Pertemuan Tidak Diizinkan Oleh Allah
Assalamualaikum....
Selamat petang semua. Baru je makan spaghetti bolognese. Abah tiada, pergi luar daerah. Tinggal 2 orang termasuk saya dan mak. Jadi makan pun cincai. Emak pun belum balik kerja dan sejak mak naik pangkat memang takde makan tengah hari di rumah. Saya pun suka hati jer nak makan kul berapa sebab tinggal kat rumah sorang.
|
Pandangan mata berbeza. |
Berzaman janji dengan seorang chatter dari Kedah. Haha hari ini dia turun Melaka. Itupun kalau ada rezeki nak jumpa. Saya dengan kekangan tiada kereta, dia pula kekangan rombongan kerja maka pasrah dan faham jika tidak jumpa. Itulah kita merancang, Allah tentukan. Kadang-kadang tidak merancang mudah pula menjadi. Jadi tiada kecil hati kalau rezeki dan reda Allah belum mengizinkan pertemuan walaupun telah lama mengenali. Punyalah lama, kenal ketika saya di Bandar Seri Putra, Selangor. Saya agak memang kami bukan dalam golongan yang akan ditakdirkan bertemu.
Jadi apabila kita meletakkan pasrah kepada Allah, tidak menaruh harapan tinggi maka tidaklah kecewa. Kita tidak dapat meramal masa hadapan kita. Bersedia untuk terima yang tidak disangka. Bukan bersangka buruk maksud saya, maksud saya bersedia untuk terima apa sahaja kemungkinan. Kejutan yang menyeronokkan memang indah dan pasti kita tidak mahu lupakan. Manakala kejutan yang menyakitkan maka apa yang kita boleh buat sabar menerimanya.
Selain banyak berdoa dan bersedekah semoga Allah menjauhi halangan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment