Nuffnang

Thursday, October 6, 2011

Menggunakan Lebihan Bahan Yang Tinggal Dan Resipi Minuman Mudah: Susu Kocak Atau Milk Shake


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Dah lama tak berkongsi resipi di blog ni. Maklumlah bulan Syawal banyak makan kat luar jadi masak-masak kat rumah ni kurang. Tapi hari ni saya nak kongsi resipi buat susu kocak.

Aspirasi daripada tinggalan separuh besar tembikai dan susu segar daripada tinggalan adik juga. Haha adik suruh habiskan susu segar. Kebetulan tarikh lupus 8 Oktober ni, maka nak minum satu kotak 1 liter semata-mata tak lalu. Eloklah buat susu kocak tembikai. Ni korang boleh gantikan tembikai dengan buah lain. Kalau korang ada buah yang tak boleh habiskan sebiji atau buah tu hampir benyek. Mudah sahaja nak buat.

Bahan-bahan:
Susu segar
Tembikai
Ais
Sedikit gula (pilihan)

Cara membuatnya lagi mudah. Masuk semua bahan tu dalam pengisar dan kisar. Lupa pula nak terangkan bahagian susu dan tembikai tu. Biar susu tu tenggelamkan atau sama paras dengan tembikai pada pengisar. Kisar sampai hancur tembikai tu.

Ok gambar takde tapi korang boleh bayangkan rupa macam mana kan? Nanti saya tepek di kemudian hari. Selamat mencuba.

Ok itu sahaja nak kongsi. Jumpa lagi tulisan akan datang.

P.S: Saya baru perasan tajuk tulisan saya mesti panjang-panjang.


14 comments:

Ezad Skytech said...

hee..nampak macam sedap je kalau nak buat ni kak.. terima kasih kak sebab berkongsi resipi.. :D

NA said...

@Ezad: Ni semua orang leh buat. Hehe.

Niena Muhammad said...

cam sdap...tp apsal pelik namanya

NA said...

@Niena: Eh tajuk tulisan tu ada 2 cerita. Gunakan bahan lebihan untuk buat susu kocak. Hehe.

maszull said...

salam wina...mcm ni nak cubalah nanti nak gak rasa sedap x...:)

aamalinaazman said...

nyummyy!
susu kocak?
name pon asli..hihihihi...best2...nnti bole cube..heeee



p/s: hehe..mimi baru bubuh header baru tu kak..saje gatai2 pi design ha..ihihi..hayoo.. borink beno dah ni...

NA said...

@Mama Maszull: Memang sedap, lazat.

@Mimito: Cantiklah. Wah rupanya boleh buat header.

KaK LimAh Si SupiR said...

huiii..kalo bwat dgn srawberi sedap x? :P

SoLy SoLicious said...

mcm best..kalo ade gambar lg terliur nanti dibuatnye

NA said...

@Kak Limah: Oo lagi lah sedap selalu orang buat guna coklat atau strawberi.

@Soly: Takmo kasi air liur keluar depan lappy. Haha nantilah tepek kemudian biar jadi arkib pos ni :)

abghani said...

suker minum coconetshake kt klebang

[sutera kasih] said...

Nak try jgk la :)

NA said...

@Abghani: Me too.

@Sutera Kasih: Selamat mencuba.

Nur said...

Ha ah yek, idea yang bagus untuk habiskan susu segar sebelum expired. Thank you share, NA. :)