Nuffnang

Friday, August 12, 2011

Membuat Sengal Dan Loyar Buruk Di KLIA




Assalamualaikum…

Alhamdulillah kita sudah melepasi puasa ke-12. Cepat berlalu rasanya. Apa khabar anda semua? Harap-harap sihat dan mampu untuk berpuasa penuh.

Bulan puasa ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah. Ambil keberkatan ganjaran bulan puasa, tempat yang barakah dan pahala digandakan beribu-ribu kali. Bukankah satu keuntungan BESAR yang perlu direbut? Sesiapa ada kemampuan fizikal, mental dan kewangan dan masa ambillah untuk beribadah di sana.

Oleh itu semalam kami sekeluarga pagi-pagi lagi telah bersiap sedia untuk ke KLIA untuk menghantar abah. Malang nasib saya kelmarin, saya terlajak sahur dan Subuh kerana kesihatan tak mengizinkan. Apabila mak masuk bilik suruh siap, saya terpinga-pinga kerana terlepas. Maka kami bertolak dalam pukul 9 pagi, sebelum itu wajib ke kebun sekejap sebelum ke Sepang.

Sampai dalam pukul 11, saya diturunkan di tepi manakala abah, emak dan M pergi ke tempat letak kereta. Gaya saya yang menyorong troli bawa beg syarikat Andalusia Travel macamlah saya yang nak pergi umrah. Haha takpelah berangan kejap. Masuk dan menyertai ahli-ahli kumpulan lain. Hehe (sebenarnya kekok) Ada makcik ni datang tanya saya.

“Dari mana?”
“Dari Melaka, makcik”
“Makcik dari Simpang Tiga”
Kat mana Simpang Tiga ni. Simpang Empat tau kat mana bisik hatiku.
“Simpang Tiga tu kat mana yer makcik, kalau Simpang Empat saya tahu?” akhirnya saya luahkan.
Makcik tu dah bagitahu tapi saya lupa. Saya ingat Johor. Sama ada dia sebut Pontian agaknya.
“Pergi dengan sapa?” Makcik tu bertanya lagi.
“Pergi sorang jer.” Ewah-ewah macam aku yang pergi. Aku gelak dalam hati. Ni nak kena bagitahu ke yang sebenarnya abah yang nak pergi bukan aku.
“Sorang?” Rupa makcik tu terkejut. Hehe seronok kadangkala tengok reaksi orang ni. Aku ni suka uji orang secara senyap-senyap. Manalah boleh pergi sorang, aku ni perempuan kena ada mahram. Tak lepas pergi wei kalau pergi sorang-sorang. Syarat nak pergi untuk perempuan, pergi bersama mahram.
Akhirnya aku berterus-terang. “Makcik ni beg abah saya, saya tolong jagakan sekejap sebab mereka pergi letak kereta kat tempat letak kereta.”  Saya menyambung kembali soalan, “makcik pergi berapa orang?”
“8 orang,” sambil makcik menunjuk ahli-ahli lain di belakang.
“Wow.” Saya pula yang terkejut. Pada pandangan saya tertancap 2 orang budak yang masih bersekolah.
“Ada budak-budak, dorang ponteng sekolah eh?” Selamba pula apabila saya kenangkan kembali soalan saya kemukakan. Hehe makcik tu senyum jer.

Perbualan kami terhenti. Tak lama kemudian nampak abah, emak dan M. Saya lambai-lambai dorang tak nampak. Jadi terpaksalah saya sorong ke arah mereka.

Ok pendekkan cerita, ketika abah pergi daftar masuk bagasi. Tinggallah saya dan M duduk depan kaunter daftar masuk HURUF M. Menonong dan memerhatikan gelagat penumpang. Sekali M menarik perhatian saya ke sekumpulan orang yang masing-masing di troli ada 1-2 skrin rata Sony dan peralatan elektronik.
“Wah murah ke barangan elektronik kat Malaysia ni?”
“Murah agaknya. Takpun dia nak jual balik kat kedai atau ada orang suruh belikan.”

Saya ternampak seorang hamba Allah ni bawa serbuk kari Baba’s dalam plastik jernih. Banyaknya.
“La tempat dorang takde serbuk kari ke?” Serbuk kari sini murah ke? Saya pelik sebab orang saya nampak ni macam orang India/Sri Lanka. Nampak pula logo Sri Lankan Air pada senarai kaunter.
Adik saya memberikan perspektif lain “Dia nak bawa pergi UK kut, kat sini daftar masuk untuk penerbangan Emirates gak(maknanya Dubai lepas tu UK)
“Oh! Mungkin juga”
Saya masih gelak-gelak juga pasal orang bawa serbuk kari Baba’s sebab saya rasa dorang ni macam nak ke Sri Lanka. Gelak sampai mak saya datang. Entah sewel saya ni, itupun nak buat lawak.

Panjang dah, hal lain dalam lapangan terbang tak payah cerita. Jumpa lagi.

P.S: Suka perhatikan gelagat orang sambil analisa :) Ikutkan banyak pengalaman menarik di lapangan terbang yang buat saya tersenyum dan gelak. Sama ada pengalaman semalam atau yang dah lama berlaku.




12 comments:

NoKaKaSHiCHi HowyeaH!! said...

pose2 pon ngumpat orang..ahahha!! :p

aamalinaazman said...

hehehe
macam2 kan?
sy pon seronok gak tgk org smbil analisis..
kiki...comei plak tgk gelagat akak nih..
heee..cmat berbuka akak!

nuRuL haNis said...

Kalau dah ramai2 bersama family mmg seronok. Kadang2 jadi budak2 semula. =)

NA said...

@Nokaka: Itu kira mengumpat eh? Haha. Kagum jer *alasan tutup diri* :)

@Mimito: Entah bila fikir macam sengal jer. Agaknya sebab selsema otak kureng skit *alasan gak*

@Nurul Hanis: Betul tu Hanis :)

Gary Asip said...

perangai sama macam kakak aq... suka perati orang pastuh gelak2...wahahaha..

Anonymous said...

rempah dekat sini lagi sedap kot dekat sana. hheheh

semoha perjalanan abah akak baik baik saja :)

Tinta Lana said...

wina..lana rsa sift suka memerhati wina tu xjauh beza dah dgn lana,hehe. sebab tu, lana suka naik public transport, sambil tunggu, sambil tu lah mata ni meliar memandang..sangat liar tau,hahahaha. tpi, bila tgk yg auwww auwwww, terus mata ni tak lalu,hak3..jahat betul aku ni,hehehe

abghani said...

kpd abah wina selamat pegi dan balik

NA said...

@Gary: Haha tapi banyak gelak dalam hati jer

@Fatynadia: Haah mungkin juga

@Lana: Tau Wina rasa macam sama dengan Lana cuma Lana lebih berani dan terbuka untuk perbincangan di blog.

@Abghani: Ok bro :) Selamat

maszull said...

salam wina...

seronoknya dpt pergi umrah dlm bulan puasa ni kan...

lawak betul wina ni ada2 je cite klakar buat mama ketawa jer..

semoga abah wina selamat pergi n selamat balik yer..:)

Jajas said...

Sy penah g LCCT...masa nak anta mak melancung...sy tak suka perhatikan org tp perhatikan suasa dalaman LCCT...mcm gudang penyimpanan barang...nampak mcm kosong...hehe
Tak ngumpat org kan..?hehe

NA said...

@Mama Maszull: Mama ketawa ke, terima kasih :) Saya kadang-kadang macam badut skit sebab buat aksi spontan.


@Jasman: Tak kut :)