Nuffnang

Wednesday, June 29, 2011

Kembalikan Kecintaanku...




Assalamualaikum...
Kembalikan kecintaanku kepada blog pertamaku
Saya sedih betul tadi tak boleh buka blog di Friendster. Ingatkan internet semput tapi buka laman lain boleh pula. Lepas tu buka lama utama Friendster. Tengok-tengok dah lain. Uwaa dah jadi laman permainan pula, blog saya dibuang! Patutnya bagitahu awal-awal supaya saya boleh buat sesuatu pada penulisan lama saya. 
Saya tak sangka ler, ingatkan blog Friendster tu stabil takde pernah tutup macam blogspot tiba-tiba blog itu hilang tanpa khabar berita. Kusangka panas ke petang. Hait, harap-harap blogspot jangan buat macam ni.
Anda mesti cakap saya dah ada blog lagi satu tak perlu sedih sangat. Blog Friendster tu ada nilai sentimental, blog pertama saya buat. Di situ ada tulisan lama-lama, pengomen terawal, bla-bla. Malah saya sanggup kemaskini blog di sana sebab mengenangkan pembaca saya di sana. Uwaa entah mereka tahu lepas ni nak baca blog saya kat mana. Pasrah jerla saya kehilangan pembaca di sana. Harap-harap mereka tahu cari dan kepada yang saya tahu ada membaca blog di sana, saya ada beritahu blog ini. Moga mereka selesa baca di sini. Yelah tempat lama lagi dikenang, tentu mereka lagi suka nak baca di sana kerana ringkas sesuai untuk tujuan membaca dan memberi komen kalau ada.
Oklah nak tenangkan hati, belajar terima hakikat. Berdoa selagi mampu mana tahu kembali semula blog tersebut dengan izinNya. Jumpa lagi.














2 comments:

eLham Hardy said...

Just Logged in to Friendster & to my suprise that the site had totally changed. aku rasa sgt frust sebab blog aku since 2006 dalam friendster semua dah lupus dalam tuh,...sekali dgn gamba2,.. really aku kecewa. Dah tak leh nak retrieve balik dah semua penulisan aku dalam tu. Waaaaaa!!!!! Kita senasib.......

NA said...

Tulah rasa nak hempuk je pentadbir laman Friendster tu. Kalau nak ubah, bagitahu la kat penulis blog supaya boleh buat salinan ke atau alih data-data. Hilang camtu je, saya menulis sejak 2005 tapi masa tu macam biskut.