بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sekadar coretan untuk kenangan diri.
Alhamdulillah hari ini jumpa juga no 7777. Tidak sangka dekat sahaja. Punyalah pening ingat jauh nombor 7777 dari rumah.
Ia bermula ketika saya berpindah di sini pada 2016. Kawasan baru, banyak tanah kosong. Jadi kiranya beli tanah dan bina rumah. Saya tengok nombor rumah saya sangat besar. Lepas itu keliru nama jalan ada A sampai F (ikut cabang/lorong). Jadi kalau Jalan 6, nombornya lagi KECIL daripada rumah di Jalan 4. Kalau tidak faham, abaikan sebab saya pun pening sampai hari ini. Kiranya nombor dalam kiraan menurun.
Mula-mula cari (sebab jalan kaki sekitar kawasan) tidak jumpa masa awal-awal 2016. Kesukaran sebab banyak rumah tiada, jadi nombor rumah pun melompat-lompat. Masa itu saya tolak stroller anak buah bawa keliling. Budak itu kena bawa jalan baru tidur dalam stroller. Masa inilah tengok rumah-rumah orang. Pula itu saya bawa jalan ke Jalan 7 ke atas untuk cari nombor rumah 7777. Gigih cari. Pencarian terhenti seketika sebab ada anjing di satu tempat.
Hari ini tidak sangka jumpa sebab saya jalan lalu tempat lain. Konon hendak jalan jauh sambil tetiba terfikir hendak buat pencarian semula seperti dahulu.
Ada nampak rumah kuning besar 2 tingkat yang baru dibina 2018/2019 atas bukit. Kedudukannya memang terpencil dan seram sebab dekat hutan. Rumah kuning itu satu sahaja di lorong itu. Tapi nekad masuk lorong tersebut sebab perasaan ingin tahu.
Eureka. Jumpa. 2 lot rumah ini ambil. Nombor rumah 7777/7778 Jalan 6D. Ya Allah 5 tahun selepas baru jumpa sebab ada rumah. Kalau tidak memang tidak akan tahu nombor lot kosong.
Lepas ini saya hendak cari no 8888. Itupun kalau ada rumah didirikan.
Oklah itu sahaja. Untuk maklumat sini kawasan baru. Kalau waze nama taman ada tapi nombor rumah memang kena cari sendiri. Kawasannya memang besar. Boleh bayang kalau setiap rumah didirikan berapa banyak rumah ada. Inipun tidak habis jelajah terutama lorong/cabang jalan terpencil.
Jumpa lagi...
P.S: Korang ada pengalaman yang hampir sama seperti ini?
28 comments:
pening juga ye mencari
kalau cik nor memang taklah he hee
Kena jalan-jalan tengok baru nampak.. Kalau naik kereta je nak lihat-lihat memang tak perasan le.. Rumah saya ni pun tak dapat dikesan lagi dengan waze/google map.. Nombor jalan tak dapat dikesan tapi lokasi saja dapat dikesan.
Kemain besar angka tu . Selalunya no rumah ni 1 angka hingga 3 angka sahaja
saya jarang perati nombor rumah, tapi suka tengok nombor plat kereta.
7777?. Next 8888?.
Byk betul NA nak beli tanah lot.
Dasyat tew!.
Cantik no nya-7777
Boleh buat no plat kereta ni
Tahniah na.. mmg cantik nombornya senang nak ingat good luck utk oencarian 8888 lak
Dua lot tanah orang tu ambil, mesti luas puas hati.
nombor 7 nombor favourite saya. Angka besar besar ni ikut jumlah rumah kita banyaklah rumahnya. Wahh untung sangat dapat beli tanah dan buat rumah. Rezeki dapat buat rumah besar. kalau tak jalan mesti sampai ke sudah tak tahu rumah mana satu :)
Cari nombor tak pernah lagi, tapi cari rumah berlaman, pokok-pokoknya, suka juga. Betul nombor banyak digit, jarang temui hehe..
Hahaha sama k ret pun suka tgk no plat kete hehe
nomor rumahnya memang spesial ya kak...angkanya besar dalam bilangan ribuan..biasanya normalnya ratusan hihi...bikin pening ketika baru pertama pindahan dan jalan jalan lalu akan balik lagi pasti..ngecekin nombor satu satu dulu hehe
hobi baharu ke cari nombor rumah..
kalau dapat no plat keta 7777 memamg awesome sanagt tau
Sudah jumpa 7777, pasti akan ketemu juga 8888.
Rajinnyaa akak mencari, nanti kalau ada no 8888, update la akak hahaha.
Macam dah cari harta karun gituuu hahaha
Hehe insya Allah.
Mcm the amazing race plak. Cari n mencari sbb nak dptkan clue. Keep it up!
8888 tu umah sy hehehehe
acah je..
gigih mencari ya NA ;-)
jenuh jugak nk mencari ny na.. rumah nombor besar2 hehe..
Jenuh nk mencari tu NA rumah nombor besar2..huhuhuh
7777, 8888, nice numbers..semoga ketemu..
Cantik nombor 7777 tu
Cantik nombornya, ada Ong kata orang Cina.. hihihi kalu saya la, jenuh nak cari-cari...
Wow... Xpernah rasanya ribu ribu.. ratus kot pernah dulu.. sekali.. Haihhh. cmnelah nombor bebanyak ni .. peninggg
7777 ya..mcm besar je kawasan tempat perumahan tu..Hati2 dgn nombor NA nanti kecewa pula hehee ^_^
7777 cantik untuk nombor lot/rumah, cantik juga untuk plat kereta.
Mcm kawasan perumahan rumah MIL.. kawasan bukit dan setiap lorong 1, 2 etc no rumah bermula 1A,1B. Kadang2 order brg ada rider tak tahu lorong
Post a Comment