Nuffnang

Tuesday, July 19, 2011

Dalai Lama Di Dapur Masterchef Australia



Assalamualaikum...

Siapa peminat Masterchef Australia di kalangan pembaca blog saya? Angkat tangan. Hehe. Akhirnya saya dapat kejar ikuti siri terkini iaitu episod 67 siri ke-3. Temanya ialah makanan 'vegetarian' dan tetamu istimewa ialah Dalai Lama.

Apabila tengok hidangan yang disediakan peserta, semua nampak sedap dan lazat. Siapa kata makanan 'vegetarian' tak menyelerakan?

Hayden- Mi Jepun Berkuah Dengan Cendawan Shitake
Alana- Makanan Timur Tengah Tajin Dengan Roti
Dani- Kari Sri Lanka Dengan Roti
Billy- Ladu Berintikan Cendawan Dan Daun Ketumbar
Michael- Tortellini Keju Kambing Bersama Krim Ubi Ungu Dan Sup Borscht
Kate-Puding Kelapa Bersama Manggis Dan Pekatan Kuah Ketumbar
Allie- Gnocci (hidangan tak jadi, hidang gnocci yang terlebih tepung)

Ok layan skrin dicetak daripada pc saya siri ini. Kredit pada penerbitan Ten. Kalau nak tonton boleh buka tehcake.com. Hidangan Dani memikat hati juri dan disukai serta semestinya dimenangi oleh Dani yang bersaing hebat dengan Michael.

Dalai Lama Melawat Peserta Masterchef Yang Bertungkus-Lumus Menyediakan Hidangan Vegetarian Di Dapur


Peserta-Peserta Masuk Mengadap Membawa Hidangan Masing-Masing Diketuai Kylie Kwong Yang Mengawasi Peserta Di Dapur


Hidangan Yang Disediakan Oleh  Hayden -Japanase Noodle Consomme With Shiitake Mushrooms

Hidangan Yang Disediakan Oleh Alana- Middle Eastern Feast With Flat Bread

Hidangan Yang Disediakan Oleh  Dani- Sri Lankan Vegetarian Curry With Roti



Hidangan Yang Disediakan Oleh Billy- Buddha's Delight With Mushroom & Coriander Dumplings



Hidangan Yang Disediakan Oleh Michael- Goats Cheese Tortellini With Beetroot  Cream And Borscht Soup


Hidangan Yang Disediakan Oleh Kate- Steamed Coconut Pudding With Mangosteen & Coriander Anglaise

4 comments:

Firdaus Life said...

saya suka tgk ironchef lagi. hehe masterchef x pernah tgk

NA said...

Kak Wina pun suka gak Iron Chef :) Cuba tengok Masterchef memang Freaky akan suka

abghani said...

klu aku masuk rancangan ni aku buat rebus pucuk ubi cecah sambal asam...mesti menang..hehe

NA said...

Aha masakan Melayu pun telah sampai ke luar negara. Dani tu pernah buat sambal bro.