Nuffnang

Monday, October 3, 2011

Jangan Ditanya Pada Orang Tidak Sepatutnya Menjawab


 بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti tajuknya yang panjang kalau dipendekkan bolehlah disimpulkan sebagai jangan tanya soalan bodoh kepada orang yang tidah tahu jawapannya.

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan dalam pos sebelum ini.

Dalam pukul 2 petang, tiba-tiba Uncle Mamat bertanya pada salah seorang anak perempuannya di mana nak buat 'meeting' atau persidangan. Majlis perkahwinan belum tamat lagi. Maka diputuskan untuk bersidang secara bersila dan duduk di kerusi tidak jauh dari pelamin. Sementara nak cukupkan korum menanti semua adik-beradik abah duduk (kecuali Uncle Mamat yang sibuk melayan tetamu datang di luar) saya dan beberapa orang lain sempatlah menyibuk ambil gambar bersama pengantin.

Mesyuarat tu untuk adik-beradik abah tapi memandangkan saya tak tahu nak buat apa lagi maka saya ikut sekali mendengar bersama emak. Diikuti kemudian oleh adik perempuan, Y dan Adiva,anak saudara saya. Tukang cakap ialah Pak Ngah. Suara Pak Ngah antara dengar dengan tidak. Jadi buatlah muka pura-pura khusyuk tetapi hati tertanya apabila Pak Ngah sebut nak buat pernikahan pada 26 November ditunda kepada 10 Disember 2011. Sapa pula nak kawin ni? Hati tertanya. Dalam fikiran timbul mungkin salah seorang sepupu TAPI musykil gak sebab sampai buat mesyuarat pula.

Akhirnya tak tahan dengan rasa ingin tahu maka saya bertanya pada emak dan Y. Terlopong dan bagai tak percaya mendengar jawapan. Tidak menyangka yang satu masa terbuka hatinya untuk kahwin. Saya tak pernah tanya soalan yang bagi saya sensitif. Soalan "bila nak kahwin?" adalah soalan yang tidak sepatutnya ditanya pada orang tersebut sebaliknya ditanya kepada pembuat diri tuan punya badan. Tahu kan siapa pembuat diri tuan punya badan? Kalau tak tahu memang tak patut.

Apapun alhamdulillah saya nampak hikmahnya terkandung di dalamnya akhirnya jodoh dia sudah sampai walaupun lambat pada pandangan kita sebagai manusia yang tidak sabar. Saya seolah-olah nampak yang jodohnya sampai ketika tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa (arwah nenek dan datuk) sudah selesai. Ye arwah atuk baru sahaja meninggal tahun lepas. Dia yang menjaga arwah atuk serta sebelumnya arwah nenek (dah 13 tahun meninggal) Dia adalah orang yang akan memberitahu anggota keluarga yang lain akan kesihatan datuk. Rupanya inilah rahsianya mengapa jodoh dia lambat. Allah Mengetahui dan Memberikan tanggungjawab tersebut pada dia.

Ok dia ni ialah Makcik Minah. Rasa terkejut tu disulami mahu usik-usik Makcik Minah. Saya sebenarnya tak sangka Makcik Minah nak kahwin sebab sejak saya kecil hingga sekarang tak pernah Makcik Minah sebut pasal pakwe atau pasal dating ke hapa. Jodohnya tiba pada usia hampir 50 tahun. 

Saya terfikir semalaman mengenai Makcik Minah yang sabar jaga kedua ibubapa maka ganjarannya perkahwinannya dirancang untuk dibuat oleh adik-beradik (ditanggung). Itulah tujuan perbincangan. Masing-masing nak buat apa. Abah saya yang menjadi bendahari Keluarga Harun (nama arwah atuk) akan uruskan kewangan. 

Tak rugi berbakti kepada ibubapa dan sabar jodoh yang lambat. Cuma saya nak sedarkan kepada yang membaca tulisan saya ini tolong jangan tanya soalan bodoh kepada yang belum bertemu jodoh walaupun kamu rasa dia sepatutnya dah kahwin ke. Kamu bukan tuhan. Kamu bukan pengatur rezeki dia dan semestinya kamu tak berkuasa. Allah lebih mengetahui dan telah letakkan sesuatu sebab yang kamu tak tahu yang menyebabkan jodoh dia lambat. Hidup merupakan tarbiah untuk kita. Ia penuh hikmah dan rahsia.

Janganlah cakap tanpa akal dan menuduh seseorang yang belum kahwin tu terlalu memilih, tidak bergaul dan sebagainya. Jodoh datang apabila sudah sampai waktunya ketika itu ia tidak dapat dihalang seumpama ajal juga yang tidak kita sangka bila.

Na kagum dengan Cik Nah. Semoga berbahagia.

P.S: Rancang macam gemilang je majlis. Hehe.

P.S.S: Si M (adik bongsu mesti melopong juga semalam apabila mak beritahu dia. Weh balik Malaysia tau kalau ada cuti) 

P.S.S.S: H, kalau baca pos ni cepat-cepat telefon. Haha. Ke dah tau? :)



Gambar Hiasan



16 comments:

NA said...

@Iema: Tulah macamlah kita ni berkuasa nak tentukan bila kita kawin. Kadang kita ni mampu berusaha tapi tak semestinya Allah izikan. Tulah diam je takpun cakap jer tanya kat Allah :)

abghani said...

tahniah pd makcik nah..selamat pengantin baru.

NA said...

Abghani: :D

Ummi_R❀salici❀us said...

salam
betul tu.. setiap yang berlaku ada sebabnya.. kita semua tak tahu.. semua terletak pada Allah :)

aamalinaazman said...

waaaaaaa
tahniaahhh pada makcik akak
heeeee
sebaya makcik mimi yg belom kawen juga
heeeee..tulah rahsia Dia..
hanya Dia yg tahu yg terbaek utk kite kan?
alhamdulillah~

NA said...

@Umi: Tulah Umi, setiap sesuatu tu hanya Allah yang tahu.

@Mimito: Wah ye ke sama? Doakan yang terbaik untuk makcik Mimito dan makcik Kak Wina :)

maszull said...

salam wina....jodoh pertemuan itu ditgn Allahkn hanya Dia yg tahu segala2nya...

tahniah buat makcik wina yer...:)

NA said...

@Mama Maszull: Jodoh datang cepat atau lambat. Kalau tak dapat di dunia maka diberi di sana :)

KaK LimAh Si SupiR said...

alhamdulillah..bertemu jua jodoh mak minah ^_^

Mama atiyyah said...

betol la tuh....stju,,even wa da kawen...tpi bg wa...org xpyg la duk tye soklan ble nk kawen??same kesnye ble nk ade ank???kdg2 ade org xleh trime soklan g2 sbb dlm xsedar sbnrnye kte da lukakan ati org len....huhuhuhu....

Unknown said...

alhamdulillah...berbakti pada org tua tu tak rugi pun. kalau suami atau isteri kita boleh cari walaupun lambat tetapi kalau ibu bapa tidak akan berjumpa lagi jika sudah tiada...

Jue said...

Allhamdulillah..walaupun lewat kan..jodoh 2 rahsia Allah..moga yg belum berjodoh..sabar..terus berdoa..kerana jodoh utk kita pasti ada..cuma cepat atau lambat jeak..insyaAllah..:-D

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
tiap yang dijadikan oleh Allah ada pasangannya cuma cepat atau lambat tu je..apapun syukurlah jodoh dah ada...

NA said...

@Kak Limah: Alhamdulillah.

@Atiyyah: Betul tu jangan ditanya soalan yang orang tak tahu nak jawab apa.

@Santri: Tu pasal ibubapa kita takkan ada peluang lagi kalau mereka dah takde.

@Jue: Hehe motivasi untuk kita yang belum kahwin kan :)

@Yusuf: Syukur jodoh dah sampai.

@Hira: Haah dah sampai seru.

@Saiazuan: Tulah masyarakat suka pandang buruk kalau orang lambat kahwin.

arituarini said...

tnya pada yg pakar..

NA said...

@Arul: Tanya kepada Allah yang pakar :)