Nuffnang

Saturday, July 18, 2026

11 Julai 2026: Sambutan Harijadi Uwan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Pagi Sabtu seawal pagi, hujan turun dengan lebat. Saya sarap pulut d3ngan sambal ikan bilis, kuih kaswi dan puteri ayu.

Pukul 10 pagi lebih acara bermula dengan doa selamat diketuai Achik di sebelah kiri Uwan. Kumpulan wanita kali ini.

Uwan Potong Kek Lobak Merah




Achik ini pernah tegur saya masa hujung Ramadhan tahun lepas sebab selalu nampak saya di masjid siang dan malam. Saya cakaplah saya cucu Uwan Timah. Saya cuma ada sampai raya ke-5. Eh tapi dia tidak kenal siapa Uwan Timah. Hehe, saya hendak sahaja bagitahu inilah Uwan Timah yang sambut harijadi. Kebanyakan jemaah wanita kenal saya asbab Uwan Timah.

Lepas doa dan potong kek, bermula makan tengahari. Macam-macam kuih muih. Koci, kaswi, puteri ayu, tat keju, seri muka durian, brownies, kek pisang, kek sarang semut, kek coklat dan lain lain.

Kuih-Muih


Lauk Pauk


Sup Tulang




Lauk paukpun pelbagai seperti daging salai masak lemak cili api, pucuk ubi dan biji nangka masak lemak cili api, udang buttermilk, sambal udang, daun kayu masak tempoyak, segala macam sambal: sambal belacan, sambal gila, sambal tempoyak, sambal daun kantan, pucuk ubi celur. Ada sup tulang, sup tendon. Spageti bolognese. Pilihan sangat luas. Mampu makan semua jenis atau tidak persoalannya.

Air panas: teh o dan teh 

Air sejuk: laicikang

Suasana sejuk dan nyaman kerana masih hujan renyai.

Lauk Yang Diambil



Saya cuma ambil nasi, daun kayu masak tempoyak, pucuk ubi celur, sambal bunga kantan, sambal tempoyak dan udang buttermilk. Air semestinya teh.

Kenyang tidak dapat semua. Saya cuma amvil spageti bolognese dan kek coklat, kuih puteri ayu, kaswi dan kek sarang semut untuk simpan untuk makan petang.

Lebihan makanan ada yang sudah tapau bawa balik rumah masing-masing.

Majlis tamat sebelum Asar sebab ada yang datang kemudian secara beransur-ansur.

Corat-coret hari tersebut

  • CikYa sekejap sahaja di majlis ini (pukul 12 tengahari bertolak) sebab hendak balik mengundi di Jementah. Cerita politik, Pak Tam kata lepas PRN N9 nanti dun Melaka bubar pula. Adik perempuan saya dah 'bising' dia belum tukar tempat mengundi. Saya tidak kisah mengundi tempat lama. Bolehlah melawat tempat lama mengenang kenangan.
  • Cuaca mendung dan kadang-kadang hujan rintik.
  • Teh tarik cepat habis. Dapat minum 2 kali.
  • Kek lobak kena sorok sebab takut cepat habis. Haha😆 Ya saya tidak dapat makan sebab sudah habis.

14 comments:

Afzan said...

meriahnya hari lahir wan...sedap2 semua menu,kalau saya rambang mata nak pilih..moga sentiasa sihat Uwan Timah

Puan Hazel said...

Sanah helwah Uwan.
Semoga sihat² selalu hendaknya 🤲🏻

Roziah @ Cie said...

Meriahnya menu macam2 ada tu. Alhamdulillah.

Mznimnwr said...

Selamat hari lahir buat uwan. Seronoknya NA masih ada nenek lagi. Semoga sihat selalu

Pizzah said...

Alhamdulillah..Meriah sambutan hari lahir Uwan Timah. Selamat Hari lahir Uwan Timah. Semoga dipanjangkan usia dengan kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, diberikan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan dan berbahagia bersama keluarga. Aamiin...
Meriah ada macam-macam makanan. Dapatlah tetamu rasa macam-macam jenis hidangan.
Popular Uwan Timah. Kena sebut Uwan Timah baru orang lain kenal keluarganya kan.

Aqilarin said...

Terliur tengok semua kuih!

Ako Retna said...

Weii meriah nya sambutan besday uwan hehee.... selamat hari lahir uwan, semoga sihat² selalu

SN Faaezahh said...

Uihh daun kayu masak tempoyakkk. Sedapnyaaaa. Btw, selamat ulang tahun utk Uwan Timah. 🥳

SN Faaezahh said...

Uihh daun kayu masak tempoyakkk. Sedapnyaaaa. Btw, selamat ulang tahun utk Uwan Timah. 🥳

Carneyz said...

Semoga Uwan Timah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik, Ameen YRA 🤲🏻

Sis Lin said...

Sanah helwah buat Uwan.. moga Uwan sihat-sihat selalu yaaa

Tot said...

Meriahnya makanan. Kek banyak jenis, sambal banyak jenis, memang tak mampu nak mencuba semua. Alhamdulillah, meriah majlis harijadi Uwan. Semoga Uwan sihat-sihat sokmo.

Syaz Rahim said...

Selamat Hari Lahir buat Uwan! Nampak ceria betul Uwan diraikan oleh anak cucu. Semoga Uwan sentiasa sihat, dilindungi Allah SWT, dan dimurahkan rezeki sentiasa. Meriah majlisnya! 👍🎉

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waaaah cake nya cake wortel 🥕 yaaaa 😍😍. Saya juga suka cake wortel. Padahal kalau wortel dibuat minuman atau masuk dlm sup, tak suka 🤭.

Ramaaaai juga yg hadir. Semoga uwan selalu diberikan kesehatan, dan rezeki yang berkah. 🙏🙏