Nuffnang

Monday, December 28, 2020

Lawar Bachang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
 
Julung-julung kali semalam saya dapat makan lawar bachang di kenduri sepupu saya bertunang semalam. 


Buah Bachang



Maklang banyak bawa buah bachang. Maka keputusan untuk buat lawar. Pertama kali tahu dan makan lawar bachang.

Lawar bachang terdiri daripada bachang ditakik pada buah, bawang besar dihiris, cili besar dihiris, sedikit belacan, lada hitam halus dan santan (sama ada dimasak atau guna air masak) dan garam secukupnya. Macam kerabu cuma beza ada lada hitam dan belacan. Kerabu pula guna kerisik.


Lawar Bachang



Rasa ada manis, masam dan wangi daripada bachang. Bolehlah pada tekak tapi sekadar merasa. Hehe. Belum ada rasa suka.


24 comments:

Kakmim said...

baru jugak tau lawar ni... sbb ada letak santan.. kalau letak cili dan belacan tu selalu jugak

Azhafizah MN said...

Pertama kali tahu menu lawar bachang. Unik cara penyediaan dia tu. Menarik untuk dicuba. Okaylah dah cuba rasa tu kak wina :)

Nor Azimah Ali said...

Agaknya bacang lebih sesuai dibuat lawar. Tapi mangga muda lebih sedap dibuat kerabu ye tak

Mrs. A said...

Mrs. A ingatkan yang ada santan jadikan kuah tu.
Macam kerabu mangga terliur tengok hiks!

mama tisya said...

pernh mkn juga..sedap

The Redza Channelz said...

Benda baru untuk saya, tak pernah makan.
Nampak macam mangga.

Syaz Rahim said...

terliur betul tengok!

nohas said...

pertama kali dgr lawar bacang...kecur ailio..

Farrah MF said...

Pertama kali dengar tentang lawar bacang ni. Nampak menyelerakan!

Nur said...

Macam boleh tambah selera ni, kalau takde selera makan nasi.

yonosoymillenium said...

nunca había visto esta comida. 🎄🎄🎄 FELICES FIESTAS 🎄🎄🎄

Atie Zieya said...

oh no, i tak pernah makan or tak pernah dgr pun buat ni .. huaa ketinggalan zaman betul

mama sara nur said...

pertama kali tgk

norhidana said...

kira mcm kerabu jugak ni yek kak... tak pernah jumpa tapi mesti sedap sebab bacang tu pun dh sedap

Nour Adieb said...

Pes time tau tentang mknn ni. I is teruja!

dear anies said...

lamanyaaaa x mkn niiiii.... sbb susah nk jumpa bacang skrg...

SalbiahM said...

Menarik. Tapi ada belacan cannot la. Hidung tak tahan

Azian Elias said...

sipi2 kerabu lah ek..

NA said...

Haah tukar kerisik dengan jantan dan lada hitam.

Siti Yang Menaip said...

belakang rumah arwah tok di penang banyak pokok bacang tapi sayang cucu dia x reti makan sangat. rasa dia lain sikit dari mangga so saya kenot go.. makan tu makan tp seulas dua.. hehe..

Nina Mads said...

tak pasti lawar bacang dr negeri mana tp memang di rumah suka buat sambal buah bacang makan dgn nasi panas2

Litah L said...

Tengok macam sedap ja tu

adianiez AIDA said...

lawar.
first time dgr.
tq for sharing :)
nampak sedap aje tu, wina.

nona sani said...

x pernah makan dan tahu namanya..err.. cam teringin gk