Nuffnang

Wednesday, September 28, 2011

Kita Tak Selamanya Berada Di Bawah Apatah Lagi Di Atas


 بسم الله الرحمن الرحيم

Kita tak selamanya berada di bawah apatah lagi di atas. Lumrah alam. Orang baru akan bertukar menjadi orang lama. Orang lama akan menjadi usang dan terpaksa menerima hakikat diri akan digantikan suatu hari nanti. Bak kata pepatah "patah tumbuh hilang berganti". Itulah lumrah yang tak dapat disangkal. Kita tak selama-lamanya abadi di dunia kekal dengan kecantikan/kekacakan apatah lagi segala-gala tentang kebanggaan dunia.

 
Maka tak perlulah berbangga sangat dan merasa megah apa yang kita ada kerana benda-benda tersebut akan musnah dan berpindah pada orang lain. Kita takkan dapat bawa ke kubur. Tanam bersama pun memang tiada gunanya.

 
Sama ada kita di atas atau di bawah, harap-harap kita sentiasa ingat dan sedar hidup untuk berbakti dan beramal bukan untuk menghancurkan diri, orang lain, binatang mahupun alam sekitar.

 
Sekadar untuk renungan diri ini yang pernah berada di puncak sebuah kejayaan yang pernah orang impikan sebelum ini. Jumpa lagi.



12 comments:

zareliqa afiqa said...

kak wina~ belum tido ag?hehe,
betul2.bila kita berada di atas kena lar slalu ingt yg kita tak selamanya berada disitu. :)

NA said...

@Iqa: Lum lagi tidur.

Izyan Kaher said...

so true !! :)

IAMZAILIEN said...

tajuk usrah saya ni...hidup tak selalu indah

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Oleh itu buat baik berpada pada,buat jahat jangan sesekali bila memandang bintang dilangit jangan lupa rumput dibawah...

abghani said...

bila berada di atas kita mesti ingat org dibawah.

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Dan bila memandang bintang di atas jangan lupa rumput dibawah..jgn sesekali menghina insan yang melarat serta merempat sebaiknya hulurtangan dan pimpin lah ia....

aamalinaazman said...

hmmm
betol2 tu kak
aduhaii..ckp pasal ni..teringat pasal keje ni
aduhaiii
bile kapan mahu menjdi pekerja...
huuuuuuu
akak...tenoonnnn!

KaK LimAh Si SupiR said...

betol 2..hidop bagai roda..sekejap atas kejap bawah..bukan setiap mase pd tmpt yg same ^_^

NA said...

@Izyan: Terima kasih komen.

@Puteri Aisyah: Tak sabar nak baca usrah awak.

@Hira: Ingatan untuk diri ni gak.

@Yusuf: Kesimpulannya jangan sombong pada orang.

@Abghani: Selalu kena ingat.

@Mimito: Moga cepat dapat. Akak Wina doakan.

@Izzuddin: Yer Encik Sedap.

@Iema: Dia akan jatuh terjelepok juga. Orang suka condemn ni tak disukai orang.

@Kak Limah: Terima kasih komen.

maszull said...

salam wina...biasalah tu wina mmg ada masa kita kat atas dan ada masa kita kat bawah plak...moga kita dpt meneruskan hidup ni seperti biasa...:)

NA said...

Mama Maszull: Salam mama, tulah kat atas ke kat bawah ke, kita mesti ingat siapa diri kita :)

Terima kasih semua yang komen.