunia olaracea


Pandangan Dekat



Pucuk Ubi Dengan Sambal Gila


Dari Dekat Ke Jauh: Sambal Udang, Beefstick, Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api, Labu Masak Lemak


Ayam Goreng Tepung


Air: teh tarik, kopi o, sirap ais dan lemon soda biru.

Majlis tahlil dan doa selamat bermula dengan dipimpin Imam Masjid Repah. Majlis bermula sedikit awal pada pukul 11 pagi kerana orang sudah ramai dan Imam datang awal. Alhamdulillah selalu merungut majlis bermula lewat tapi kali ini awal 

Bacaan Tahlil Bermula

Bacaan Tamat




Orang Bersurai Ke Khemah


Kali ini ramai orang yang menghadiri majlis tahlil sampai nasi tidak cukup mungkin sebab kami buat bukan cuti sekolah tapi cuti hujung minggu yang buat orang boleh melapangkan masa untuk datang. Beberapa kali masak nasi sampai pukul 1 lebih baru orang beransur kurang.


Orang Ramai Beratur Ambil Makanan



Sebenarnya buat doa selamat mohon kesembuhan untuk Uwan yang didignosis kanser tekak. Sedih juga.

Makcik Cupik Menangis Peluk Uwan


Makanan saya anbil apabila orang ramai sudah reda. Tidak mampu ambil semua lauk.

Nasi, Sambal Udang, Bifstik, Labu Masak Lemak, Pucuk Ubi Celur Dengan Sambal Gila, Ikan Masin, Sambal Belacan Dan Teh Tarik



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Lauk ada yang habis. Lauk tinggal boleh bagi bungkus untuk saudara-mara dan kami di rumah Uwan. Saya bawa termos air ingat nak ambil teh tarik tapi habis. Beza macam tahun lepas air teh tarik banyak. Kali ini air semua habis kecuali kopi o panas ada banyak baki.



Monday, January 19, 2026

Terima Hadiah Kerana Menjadi Kamu Yang Mesra Untuk Tahun 2025

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Hadiah ke-4 untuk tahun ini. Alhamdulillah. Kali ini menjadi antara kamu yang mesra 2025 untuk blog Titian Perjalanan-- ujieothman.blogspot.com. Maknanya saya antara paling banyak komen.

Maaf buka lambat kotak. Hujung minggu yang sibuk dengan kenduri dan program. Terkejut dapat emel Puan Ujie pada hari Ahad. Tengok pada status barang eh dalam proses penghantaran. Cepat betul J&T ada buat penghantaran hari Ahad. 

Sampai Rumah Hampir 10:30 Malam- Parcel Dalam Pagar



Hehe waktu tunggu barang, barang ditangguh hantar, hantar hari biasa tapi waktu tidak tunggu cepat betul sampai.

Buka Kotak Disapa Dengan Plastik Gelembung



Mari kita tengok isi di dalam.

Stokin Kaki Naelofar, Beg Tangan Gugu Dan Beg Untuk Barang Runcit



Saya dapat stokin kaki Naelofar, beg tangan Gugu dan beg untuk beli barang runcit.

Isi Dalam Beg- Ada Tali Pendek, Tali Panjang



Alhamdulillah terima kasih Puan Ujie sebab bersusah payah sediakan hadiah untuk mereka yang mesra. Saya terima dengan tangan terbuka. Tidak sabar untuk rasmikan.

Sebelum ini saya pernah menjadi kamu yang mesra. Boleh klik SINI- 2021, SINI- 2023 dan SINI- 2025. Kiranya saya dah dapat kali ke-4 untuk tahun 2026. Masya Allah.


Wednesday, January 14, 2026

Terima Kain Ela Renda Daripada Blog Saje Suka-Suka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...


Hadiah ke-3 terima tahun ini daripada dunia blog. Kali ini daripada Sis Notie- Blog Saje Suka-Suka. Tq sebab anjurkan pemberian 'Give Away Baju Raya Berlace'.
Tidak sangka cepat dapat. Keputusan diumumkan 9 Januari, parcel dapat 14 Januari 11:50 pagi.


Parcel PosLaju



Mari kita buka, tengok isi dalam. 

Depan- Renda

Kain licin! Jenis renda yang saya dapat.



Belakang- Warna Pic



Belakang. Warna pic berbeza yang saya bayangkan. 

Perbandingan Warna Pic

Ini bandingan tanpa lampu cuma lampu daripada telefon bimbit.

Saya ada baju kurung kain licin warna pic tapi berbeza bayang (shade) dengan kain renda kosong pic yang diterima. 

Perancangan saya hantar buat jubah. Tengoklah kalau ada yang terima kain ini untuk buat raya tahun ini. Kalau tidak mungkin buat lewat untuk raya tahun depan.

Semoga Allah melimpah rezeki yang berkat untuk Sis Notie.

P:S: Tidak sabar tengok kain ela blogger lain dapat.

 

Monday, January 12, 2026

Buka Kotak: FG Food Kurma Ajwa Aliyah 400g × 3 Kotak

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sesi buka kotak (unboxing)


Pembelian pertama secara dalam talian. Secara spesifiknya beli di Wowshop. Selamat tiba hari ini pukul 11:56 pagi. Pesan pada 7 Januari, selamat tiba pada 12 Januari. Tempoh penghantaran termasuk Sabtu dan Ahad ialah 6 hari (termasuk tarikh pesanan). Harga asal RM129 tapi guna tunai semula (cashback) sebanyak RM6 maka cuma bayar RM123.

Parcel FG Food Kurma Ajwa Aliyah



Apabila buka kotak, saya disapa dengan kotak air sarang burung waled. Ini percuma beserta sampul raya (saya tidak buka kotak ini lagi, jadi saya anggap sampul raya di dalamnya)

Bahagian Atas- Satu Kotak Yang Mengandungi 3 Botol: 1)Air Sarang Burung Dengan Buah Tin Dan Madu, 2)Air Sarang Burung Dengan Madu, 3) Air Sarang Burung Dengan Kurma Dan Madu



Benda yang utama iaitu kurma ajwa Aliyah, kurma Muhammad Yusuf

Bahagian Bawah- 3 Kotak Kurma Ajwa Aliyah



Saya ambil 1 kotak untuk tengok isi di dalam

Rupa Kotak Kurma Ajwa Aliyah 400g Yang Dibalut 



Isi di dalam. Kurma ajwa yang segar.


Isi Kandungan Kotak


Saya cuba cubit tengok isi di dalam. Nampak berisi penuh. 

Dalaman Sebiji Kurma



Ingatkan boleh dapat ketika harijadi saya, boleh terus cuba. Nanti saya cuba ketika berbuka hari ini. Harap-harap segar dan muai.

Nota untuk diri: DHL tidak hantar pada Sabtu atau Ahad. Ikutkan barang ini boleh hantar hari Sabtu sebab sampai ke Melaka hari Sabtu tapi ditangguhkan hantar hari Isnin.
Tidak seperti PosLaju, barang terus hantar hari Sabtu.

Friday, January 9, 2026

Terima Hadiah Pengomen Utama Blog CCL Bulan Disember 2025

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Terima hadiah kedua untuk tahun ini.

Kali ke-3 dapat hadiah daripada CCL sebab jadi pengomen bulanan. Penutup tahun 2025 jadi pengomen UTAMA bulan Disember

Kali pertama klik SINI
Kali ke-2 klik SINI

Alhamdulillah hadiah selamat tiba daripada Shopee Express. Mula-mula macam ada drama sebab parcel tidak bergerak. Kena bagitahu CCL sebab nanti dia pelik saya diam sahaja pasal barang. Rupanya barang saya itu kena batalkan oleh si penjual pertama.

Jadi ini pesanan kedua CCL buat dan ia berjalan lancar.

Shopee Express hantar senyap sahaja. Tengok-tengok sudah hantar. Tengok depan pintu pagar tiada. Maka kenalah jenguk pada peti surat yang ternganga besar tidak ditutup. Adapun.

Parcel Shopee Express



Wah ikut perkembangan dapat termos besar. Tengok adik saya guna bawa jalan dalam kereta. Tidak sangka saya dapat satu. Nanti hendak guna. Mungkin bawa jalan dan tinggalkan di kampung Tampin. Hehe mungkin bawa jalan naik bas dengan guna beg-beg para blogger bagi.

Termos Hitam Besar



Tq CCL. Semoga murah rezeki dan diberkati Allah.


9 Januari 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Genap setahun umur. Tiada rasa hendak sambut harijadi.

Mula-mula buka whatsapps sebelum Subuh tengok tiada ucap rasa gembira sebab orang tidak ingat.

Hehe Emak ucap selamat harijadi di whatsapps borak-borak keluarga. Abah ajak pergi balik kampung untuk sambut tapi saya tolak dengan baik.

Tahun ini saya memilih untuk bersendirian di rumah. Kebetulan tiada kenduri minggu ini.

Jadi tiada kek dan makanan istimewa. Saya tahu saya patut terima. Tidak mengapa. Saya perlukan doa sahaja. Tq Emak dan Abah sebab tidak pernah lupa harijadi anaknya.

P.S: Masak mi kari Opah. Huhu nasib baik sedap kali ini masak.


Wednesday, January 7, 2026

4 Jan (Ahad)- Kenduri Kahwin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekali lagi dapat jemputan kenduri kahwin daripada adik ipar punya Abang di Dewan Dhuha, Senawang. Bertolak pukul 9:30 pagi dari Tampin. Sampai pukul 11 pagi lebih. Majlis telah bermula. Alhamdulillah belum ramai lagi.

Dewan Dhuha, Senawang



Dapatlah coret bahagian cenderamata untuk tetamu sebab belum ramai orang.

Meja Cenderamata



Teruslah ambil lauk: nasi putih, ayam goreng berempah, sambal tumis petai, masak lemak labu, ulam-ulam, sambal belacan. Di mana-mana kenduri, air teh tarik dipilih. Kalau tiada air teh tarik, pilih air panas atau air mineral.

Pinggan Dengan Lauk-Pauk Diambil Dan Teh Tarik



Makanan-makanan dan minuman terletak di belakang dewan yang tertutup dan berbumbung jadi selesa untuk ambil makanan. Malahan gerai-gerai seperti gerai apam dan cendolpun terletak di sini.

Teduh, Luas Bahagian Hadapan



Lepak sejam juga. Sempat pergi tandas di belakang dewan juga. Emak sempat jumpa kenalan dari Tampin juga.


Kami dapat kotak cenderamata berbentuk rama-rama. Saya dan Abah dapat beras mini manakala Emak dapat senduk merah jambu yang pemegangnya ada pemberat. 

Cenderamata Shukri × Laila



Terus balik rumah di Melaka. Tidak sabar untuk tengok parcel dapat semalam.