بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pertama kali dengar nama Nasi Kukus Tonggek. Nama yang sangat menangkap.
Kotak makanan dengan slogan yang boleh kita tersenyum. 'Make Nasi Kukus Tonggek Great Again.'
Pertama kali juga merasa Nasi Kukus Tonggek Pece Lele. Ia disertakan sambal (dalam kotak) dan kari kosong. Rasa bolehlah. Tiadalah sedap sangat sebab pernah makan lagi sedap. Sambal pun tidak pedas dan nasi kukus itu pun macam tiada beza makan nasi biasa.
Bolehlah sesiapa hendak cuba. Rupanya popular dan banyak outlet Nasi Kukus Tonggek. Siapa pernah makan?
34 comments:
Nasi Kukus ikan keli kan tu macam Wong Solo ek. Tonggek tu biasa untuk rojak tonggek walaupun belum pernah cuba rojak tonggek tapi betul la berdiri kat food truck tu, posisi seakan, kan hehe
Kat kl ada tp x pernah rasa lagi hehe.. Tonggek tu sempena apa la agaknya ye?
Itulah tengok ikan keli itu tiada terangkat(tonggek) Mungkin untuk pemasaran sahaja, tarik perhatian sebab perkataan itu macam provokatif.
Oh! Memang tonggek ye... ingatkan salah eja tenggek.
macam-macam cara nak menjual produk ya. teringin jugak nak tau maksud 'tonggek' tu atau bak kata kak NA, sekadar nak menarik perhatian
Kat perlis ada juga nasi lemak tonggek ni . Dah cuba rasa memang sedap
Cheq tak pernah makan lagi ni 🧐
Kalau kt utara ni popular dgn rojak tonggek..
lelenya dibungkus tepungkah kak...nampak menggugah selera untuk makan siang ^^
Huhuhu..sepatutnya bagi la nama yg sopan sikit...
lucu pula namanya hihi
sedap.
Ini first time saya dengar pasal nasi ni. Nampak sedap lah pulak sebab saya dah sebulan tak makan nasi. hmm....
ada nampak outlet ni di foodcourt Sogo..
tak pernah rasa lg..
tk pernh rasa sbb baca review pedas so sbb tk tahan pedas tkde la nk cuba
Dulu kt Sg Petani, ada rojak tonggek. Dapat nama tu sebab makan sambil menonggek, hehehe.
Pernah dengar nama nasi ayam tonggek dan rojak tonggek. Sekarang macam dah banyak nama makanan ada perkataan tonggek tu rupanya. Rojak tonggek tu saya pernah nampak orang share video kenapa nama dia tonggek. Sebab masa makan rojak di gerai tu mesti kena membongkok macam tu. Sebab tu namanya rojak tonggek. kalau nasi pun ada tonggek, tak tahulah sebabnya kenapa. Tapi nasi kukus memang sedap makan dengan lauk bergoreng dan sambal.
Macam-macam nama makannya.. Hehe
tak pernah makan. biasa tgk brand ni.
Macam pernah nampak nama makanan tonggek ni tapi tak pasti makanan apa. Kalau nasi kukus tonggek, tak pernah lagi makannn. Rasa lucu jap bila tengok nama nasi kukus tonggek ni hehehe.
saya pun baru pertama sekali dengar ..
teringin juga nak cuba
Baru tahu ada nasi kukus tonggek. He he
selalu nmpk kat dlm JJ tp x penah try
Kemain catchy namanya ye :)
Biasa dengar tapi belum pernah beli. Sama macam nasi kak wok dan seangkatannya - ada nasi, sambal, kuah kari, timun.
Tacodddd nama dia haha unik sangat. Tak pernah dengar ni pertama kali. Kalau di penang ada rojak tonggek
xpernah try lg nasi kukus tonggek..
biasa mkn yg xtonggek aje.. haha
Macam-macam nama orang guna sebagai strategi pemasaran sekarang ni. Tetapi, produk pun mestilah hebat sama supaya orang terus hendak beli pada masa akan datang.
Dah byk org jual kan..rasa pun berbeza-beza..ada sedap ada xsedap..normal lah..asal berbaloi kuantiti dgn harga :)
Penah beli dulu kat Aron. Sedap juga rasanya
pernah makan di KL..tapi nasi kukus tonggeknya lain..nasinya dibubuh dalam bekas silinder tinggi..nak makan kena tanggalkan silinder tu keluar, maka nampak lah nasinya seakan tertonggek atas pinggan tu hahahaha
Tak pernah makan lg nasi ni. Menarik nama menu ni. Hidangan pun simple
Penah beli kat aeon shah alam.. sedap gak
kalau pergi JJ kena pergi dgn perut kosong so bolehlah singgah kedai ni nanti hehehe
Post a Comment