Nuffnang

Tuesday, October 4, 2011

Sinopsis Siri Tv: House S08E01 Twenty Vicodin


 بسم الله الرحمن الرحيم

For foreigners, please use Google Translate to translate this post :)

Assalamualaikum...

Akhirnya siri terbaru House (siri ke-8) episod pertama muncul semalam di saluran FOX pukul 9 malam di US. Di tv Malaysia belum ditayangkan tapi dapatlah tengok di internet. Siri House ni antara siri kegemaran dan ditunggu-tunggu. Jalan cerita setiap episod dan siri makin lama makin menarik. 
Pemegang Watak House, Hugh Laurie - Imej Daripada Google

Kalau pada episod terakhir siri lepas, House langgar rumah Dr Cuddy dan melarikan diri ke luar negara selama 3 bulan. Untuk episod terbaru ni, pada permulaan ditunjukkan House di hadapan pegawai-pegawai untuk penilaian parol. Salah seorang penilai tu tanya dia menyesal tak? House yang terkenal dengan sikap sarkastik cakap kena ke rasa menyesal untuk dilepaskan? Lepas tu sorang pegawai lelaki tu cakap boleh tak awak tak timbulkan masalah selama 5 hari di penjara? Kalau boleh, dia akan dilepaskan. Wah dari sini dah tertarik nak tahu House boleh tahan ke tidak.
House Dengan Alatan Untuk Membersih Menuju Ke Klinik- Print Screen Daripada PC


Lepas tu jalan cerita berjalan tunjukkan setiap hari selama 5 hari.
Isnin- Permulaan hari, setiap banduan ambil ubat termasuk House. House kemudiannya meludah semula bagi ubat kepada seorang banduan ini namanya Middleton. Ditunjukkan perangai House membantu banduan satu sel untuk ambil ubat. Ok ni semua pengenalan watak-watak baru macam ada seorang banduan mengadu sakit lutut dan siku. House marah suruh dia pergi jumpa doktor. House ke selnya mendapati Roland (banduan lain) mencuri makanan. Roland dah tahu House akan dilepaskan Jumaat jadi House tak boleh melakukan kekecohan atau kekerasan. House ada tugasan membersih di klinik banduan, terdengar doktor perempuan memberi preskripsi salah kepada banduan yang mengadu sakit kepadanya. House mencelah suruh rawat untuk lupus. Doktor perempuan tu tanya macam mana boleh tahu pasal hal perubatan dan seorang doktor lelaki memberitahu House ni seorang doktor.

Selasa- Isnin malam Selasa, House tak dapat tidur kerana bunyi cengkerik. House nak bunuh cengkerik tu tapi rakan sel yang bengis tu tak bagi House bunuh kerana itu binatang peliharaan dia. Ironi kan? House pergi ke sel banduan yang sakit untuk cari ruam pada badan bagi membuktikan teori yang banduan tu ada lupus. House jumpa doktor perempuan dan berhujah banduan tu ada lupus. Doktor tu tanya mengapa House masuk penjara. Sementara tu Middleton tahu yang House nak keluar penjara paksa House untuk curi ubat dengan lebih banyak.
House Dengan Doktor Perempuan Yang Merawat Banduan Yang Mengadu Sakit -Print Screen Juga


Ek panjang kalau cerita sampai habis. Apa terjadi pada House? Adakah dia dapat keluar penjara atau duduk penjara lagi selama 4 bulan? Bagaimana dengan banduan yang sakit tu adakah memang mengalami lupus? Nak tahu kenalah tengok :) Korang bolehlah agak/teka dengan tinggalkan komen apa terjadi selepas itu. Sesiapa peminat House bolehlah pergi tengok siri ni di internet.

Rakan 1 Sel Ketika House Merawat Cengkerik Banduan Ini. House Mengucapkan Terima Kasih Kerana Tidak Membunuhnya- Print Screen Daripada PC

Dah lama tak buat sinopsis siri. Kali terakhir episod akhir Masterchef Australia musim ke-3.

Ok itu sahaja. Jumpa lagi. 

Kemaskini 5/10: siapa nak tahu pengakhiran House boleh dapatkan di sini.


11 comments:

Elih Japahar said...

Tak berapa minat tgok TV lah..filem ni cuma sekali je pernah tgok itupun terpaksa haha...

aamalinaazman said...

waaaaa
nampaknye sudah lame sy tinggalkan siri HOUSE ni
huuu
nak tgk ahhh nnti
kalau ajennnn ke internet
heheh

NA said...

@Mimito: Hehe takpe. Saja nak tulis pasal siri House. Tengok Mimito buat sinopsis buku tu Kak Wina teringat dah lama tak buat sinopsis siri tv.

abghani said...

astro ada citer nie.tapi tk tgk.

NA said...

@Abghani: Hmm yup.

IAMZAILIEN said...

oh minat yer house

KaK LimAh Si SupiR said...

kaklimah p0n minat cite ni ^_^

NA said...

@Puteri Aisyah: Haah.

@Kak Limah: Hehe apa lagi Kak Limah internet ada.

maszull said...

salam wina...wah rajin nyer tengok cite ni mama dah lama x dpt tengok la...best gak wina siap bg sinopsinya...:)

NA said...

@Elih: Kat internet pun leh tengok.

@Mama Maszull: Lama tak buat sinopsis siri tv.

Anonymous said...

saya tak pernah tengok pun cerita ni huhu