Nuffnang

Saturday, April 16, 2022

Pemberian Moreh: Bungkusan McD

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Melepasi Jumaat ke-2, alhamdulillah terima rezeki daripada pihak McD sumbangan makanan moreh. 

Lumayan juga Masjid Al-Alami MITC terima infaq daripada orang perseorangan atau syarikat. Sama ada dalam bentuk duit atau makanan. Tidak sangka McD sediakan pek kertas coklat McD berisi  burger ayam dan pai ayam. Tapi sayang ramai terus balik tidak ambil pek. Lagi satu mungkin lambat kenderaan McD sampai ke kawasan tempat khemah. Witir habis dalam pukul 10 malam.

Apapun emak ambil 4 pek. Tidak makan di khemah.

Burger ayam dengan burgernya bentuk hati, sedikit sayur salad bersama mayonis.

Pandangan Dari Atas Burger Ayam McD



Pai epal. Lama tidak makan.

Pai Epal McD



Terima kasih Allah dapat rezeki tidak disangka. Memang boleh sendiri tapi dapat percuma memang menyeronokkan. Makan ketika buka esok jawabnya yang ada lebih.

Jumpa lagi. 

27 comments:

Ako Retna said...

Alhamdulilah rezeki moreh

Shikin Razali said...

Alhamdulillah, semoga murah rezeki si pemberi.. Saya pun dah lama tak makan pai epal...

Muhammad Naim Abdullah said...

Alhamduillah ,rezeki tu.

Amie said...

Rindu nak makan pai epal McD.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Rindu pineapple pie.. tapi kat sini cuma jual apple pie di Mc D.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Betul tu, PC.. walaupun boleh beli sendiri, tak sama nikmatnya jika diberi. Apa lagi nikmat orang yang memberi, kerana boleh di buat bekalan 'di sana' nanti.

nona sani said...

Wah... Rezeki.. burger bentuk hati... lagi wahhhhh....

K.A. said...

Sedapnya apple pie mcd.

Carneyz said...

Alhamdulillah rezeki dapat mcd. Sedapnya apple pie.

Nur said...

Wah, McChicken dan apple pie. Alhamdulillah, rezeki.
Kenapa la dekat masjid rumah saya ni takde moreh camni. Hehe..

syuhada salleh said...

Alhamdulillah, murah rezeki..

Ujie Othman said...

Alhamdulillah…sedap makan pai tu panas-panas.

NadiaJamhari said...

Teringat zaman puasa dekat Universiti dapat McD. Biasalah student makanan free macam ini mestilah excited

fairus said...

Sedap le dapat moreh McD..

mama sara nur @ Cik Nor said...

Wahh rezeki dpt mcd
suka pie nenas sini

Puan Hazel said...

Alhamdulillah, rezeki McD ye...
Epal pie tu lama sangat tak makan.

dear anies said...

tuuu diaaaa moreh mcd gituuu

SalbiahM said...

Alhamdulillah. tak pernah lagi dapat moreh fast food. sedapnya apple pie tu. lama tak makan.

Mbul Kecil said...

nampak lezat kak na pie apple dan pie ayam...mbul belhm pernah coba makan pie mcd...seringnya menu paket ayam dan burger yang sudah ada omelet telurnya...juga sundae...^^

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..memang lumayan moreh kalini. Rezeki dapat merasa. Semoga Allah limpahkan rezeki buat si pemberi. Aamiin...

Yaya Mohd said...

Asaalammualaikum..=)

Alhamdulillah rezeki. kalau yaya pun seronok dpt makanan free..hehe

nohas said...

bestnya...dpt moreh mekdi..

mama tisya said...

wah mrezeki moreh mcd...alhamdulillah

mrhanafi said...

wah...rezeki besar buat awak dam ke;uarga tu....syukut ya

mamapp said...

Wah bestnya. Moga murah rezeki yg BG tu

babYpose said...

Bagusnya pemberi tu, moga bertambah rezeki buat penerima dan pemberi. Aameen.

Nina Mads said...

murah rezeki. bukan calang2 makanan yg diberi