Nuffnang

Sunday, January 4, 2026

Terima Hadiah Top Commentators 2025 Daripada Blog Secawan Kopi, Sekebun Cerita

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...



Alhamdulillah konsisten komen di blog Nur sepanjang 2025 maka menjadi orang ke-2 yang komen terbanyak. Semua dengan izin Allah jua bagi kelapangan dan kemudahan untuk saya rajin komen blog Nur. Bukan semua blog saya rajin komen.

Top Commentators-292 Komen



Cepat betul barang yang Nur pos guna PosLaju sampai. Saya bagi maklumat peribadi hari Khamis, Nur pos hari Jumaat dan semalam (Sabtu) pagi sampai. Cuma saya tiada di rumah kerana balik kampung maka hari ini baru dapat buka parcelnya. 

Beg Kecil Dengan Nota Terima Kasih 



Mula-mula buka nampak beg kecil dan nota terima kasih. Ingatkan itu sahaja. Beg ini banyak zip. Macam beg doraemon. Seluk-seluk setiap bahagian ada isi.

Dari Kiri: Buku Perancang 2026, Tudung Bawal Hijau, Beg Duit Pangkor, Bekas Makanan. Tengah Nota Terima Kasih



Seluk sekali lagi di poket lain tengok ada rantai kunci comel dan berbulu lembut.

Terlupa Ambil Gambar Beg Coklat. Barang-Barang Yang Dapat. Tengah Berwarna Merah Jambu Ialah Rantai Kucing Comel



Terima kasih Nur atas susah payah menghantar, membalut dan beri ingatan kasih sayang barang yang dihantar. Ada makna setiap barang yang diberi. Semoga Allah murahkan rezeki Nur dan dirahmati Allah sekeluarga.

P.S: Benda saya hendak, saya dapat. Segala Puji Bagi Allah.
Teruskan rasmikan buku perancang itu.

Saya sudah terima 2 kali sebagai tukang komen utama pada tahun 2020- klik SINI dan 2024- klik SINI. Jadi ini yang ke-3.
Harap ada rezeki lagi untuk jadi tukang komen utama tahun 2026. Amin.



10 comments:

Tot said...

Terima kasih, NA, selalu datang ke blog saya dan tinggalkan komen. Alhamdulillah, selamat sampai ke tangan NA. Tergelak pula baca, macam beg doraemon. 😁

Warisan Petani said...

Alhamdulillah, rejeki dapat hadiah

Ujie Othman said...

Wah….macam-macam ada! Tahniah Na 👏🏽
Lagi seronok, dapat pula benda yang diperlukan ya 😀

Roziah @ Cie said...

Alhamdulillah tahniah. Meriah hadiah tu.

adnil linda said...

Alhamdulillah..rezeki tu...

Fajarwalker.com said...

Wah, tahniah ya dapat hadiah kak.
Kalian para blogger Malaysia memang hebat-hebat. Interaksinya hidup, dan yang rajin tinggalkan komen pun dihargai sungguh.
Berbeza dengan kebiasaan blogger di Indonesia sini, selalunya agak cuek-cuek saja, ahahaha.

Suria Amanda said...

Tahniah NA...sama la SA pun dah dapat hadiah dari Nur

notie said...

Alhamdulillah kadang apa juga kehendak hati Allah dengar cuma bagaimana dan macamana kita akan dapat hanya Allah sahaja yang tau. Tahniah

Aida Deqsu said...

tahniah NA.. ramai gak yg dapat hadiah dr blogger ni ye.. semoga dia dimurahkan rezeki selalu

Mrs. A said...

Tahniah NA
Selamat tahun baharu 2026