Nuffnang

Wednesday, May 6, 2020

Syukur: Cabaran Kesyukuran Hari 10-13

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mari kita sambung cabaran untuk hari ke-10 hingga 13.

Cabaran Puasa Hari Ke-10: What tradition are you grateful for?

Tradisi. Puas saya fikir tradisi yang saya syukuri. Tak terfikir sangat. Cuma saya rasa tradisi balik kampung tu yang saya syukur sangat sebab saya masih ada Uwan lagi. Uwan ni emak kepada mak saya. Alhamdulillah.

Cabaran Puasa Hari Ke-11: What colors are you grateful for?

Warna kegemaran saya: biru, hijau dan hitam. Syukur dapat lihat perbezaan warna.

Cabaran Puasa Hari Ke-12: What are your senses are you grateful for?

Semua. Saya bersyukur saya dapat merasai semua deria. Tak dapat bayang kalau pincang salah sesuatu terutama deria untuk merasa sakit.

Cabaran Puasa Hari Ke-13: What seasons are you grateful for?

Saya tinggal di Malaysia. Tiada 4 musim ya. Ada cuaca panas dan lembab serta hujan. Syukur dengan cuaca panas, saya tak perlukan pengering baju. Saya memang seorang yang tak tahan sejuk. Jadi Malaysia memang sesuai untuk saya tinggal. Saya dah cuba duduk di negara 4 musim tapi tak boleh. 

P.S: Menulis ketika bersahur. Selamat bersahur. Jangan lupa doa banyak-banyak waktu begini





24 comments:

Seorang Syed said...

Rindu juga tradisi balik kampung and kumpul ramai2
tapi this year macam a bit impossible nak buat.

ray said...

I wrote mine inside a book

OKje said...

Sedih jugak kalau tak dpt balik kg tahun ni, kesian mak ...

Khairul Krol said...

Banyak benda yg boleh kita syukuri =)

Mrs. A said...

Kalau Mrs. A syukur sangat masih ada tradisi kunjung-mengunjung dikalangan keluarga, saudara-mara rapat, adik-beradik, ipar-duai. Risau kalau terhenti suatu hari nanti anak-anak tak kenal sedara mara sendiri pulak dah

Etuza said...

PKPB longgar dah kan..cuma kena jaga diri ya

Semut Senyum said...

Assalamualaikum. .. bila baca entri ni, buat SS sedar sebenarnya banyak perkara yang kita boleh bersyukur dlm hidup ni, yang kadang2 terlupa nak bersyukur walau perkara2 kecil sebenarnya memberi makna yg besar buat kita. Terima kasih utk perkongsian yang bermanfaat ni.

Himawan Sant said...

Betul, kita harus dapat belajar bersyukur hal sekecil apapun.
Termasuk bersyukur mata kita masih dapat mengenal jenis warna dengan baik.

Nana Liena said...

Lama dah saya tak balik kampung. 😅 Kampung dekat Perak sana tu. Tinggal opah je. Belah mak. Belah abah tak ada siapa. Abah pun dah meninggal. Huhu

Hans Hanis said...

selamat berpuasa penuh

nohas said...

Amalan tradisi kunjung mngunjung, bersalam-salaman, nmpknya x dpt diamalkn tahun ni..

Nor Azimah Ali said...

Tradisi? Hmmmm..tiap kali puasa mesti nak masak bubur lambuk sendiri utk sedekah kt jiran2,cuma tahun ni tak buatlah.
Dah makin tua ni akk lebih suka kaler grey2 gitu, dulu2 suka sgt pink dan pic .
Akk pun syukur dilahirkan di bumi malaysia bertuah ni, sbb akk puntak tahan dgn cuaca sejuk atau panas melampau. Apa yg Allah beri tu sesuailah dgn diri kita kan.

sobri yaacob said...

assalamulaikum

yup tradisi yg kita amlkan trun temurun
tapi tahun ini mungkin akan sedikit berbeza
amalkan norma baru

Tengku Sofia said...

Salam Ramadan. Dah malam ke15 dah. sekejap aje

Roni said...

Waahh tak sabar nih nak jumpa hari raya ke..

Puan Hazel said...

Tradisi bertukar juadah Ramadhan antara yang sangat sy hargai. Alhamdulillah w/pun tinggal di bandar, tradisi ni masih dapat diteruskan bersama jiran-jiran.

nayfatimahrasyid said...

Tahun nie tak der balik kg😭😭

amerjaya said...

blogvisiting. bertabahlah. saya pun beraya di perantauan :D

dorsett pink said...

Samalah dengan saya tak tahan sejuk.hihi

Azhafizah MN said...

tradisi balik kampung tak ada tahun ni tapi tetap bersyukur stay di Malaysia :)

adianiez AIDA said...

betul la. aida setuju.
tradisi balik kg. i love it.
terutama time aidilfitri dan aidiladha.
berkumpul. makan2. borak2. happening!
eratkan sillaturrahim tu kan something yg dituntut dlm islam.

SalbiahM said...

Bila tak dapat lakukan perkara2 lazim kita lakukan sewaktu ramadan dulu2 rasa macam banyak benda kita took for granted kan

Nina Mads said...

Selagi masih ada kg wajib balik.. berkumpul ramai2.

Nur said...

Warna kegemaran kita sama. Saya tambah satu lagi, coklat. :)