بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah pada saat-saat akhir terima jemputan walimah daripada Makcik Salina depan rumah Makcik Lijah (kenduri lepas). Walimah Zulfadzriq dan Zukrina di Dewan Perdana Tampin. Majlis bermula pukul 11 pagi jadi pukul 11 pagi kami bertolak ke sana.
Sampai dalam pukul 11:24 pagi. Kali ini kami pergi dengan adik perempuan sekeluarga jadi 11 orang. Orang belum ramai. Jadi boleh ambil gambar pelamin dan makanan yang diambil dengan tenang.
![]() |
| Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Cendawan Kukur Masak Lemak, Ulam Timun, Sambal Belacan, Ikan Masin & Jambu Batu Dengan Asam Teh Tarik, Kuih Koci & 2 Jenis Kek |
![]() |
| Pelamin Serba Putih Dengan Bunga |
Hampir pukul 12 tengahari, orang sudah memenuhi dewan. Meriah rasanya. Auntie, Uwan dan Alia yang datang agak lewat bernasib baik sebab kami chop tempat untuk mereka.
![]() |
| Kain Rentang Berlatarkan Kain Batik |
![]() |
| Props Barang Antik: Telefon, Gramafon, Tepak Sirih, Radio, Pasu, Lampu Meja, Tanjak |
Kami kemudian beransur pulang. Sebelum itu ambil gambar kain rentang dan props barang-barang antik untuk mereka yang mahu bergambar.
Masya Allah makanan dan minuman sedap. Tidak sabar untuk ke kenduri seterusnya.





14 comments:
Alhamdulilah syok dapat pergi wedding orang lagi2 makanan semua sedap2
Nampak classic photo booth tu, macam tulisan dulu², tulis guna pensel.
sedapnya menu kenduri.
Seronok bila dpt jputan wedding ni
Sukaaa tgk pelamin2 yg cantik
Bln ni xda insyaAllah next minggu dpn ada
lama tk pegi wedding...sedap tu lauk kenduri
antara nikmat pergi kenduri orang kahwin ialah makanan yang sedap-sedap dan vibes bahagia akan terasa
Alhamdulillah, rezeki dapat makan di kenduri kahwin. Klasik menu cendawan kukur masak lemak tu.
akak pun sekarang kalau ada majlis suka dtg paling awal. tak berebut2 dgn org.
Kalau cuti panjang ni banyak la majlis kahwin...senang nak berkumpul sanak saudara.
Ada menu kampung juga, bertambah selera 😀
Waaah simple tapi nampak private weddingnya. Dah lama saya tak menghadiri wedding 😄. Belum ada lagi yg akan menikah di circle saya 😂.
Sedap agaknya menu yg dihidangkan kak
Makan nasi minyak..selamat pengantin baru buat pasangan tu..
makanan yg banyak dan sedap. Berbaloi dgn salam kaut nanti...
Selamat pengantin baru buat Zulfadzriq dan Zukrina.
Alhamdulillah rezeki dapat makanan yang sedap2.
Post a Comment