Nuffnang

Saturday, April 2, 2022

Selamat Berpuasa Dan Beri Buku Secara Percuma

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar sudah masuk Ramadhan 1443 H.

Hari ini juga secara rasminya saya lepaskan buku penulis hlovate pada mereka yang inginkan hari. Alhamdulillah dapat juga beri. Rancang dari tahun lepas. Memang sesiapa berminat dengan buku-buku yang saya beri kena datang sini. Saya beri secara PERCUMA. Terpulang yang ambil daripada saya untuk baca atau jual selepas itu.

Buku: Mencari Suami, Kopi Susu Sepatu Biru, 5 Tahun 5 Bulan Dan Rooftop Rant



Kalau hendak tahu lama saya iklankan pasal beri buku-buku. Tahun ini buku-buku dinyatakan ada tuan baru.

Mungkin saya hendak tambah buku-buku untuk diberi percuma terutama buku Bahasa Inggeris. Ada yang minat hendak dapatkan buku daripada penulis Sophie Kinsella atau Enid Blyton? Atau buku-buku alihbahasa kanak-kanak penulis Enid Blyton? Memang buku lama. Haha.

Berminat untuk dapat buku-buku yang dinyatakan atau yang tinggal seperti pautan di bawah, boleh emel saya. Terima kasih.


29 comments:

Tiara Sapphire said...

best buku hlovate sampai sekarang nampak kat fb ramai yg masih cari buku hlovate.

fairus said...

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Maaf zahir dan batin.

SalbiahM said...

Rooftop Rant tu memang best. selamat berpuasa kak NA. novel Enid Blyton menarik juga

babYpose said...

Salam Ramadan dear sis NA, maaf zahir batin. Bagus buku-bukunya, baru ni madrasah buat kempen membeli buku agama terpakai. Rasa RM3 untuk 100 mukasurat.. Maaf terpanjang komen hehe.. Selamat berpuasa.

Syazni Rahim said...

Selamat menyambut ramadhan :)

Yuslina Ghazali said...

selamat berpuasa... saya suka juga baca buku ni. kalau ada bleh la bg tau ea

Khamsi Abdullah said...

Salam ramadan dan selamat berpuasa.

Ujie Othman said...

Selamat menyambut Ramadan NA.
Saya belum pernah baca karya Hlovate. Tapi kat medsos memang ramai yang kata best dan ramai yang mencari. Harga jualan buku terpakainya juga agak tinggi.

nohas said...

Selamat berpuasa NA..

Enid Blyton..lama tu, zaman kanak-kanak dulu..

Ako Retna said...

Selamat berpuasa NA... Enid blyton mmg best!!

mrhanafi said...

satu tawaran yang sangat bagus..

moga dipermudahkanb segala urusan

nona sani said...

Wowww..tapi saya dah tak baca novel sangat dah..Huhu

norhidana said...

Dulu-dulu masa muda sikit suka jugak baca buku hlovete ni...
selamat berpuasa kak

Nur said...

Semoga bertambah murah rezeki NA, bagi buku percuma pada sesape yang berminat.

dear anies said...

belum pernah baca lg mana2 karya hlovate

dear anies said...

p/s salam ramadan ke 2 NA!

Pencarut Keji said...

tak sangka dunia "blogger" masih terapung di alam maya..

Puan Hazel said...

Selamat berpuasa NA :)
Enyd Blyton... buku2 lejen tu...

Bola Katok said...

Salam Ramadan 2022.

Author lejen ni.

Suria Amanda said...

Salam Ramadhan Al Mubarak....selamat menyambut puasa...X pernah lagi baca karya hlovate..mesti best kan...

Nina Mads said...

Buku2 lama ni dr zaman sekolah dh baca. Semoga murah rezeki. Selamat berpuasa bt akak sekeluarga

Ana Jingga said...

selamat berpuasa NA

Sha Mohamed said...

Selamat berpuasa.. Menarik tajuk bukunya..

Mrs. A said...

Selamat berpuasa NA.
Baru tahu NA ada beri buku secara percuma.
Semoga berjalan lancar

mamapp said...

wah menariknya bagi free je na.. semoga semua buku bertemu tuan baru

Cik TK said...

Salam Ramadhan, selamat berpuasa kak NA!

Sy tak pernah baca karya Hlovate walaupun masa dulu ramai kata best

mama tisya said...

salam ramadhan

Azhafizah MN said...

Tak terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. Saya ada buku Sophie kinsella confessions of a shopaholic. Itu pun dah lama beli tak habis baca. Bagus akak bagi buku percuma.

Amie said...

Selamat berpuasa NA. Belum pernah baca buku-buku itu.