Nuffnang

Wednesday, April 6, 2022

Perumpamaan: Perumpamaan Yang Ada Dalam Surah Al-Baqarah.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dalam al-Quran terdapat banyak perumpamaan

Surah Al-Zumar ayat 27:

Dan sesungguhnya, telah Kami buatkan di dalam al-Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka mendapat pengajaran. 


Antara ayat-ayat yang mengandungi perumpamaan

Ayat 17

Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, Allah menghilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, mereka tidak dapat melihat.

Ayat 18

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).

Ayat 19

Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap-gelita, guruh dan kilat, mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya kerana (mendengar bunyi) petir, sebab mereka takut mati. Dan Allah meliputi orang yang kafir.

Ayat 26

Sesungguhnya Allah tidak segan atau malu membuat perumpamaan berapa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu. Apapun orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka tetapi bagi mereka yang kafir menyatakan
" Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan? "
Dengan perumpamaan itu, ramai orang disesatkan Allah dan dengan perumpamaan itu (pula) ramai orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang yang fasik.

Ayat 171

Dan perumpamaan (orang yang menyeru) orang kafir adalah seperti penggembala yang memangg binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja. Mereka tuli (pekak), bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti.

Ayat 261

Perumpamaan  (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkap, pada setiap tangkap seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendakil. Dan Allah Mahal Luas (kurniaNya), lagi Mahal Mehlngetahui.


Ayat 265 Surah Al-Baqarah



Ayat 265

Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana Mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka seperti sebhah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda.
Jika hujan lebat tidak meniraminya, maka hujan gerimis (pun memasak). Dan Allah Mahal Melihat  apa yang kamu lakukan.

Benar kata Allah

#########################

Ada tidak perumpamaan dalam Al-Quran yang korang biasa dengar?


9 comments:

SalbiahM said...

ada juga, tapi tidak ingat dengan tepat struktur ayatnya untuk dikongsi di sini. ada perumpaan supaya manusia lebih senang faham kan. selamat mentadabbur Quran di bulan mulia ini

babYpose said...

MashaAllah seronok baca.. terjumpa yang dari dalam bilik syurga boleh nampak luar jauh, dari luar jauh kedalam tapi tu dari hadis, (suka sebab suka lihat luar melalui tingkap) Tapi yang dalam quran 13:35 yang di bawah :


Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa (ialah seperti taman), mengalir di bawahnya sungai-sungai; senantiasa berbuah dan teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang yang bertakwa; sedangkan tempat kesudahan bagi orang yang ingkar kepada Tuhan ialah neraka.



mamapp said...

alangkah indahnya perumpamaan dari alquran ini

NA said...

Tq kongsi. Saya boleh rujuk balik :)

dear anies said...

yang selalu saya dgr dan ingat sampai sekarang ttg perumpamaan cahaya Allah. terjemahannya begini:

"Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api."
(an-nur: 35)

NA said...

Pernah baca. Kena faham betul-betul ayat yang ini. Tq kongsi yang Anies tahu.

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Terima kasih untuk perkongsian yang sangat bermanfaat ni..

Azhafizah MN said...

Suka dengan perumpaan syurga yang biasa dengar dalam ceramah. Indah rasa bila dibayangkan. Terima kasih untuk perkongsian ni kak.

Amie said...

Terima kasih perkongsian ini. Dapat dimanfaatkan bersama sebagai ilmu Allah.