Nuffnang

Monday, October 10, 2011

Kenangan Ketika Menonton Jewel In The Palace


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Tengah buat apa tu? Mesti ada yang ambil angin di luar, minum petang tengok tv, beriadah.

Oklah tak reti nak pusing-pusing cuma nak kongsi sesiapa peminat siri drama Korea. Pernah tengok siri 'Jewel In The Palace Tak'? Siri ni memang popular kan? Kali pertama tak silap 7 tahun dahulu. Cepat masa berlalu.

Saya pun sebenarnya tak pernah tengok siri ini sepenuhnya. Ada tertinggal juga episod. Cuma Jumaat lepas (tak silap saya), saya ada terbaca di suratkhabar, siri ini muncul semula di TV Hijrah. Tak sangka pula. Jadi tadi pukul 3:30 petang memang buka siaran al-Hijrah tengok memang ada. Tapi dah mula ketika Changjin tu cuba ubatkan anak maharaja dan dia kehilangan deria rasa. Bahagian ini memang menarik sebab dia nanti kena tolong Puan Han untuk bertanding jawatan Istana Dapur 1 (tak ingat nama)

Masa tengok siri ni, teringat dulu-dulu ketika borak di laman sembang tengah siri ni tersiar di tv 8 kul 8, tanya pada si rotary (nama samaran) 

Saya: Rot, awak tengok tak siri Changjin tu?
Rotary: Cerita masak-masak ke? Mengarut jer.
Saya: Mana ada mengarut. Tu ada ajar cara memasak dan tunjuk masakan Korea yang unik. Macam-macam dan banyak juga eh makanan dan teknik dalam masakan.
Rotary: Tak best. Baik ko tengok siri pasal motor ke.
Saya: Eleh, tak best awak tengok gak. Ni camne leh tahu siri Changjin tu pasal masak-masak? Saya tak cakap pun siri Changjin siri pasal masak. Haha kantoi. Awak tengok kan. Haha (saya dah gelak kuat)
Rotary: Aku tertengok la. Mak aku bukak.
Saya: Ala ngaku jerla. Ceh salahkan mak pula.
Rotary: Aku tengok mula-mula jer.

Lepas tu perbualan ke topik lain. Nak tutup malu la tu. Kahkah lawak betul budak ni.

Jewel In The Palace- Imej Google


Ok siapa-siapa yang nak tengok siri tu bersiaran dari Isnin hingga Khamis pukul 3:30 hingga 4:30 petang. Seronoknya siri ini guna suara asal dan bahasa Korea tak macam dulu tu guna bahasa Cina. Iklan pun tak banyak. Jadi memang takde terganggu sangat tengok siri ini.

P.S: Saya tanya chatters lelaki lain, ok jer ada yang tak malu mengaku tengok siri ni. Malah ada yang beli vcd siri ni. Apsal si rotary ni malu nak mengaku. Bukan cerita porno pun. Pelik tul tak hilang kelakian tengok cerita masak-masak ni.

P.S.S: Pembesar Min tu kacak kan? :)


10 comments:

Ummi_R❀salici❀us said...

salam
hehe lain org lain jiwanya..
tak penah tgk cerita ni, tapi suka tengok cerita yang ada unsur masak memasak :D

NA said...

@Umi: Ada peluang nanti tengok tau Umi :) Haah lain orang lain citarasa tapi takleh kutuk-kutuk citarasa orang lain.

Syazana Zainn said...

penah tgk cite ni..haha

:D

tp schaze paling suke a successful story a bright girl tu..hihi

sampai skrg tak leh lupa cite tu.

cite korea skrg asik muke JAMBU sangat, dah ta best..adeh

NA said...

@Schaze: Jang Na-Ra berlakon kan? Haha tu pun best. Harap lepas ni siri A Successful Story tu lak keluar. Oo yang sekarang ni macam belum tengok lagi. :)

Cik Sara said...

Baru je tengok cerita ni beberapa bulan yang lalu.. Layan dekat maadu.com...masyuk...best sangat2x..

abghani said...

jrg tgk citer bersiri kearna klu dh tgk mesti nk tgk sampai habis..nie yg letih ....

SoLy SoLicious said...

ok..xpenah tgk..huhuhu

IAMZAILIEN said...

lama dah cerita ni.....cerita ni menang anugerah drama terbaik kat korea lah

NA said...

@Soly: Ada kesempatan nanti tengoklah yer.

@Puteri Aisyah: Memang dah lama pun.

naiemah_ramli said...

mmng best crita ni..sy tgk mula2 ep msa dtayangkn lam tv al hijrah..bnyk pngjaran...mmng best !!! ngeee~~~~ msa dtayngkn dlu sy x smpat tgk..bla ditayangkn blik..dan2 cover tgk..hiihihihi^_^