Nuffnang

Saturday, June 18, 2011

Jawapan Peraduan Cari Cantum Menang Minggu Ke-5 Dan Selamatkah Kita Di Dunia Siber?


Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Saya baru je gunting 2 borang terakhir. Tinggal satu lagi borang iaitu borang mengisi jawapan dan butir-butir diri esok. Minggu ni tak susahkan nak susun perkataan? Satu jawapan tiada 2-3 jawapan macam minggu lepas punya.

Apapun saya nak kongsi, jawapan yang saya buat iaitu "BERKEBUN DAPAT MENGELAKKAN PENYAKIT SEPERTI HIPERTENSI"

Minggu ini minggu terakhir peraduan. Ehem lepas ni kita tunggu pula keputusan pemenang pula. Selamat maju jaya bagi sesiapa yang masuk peraduan ini.

Hari ini tak banyak cerita cuma saya tertarik dengan berita tentang penggodaman laman sesawang kerajaan. Ia diberitakan tidak teruk tapi kemungkinan pada masa akan datang kumpulan Tidak Bernama (Anonymous) akan menyerang dengan lebih teruk tanpa amaran. Lihat kerajaan Malaysia telah bersedia pun laman masih boleh kena godam apatah lagi kalau tidak bersedia. Patutnya apabila bersedia tu maksudnya memang dapat elak kena godam 100 peratus. Jadi terfikir gak bagaimanalah keselamatan dalam alam maya ni terutama dalam hal maklumat diri serta kewangan. Masih dalam persoalan. Nampaknya tiada jaminan maklumat peribadi kita selamat di alam maya.

Memang saya bimbang nak buat transaksi jual beli dalam alam maya ni. Saya masih tidak percaya walaupun dikatakan maklumat dilindungi walaupun telah dienkrip. Tengoklah keadaan sekarang macam mudah sangat mereka godam.

Ok itu aje tulisan saya kali ini. Jumpa lagi.



6 comments:

mazri bin yaakob said...

saya xjumpe lg perkataan berkebun & hipertensi tu..muka surat brapa ek?ayat betul da tu.. :)

NA said...

Eh kat depan suratkhabar ada mukasurat peraduan. Selalu mukasurat 41 ke atau ada ruangan B berape lupa sebab dah gunting. Selamat maju jaya yer :)

mazri bin yaakob said...

bukan yg tu..yg tu mmg la tau.kita kene cari perkataan tu dlm seksyen2 bharian yg lain..bukan amik yg tu

mazri bin yaakob said...

bkn yg tu..yg tu semua org tau.huu..

NA said...

Perkataan tu hari apa? Awak kena tengok depan suratkhabar Berita Harian. Suratkhabar dah hantar kitar semula.
Rabu- m.s B11
Khamis-m.s B17
Jumaat- m.s 55
Sabtu- m.s 47

NA said...

Saya dah faham maksud awak. Saya rasa tersilap pendekatan le, kena cari perkataan kat artikel dalam Berita Harian eh? Saya ingat cari tu maksudnya dah cari semua perkataan lepas tu susun. Ades dah hantar. Selamat maju jaya kat awak sebab belum hantar. Nak tolong cari perkataan tu, sebahagian suratkhabar dah hantar kitar semula.