بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sekali lagi dapat jemputan kenduri kahwin daripada adik ipar punya Abang di Dewan Dhuha, Senawang. Bertolak pukul 9:30 pagi dari Tampin. Sampai pukul 11 pagi lebih. Majlis telah bermula. Alhamdulillah belum ramai lagi.
Dapatlah coret bahagian cenderamata untuk tetamu sebab belum ramai orang.
Teruslah ambil lauk: nasi putih, ayam goreng berempah, sambal tumis petai, masak lemak labu, ulam-ulam, sambal belacan. Di mana-mana kenduri, air teh tarik dipilih. Kalau tiada air teh tarik, pilih air panas atau air mineral.
Makanan-makanan dan minuman terletak di belakang dewan yang tertutup dan berbumbung jadi selesa untuk ambil makanan. Malahan gerai-gerai seperti gerai apam dan cendolpun terletak di sini.
Lepak sejam juga. Sempat pergi tandas di belakang dewan juga. Emak sempat jumpa kenalan dari Tampin juga.
Kami dapat kotak cenderamata berbentuk rama-rama. Saya dan Abah dapat beras mini manakala Emak dapat senduk merah jambu yang pemegangnya ada pemberat.
Terus balik rumah di Melaka. Tidak sabar untuk tengok parcel dapat semalam.




.jpg)

11 comments:
Alhamdulilah sesekali makan free sedap gk hehe
Menariknya menu ada sambal tumis petai.
Alhamdulillah, rezeki dapat makan kenduri ni. Feveret NA ya, teh tarik.
Sama macam Linda, kalau nampak ada air teh tarik..memang tuju tu dulu..hihihi
seronok betul gi kenduri kawin dpt goodies beras mini camtu!
alhamdulillah, moga diberkati kedua mempelai.. dulu2 tetamu diberi telur je.. sekarang dah modify mengikut peredaran semasa..
Best dapat souvenir beras :)
Kak na, nak tanya. Kalau di Malaysia, tamu biasa bagi hadiah apa untuk pengantin ya? Apakah dalam bentuk uang, atau barang? Penasaran saja.
Kalau di sini, kami biasa bagi uang, letak dlm amplop nanti ada box yg mana kita bisa masukkan amplop uang kedalam. Tapi bisa juga transfer kalau tahu rekeningnya. Bagi hadiah barang juga boleh, tp ini kalau kenal dekat sangaat.
Makanya saya nak tahu, di sana macam mana ya? Ntah2 saya dapat undangan dari teman Malaysia hadir dalam kenduri kan 😄😄
Saya pun, kalau ada teh tarik haruslah pilih teh tarik 😀
Sekarang banyak dewan jenis macamni lebih selesa, nak ke tandas ke tempat ambil makan pun selesa... sekarang memang trend bg goodies beras basmathi..
bestt tgk org kawen., hehe
Post a Comment