Nuffnang

Wednesday, June 8, 2011

Perbandingan Masterchef Australia Dan Masterchef US


(Hari ini saya nak jadi pengkritik siri Masterchef,ehem)

Assalamualaikum...

Saya sekarang ni tengah asyik tengok Masterchef versi Australia dan US. Masterchef Australia mula-mula secara tidak sengaja tengok di siaran Star World. Lepas tu rasa seronok pula. Sayang pula episod awal-awal saya tak tengok. Kalau Masterchef Australia ni banyak episod, lebih kurang 84 episod, peserta pun ramai lebih 20 orang untuk bertanding tapi kalau Masterchef US cuma 12 ke 14 peserta aje dengan lebih kurang 10 episod.

Memandangkan lambat pula nak tengok di tv maka saya tengok secara terus daripada internet. Kalau Masterchef Australia, saya dah selesai tengok sampai siri 37 musim 2. Kalau versi US pula tengah ada musim terbaru musim 2 episod 2. Saya tak jumpa episod 1. Nanti kena cari.

Daripada segi penjurian, Masterchef versi Australia ni saya rasa kritikan mereka ni berhemah. Kritik puji dahulu baru menyatakan kelemahan. Cuma masa siri 37, masakan Aaron ni dipuji juri ke-2, tiba-tiba apabila Matt Preston pengkritik makanan merasa pasta Aaron, muka dia macam serius, kelat lepas tu cakap "disgusting" lepas tu dia angkat pinggan tu tinggi-tinggi lepas tu hempaskan ke lantai. Aaron dan peserta-peserta di belakang tu tercengang. Saya lagi la tercengang sebab tak sangka. Dah pengkritik-pengkritik sebelum tu puji. Sambung balik dia cakap "disgustingly good". Ceh hampeh je. Dia cakap sangat unik dan sedap sampai dia taknak Aaron kasi peserta-peserta lain merasa masakan Aaron. Tak logik betul alasan si Matt ni. Hentam ajelah labu. Tidak syak lagi Aaron menang "Invention Test". Manakala kalau juri US, kalau tak suka memang terus buang takde gimik kata suka. Hehe memang terus buang tak merasa. Ini dibuktikan ketika si Joe buang hidangan peserta bernama Slim terus dalam tong sampah tanpa merasa. Memang sah makanan tu teruk tidak layak dia mahu merasa. Sebelum tu Gordon Ramsey merasa makanan si Slim, tema "romance". Gordon cakap kalau awak masak makanan ni waktu kita berjanji temu, memang saya pergi tandas dan tak muncul-muncul (ini alihbahasa bukan dia cakap Bahasa Melayu pula). Haha lawak.

Elemen lain yang berbeza antara Masterchef Australia dan US ialah peserta. Peserta-peserta Masterchef Australia tak suka memburukkan peserta-peserta lain dan merendah diri. Peserta-peserta US pula, ehem faham jerla di sebaliknya ditambah ada yang mencarut apabila terjadi masakan tidak memenuhi kehendak mereka. Terlebih keyakinan peserta-peserta US ni. Apapun tak boleh salah mereka sebab budaya mereka meluahkan secara terbuka atau dengan kata lain kebebasan bersuara.

Akhir sekali, apa yang saya dapat lihat ialah siri Masterchef Australia ada kelas mengajar oleh juri-juri peserta. Maknanya kalau mereka baru harungi cabaran masakan antarabangsa. Lepas tu, siri kemudian juri tu ajar masakan antarabangsa di mana pemilihan resipi adalah berdasarkan kelemahan peserta membuat sesuatu masakan. Ini kira boleh menambah pengetahuan peserta. Takdelah asyik bertanding tanpa belajar untuk memperbaiki kelemahan. Manakala Masterchef US pula lebih kepada bersaing daripada mula sampai ke penentuan juara. Ini kalau nak belajar ketika cabaran jer tiada juri-juri tu nak ajar mereka ni masak secara nak buat demonstrasi masakan. Belajar sendiri (self-learning). Cara ini berisiko sebab kalau salah buat atau masakan paling teruk memang terus kena singkir. Peringkat bagi imuniti pun sekali jer dalam Masterchef US. Kalau dalam siri versi Australia tiap-tiap minggu. Apapun mencabar juga untuk mendapatkan imuniti sebab kena menang lawan chef yang profesional. Memang susah nak menang. Hehe.

Itu aje ulasan saya berdasarkan siri-siri yang saya dah tengok. Saya lagi suka tengok Masterchef Australia daripada Masterchef US punya. Harap-harap versi Malaysia yang akan diterbitkan tidak lama lagi, sirinya lebih bagus dan tambah elemen yang lebih menarik.

Jumpa lagi.


No comments: