Nuffnang

Sunday, June 12, 2011

Hadiah Lesung Batu Daripada Jamie Oliver. Suka Tak?



Assalamualaikum...

Ok seperti tajuk di atas, kalau Jamie Oliver menghadiahkan anda dengan lesung batu yang pernah dia gunakan untuk menumbuk bahan-bahan masakan anda suka tak? Mesti suka dan terharu kan terima pemberian tersebut. Kecuali kalau anda tidak suka memasak ataupun seorang yang tidak suka pada Jamie Oliver. Haha.

Itulah hadiah yang diterima oleh Callum dan Jonathan dalam siri 2 episod 54 Masterchef Australia. Sesi belajar masak secara peribadi dengan Oliver dan akhir sesi Oliver bermurah hati menghadiahkan lesung batu kepada mereka. Oh! Ya, Callum menang cabaran minum teh ala English (mereka di London) yang pencuci mulut atau manisan semua kenit-kenit macam makaron. Aha Callum buat makaron ungu dengan inti krim mentega dan rasberi. Sangat comel ok. Kalau nak tahu, gambar seperti di bawah, saya cari di google.

Violet Macaroons With Raspberries And Butter Cream






Cetakan skrin pada pc saya: makaron dalam dulang 3 tingkat


Cetakan skrin juga: Demo masakan



Cetakan skrin: Lesung batu pada tangan masing-masing. Hehe

Comel kan? Mula-mula dia buat kepingan makaron tu tak jadi, kena buat kali kedua baru jadi kepingan tersebut. Callum menang cabaran ini maka dia memilih Jonathan yang juga peserta yang dipilih antara 3 pastri terbaik.

Ok bertukar kepada cerita lain. Hari ini tiada jemputan kenduri kahwin maka bersenang-lenang di rumah merehatkan perut. Haha semalam makan 3 kali untuk makan tengah hari sahaja sebab 3 kenduri kahwin dihadiri. Rasa kembung perut.

Lagi satu perkara ialah artikel mengenai Gold Coast Morib ada disiarkan di Utusan Malaysia semalam.  Boleh klik di sini bagi sesiapa yang berminat untuk pergi ke sana.

Akhir sekali, sebelum tulis tulisan ini, pergi dapur ambil coklat yang mak buat berbentuk buah strawberi. Ada 3 elemen/perasa dalam buah strawberi itu iaitu strawberi (merah jambu), coklat dan hijau (pandan). Mak tanya pendapat saya tentang rasa. Saya cakap sedap sebab ada manis, masam dan wangi. Mak tambah rasa tak seimbang lagi. Aha rasa masam pada strawberi kurang jadi lain kali buat akan lebihkan untuk tambah coklat perasa strawberi. Saya cakap memang sedap kalau satu makanan itu ada manis, masin, masam dan pahit. Hehe.Inilah pengaruh rancangan masakan yang selalu tekankan hal tekstur dan rasa mesti pelbagai. Sayang gambar tiada nak tunjuk coklat buah strawberi itu.

Eh lupa, Y sekeluarga termasuk Dak Bubut dah balik. Uhuks rindu nanti dekat budak itu. Nampak saya je, kaki menggeletek (Dak Bubut meniarap), suruh saya angkat dan dirikan dia.Suka benar Dak Bubut tu berdiri dan cuba berjalan.

Ok itu aje coretan hari ini. Jumpa lagi....

No comments: